USAI memberi salam, Akalil duduk berteleku di atas sejadah. Sepasang mata miliknya merenung lama ke corak sejadah yang bercorak kaabah. Jari-jemari menguis-nguis sejadah persis kanak-kanak yang baru pernah melihat sejadah berbulu itu.
"Akalil jaga solat ya."
"Nanti, dah tinggal dengan daddy kat New York. Jangan tinggal solat. Sesibuk mana pun dan seserabut mana pun kita waktu tu, tetap solat. Berdosa tinggal solat ni."
"Zikir, selawat jangan dilupakan. Nak hati tenang, minda tenteram, lepas dari bebanan, zikir. Akalil kena ingat Allah. Jangan pernah lupa. Jangan sesekali lupa. Nak hidup berkat, nak dapat redha Allah, yang wajib jangan tinggal. Faham tak?"
"Macam mana tok ayah besarkan Akalil, didik Akalil cukup dengan ilmu agama, macam tu jugak tok ayah nak tengok Akalil bila dah dewasa nanti. Jadi manusia yang letak dunia di tangan dan letak akhirat di hati."
Tiba-tiba Akalil teringat akan nasihat tok ayah beberapa tahun yang lalu. Nasihat yang kerap diberi dan sudah disemat dalam hati namun sengaja dilupakan apabila kehidupan barunya di kota New York jauh lebih menarik. Jauh lebih indah. Dunia baru, gaya hidup yang baru. Hatinya jadi buta terhadap akhirat dek hatinya dijolok dengan keseronokkan dunia.
"Abang," Suara lembut milik seorang perempuan yang tidak asing lagi membuatkan Akalil segera menolehkan kepalanya ke arah dari mana datangnya suara Zihni.
"Ye, Zihni?"
Zihni mengatur langkah mendapatkan encik suami yang masih duduk di atas sejadah. Zihni mengambil tempat di belakang suaminya, duduk di atas lantai kayu. Tanpa menunggu arahan Zihni, Akalil segera membalikkan tubuhnya dan duduk menghadap Zihni.
Zihni tepuk paha Akalil. Akalil ikut tepuk paha Zihni. Sekali lagi, Zihni tepuk paha Akalil.
"Nak apa ni?" Akalil bertanya. Duk main tepuk-tepuk paha orang, mesti ada mahunya.
"Nak ajak and nak suruh abang buat something."
Sebelah kening Akalil ternaik.
"Buat apa tu?" Ada kena mengena dengan hal suami isteri ke? Perkara bawah selimut?
"Suami isteri kan, lepas diorang solat. Diorang salam. Jadi Zihni nak ajak abang salam dengan Zihni. Boleh tak?" Zihni menguntum senyuman kecil. Matanya yang bundar itu merenung wajah suami dengan renungan penuh pengharapan.
"Lah salam je? Ingatkan nak buat apa tadi. Susah hati abang..."
"Otak kuning."
"Hey..." Pandai Zihni tebak. Memang dari awal lagi otaknya melencong. Resah. Risau sekiranya Zihni menuntut nafkah batin darinya.
"Zihni gurau je." Zihni tertawa. Tangan suaminya dicapai lalu tangan lelaki itu dipegang erat. Jari-jemarinya memicit-micit tangan Akalil sebelum dibawa ke bibir. Kekura tangan Akalil dicium.
"Lagi nak apa?" Akalil menyoal apabila Zihni menatap wajahnya lama setelah mencium tangannya.
"Boleh ke Zihni cakap?"
"Cakaplah. Tak ada sesiapa yang halang."
"Kalau Zihni nak abang cium Zihni boleh tak?" Sebenarnya Zihni malu nak buat pemintaan sebegitu tapi kalau dia malu, mengidamlah Zihni sampai ke malam.
"C-cium dekat mana?"
"Pipi. Dahi. Boleh?" Permintaannya ini tak keterlaluan sangat kan?
"Boleh..." Bagaimana Akalil tega menolak permintaan Zihni kalau si dia kelihatan begitu comel sekarang ini? Renungan sepasang mata budar milik Zihni seakan-akan membuatkan Akalil terpukau tanpa sedar.
YOU ARE READING
ZIHNI √
RomanceCerita pendek dan kurang comel. Cerita ni baru saja selesai ditulis tapi belum di-edit. Kalau jumpa typo bertimbun, maaf...