ZIHNI - 38

12.4K 1.1K 126
                                    

"ZIHNI, kau okey ke?" 

"Okey je. Kenapa?" soalan berbalas soalan. Lantas Zihni mengangkat wajahnya memandang Aufa yang kehairanan.

"Tak... aku cuma pelik dengan kau sejak dua menjak ni. Selera kau naik lain macamlah Zihni. Kau sure ke kau okey?" Selagi Zihni tak mengaku, selagi itu Aufa akan terus berandaian.

Garfu yang berada digenggaman diletakkan di atas pinggan. Sekeping tisu ditarik dari kotak berwarna hijau muda itu kemudian bibir yang sedikit comot dengan sos cili dilap. Zihni nak cakap apa lagi untuk buktikan bahawa Zihni baik-baik saja sekarang?

"Biasalah weh, nak period kot. Aku kan, kalau nak period memang makan banyak." jelas Zihni. Ya, sebelum kurus dulu pun, tanda-tanda nak datang bulan, mesti selera Zihni naik mendadak.

"Bulan lepas kau tak macam ni Zihni... Aku tengok kau makin rakus tang makan ni. Ada-ada aje yang kau terliur nak makan. Aku tak rasa kau okey ni. Risau pulak aku." sambung Aufa lagi. Tiga tingkat mee goreng mamak yang sudah licin dibalun Zihni seorang dikerling.

Zihni mencebikkan bibirnya. Tiba-tiba dia rasa sedih pula ditegur sebegitu oleh Aufa. Jahatlah Aufa ni! Zihni cuma nak makan aje pun. Lagipun, perut Zihni yang bermasalah. Tak pandai nak kenyang.

"Eh... janganlah nangis. Aduh, kau ni dah kenapa Zihni?" Lantas Aufa bangkit dari duduknya dan mengambil tempat di sebelah Zihni. Lengan Zihni dipegang.

Tadi makan tak ingat dunia. Sekarang tersentap pula! Alahai, perangai Zihni pun berubah sekali sejak-sejak makin bahagia ni. Dah kenapa? Aufa tak fahamlah!

"Kau lah marah-marah aku." Kecil hati Zihni tau.

"Bila masa pulak aku marah kau, Zihni? Aku cuma cakap aje. Aku hairan dekat perubahan selera makan kau. Sekarang ni, bukan selera makan aje yang naik. Perangai kau sekali pun dah pelik. Zihni yang aku kenal tak macam ni. Zihni aku tak cepat sentap tau." Aufa gosok pula belakang Zihni. Lagaknya seperti seorang ibu yang cuba memujuk anak perempuannya agar berhenti menangis.

Malulah dipandang orang sekeliling.

"Kan aku dah kata, aku nak period. Emosi cepat terganggu. Kau kan perempuan, takkan kau tak faham." ujar Zihni bersama mata yang masih berkaca-kaca.

Aufa menggelengkan kepala. Akalil, awak bagi bini awak makan apa ni? Dah kenapa dia jadi macam ni? Manja dia lain macam aje!

"Bulan lepas aku tak period lagi, Aufa..." Zihni pandang Aufa.

Aufa berhenti menggosok belakang badan Zihni sejenak. Gadis itu sekadar memandangnya dengan satu renungan yang sukar ditafsirkan. Zihni menghayun dagu ke hadapan. Kenapa Aufa pandang dia macam tu sekali?

Zihni ada tersilap cakapkah?

"Bulan lepas kau suci lah?"

"Haah. Benda biasa kan tu? Dulu sebelum kahwin aku pernah tak period dua bulan. Kalau sebulan tak datang tu, tak perlulah aku cuak. Maybe bulan ni kot." bicaranya, yakin.

"Zihni, Zihni." Lengan Zihni digugah lembut.

"Hurm?"

"Sorry ya aku tanya pasal ni. Aku cuma nak pastikan sesuatu saja." Aufa gigit bibir bawah. Aufa belum suarakan lagi pertanyaannya namun pipinya sudah memerah. Segan nak tanya.

"Kenapa? Pasal apa? Kau nak marah aku lagi ke, Aufa? Kau nak tanya pasal berat aku ke? Kau nak cakap aku gemuk ke ni?" Tadi hati sudah terpujuk dan sekarang Zihni dah mulakan lagi.

Aufa menggeleng. "Tak... bukan macam tu, Zihni. Aku cuma nak tahu aje. Kau dengan Akalil dah..." Ayat Aufa tergantung di situ. Tidak sanggup gadis muda itu meneruskan ayatnya. Segan.

"Dah apa?" soal Zihni. Air mata yang berjejeh keluar diseka.

"Dah... err, bersama?"

Zihni terkedu. Soalan apa pula ni? Kenapa Aufa nak tahu tentang perkara itu? Malulah Zihni! Mana boleh beritahu orang hal bawah selimut suami isteri. Itukan rahsia pasangan.

"Dah ke belum?"

"Kenapa nak tahu? Kau nak jadi madu aku ke?" soalnya polos.

Automatik Aufa menjentik tepi kepala Zihni. Jauhnya dia fikir. Ish, tak sangguplah Aufa nak hidup bermadu. Bermadu dengan kawan baik sendiri pula tu. Ish, tak mahulah!

"Tak, bukan! Okey macam ni, kau jawab dulu soalan aku. Dah bersama ke tak?" Mustahil lah masih belum 'bersama'. Dah setahun lebih kot Zihni dan Akalil berkahwin. Pasangan yang sudah halal duduk di dalam bilik yang sama, beradu di atas ranjang yang sama, mustahillah...

"D-dah. Kenapa?" Zihni membisik perlahan. Kening dikerutkan.

"Dah pernah cuba guna pregnancy test tak?"

Zihni menggelengkan kepalanya. Beli pun tak pernah lagi. Zihni tak rasa pun dia mengandung. Dia tak nampak apa-apa perubahan pada dirinya. Lagipula, entah kenapa hati Zihni kuat mengatakan bahawa rezeki anak tidak akan berpihak padanya.

Akalil tak mahu anak.

Ya, Zihni tak pernah ambil atau amalkan pil perancang meskipun sudah acap kali diingatkan oleh Akalil. Dan semenjak mereka berbaik, mereka kerap 'bersama' dan Akalil agak berhati-hati.

Jika difikirkan semula, hati isteri mana yang tak sedih bilamana sang suami tidak berkeinginan untuk mempunyai anak bersama. Wanita mana yang tidak mahu bergelar ibu?

"Kau nak buat check up tak?" tanya Aufa. Intonasi suaranya kendengaran teruja.

"Eh, kenapa? Bukannya aku sakit. Tak payahlah..." Zihni menolak halus ajakan Aufa.

"Jomlah. Memang kau tak sakit tapi aku rasakan, kau ni dah terkena buatan suami sendiri." Aufa tersengeh. Lemak lengan si kawan dicucuk-cucuk. Tak sangka, dah besar dah Zihni sekarang.

Zihni terus senyap. Zihni faham apa yang dimaksudkan Aufa. Ayat kiasan paling kerap digunakan oleh orang-orang tua. Zihni mengandung? Macam tak mungkin aje.

Bagaimana kalau sangkaan Aufa betul? Bagaimana dengan penerimaan Akalil? Mahukah lelaki itu menerima khabar itu dengan hati yang senang? Akan terbitkah senyuman bahagia di wajah lelaki itu? Atau sebaliknya?

"Kita pergi klinik eh? Buat check up. Kalau ada, alhamdulilah. Rezeki kau dengan Akalil. Kalau tak ada, Inshaallah one day." Kekura tangan Zihni diusap perlahan. Wajah lembut Zihni dipandang dalam.

Sekuntum senyuman kecil diukir untuk menutup rasa gusar di hati. Keadaan pasti berbeza jika suaminya mahu mempunyai zuriat, kan? Sudah semestinya dia tidak perlu rasa bimbang dan takut andai kata rahimnya sudah dihuni oleh malaikat-malaikat kecil.
   
    
    
   
TBC

Update: 20042022.

Hai! Rindunya! Dah tengok video teaser dekat tiktok saya tak?🥺  Silalah tengok. Kita gelak sama-sama.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


ZIHNI √Where stories live. Discover now