ZIHNI - 31

10.9K 1.2K 219
                                    

OST: Melepasmu cover by Mitty Zasia.

PUSING ke kanan, ada Aufa yang sedang nyenyak tidur di sebelahnya. Lalu zihni hela segugus keluhan sebelum mengiring ke kiri. Mata dipejam dan berharap agar sekejap lagi dia terus terlelap. Jasadnya terasa amat lelah namun untuk tidur lena setelah apa yang dilihatnya di rumah Dato Khaliq petang tadi, Zihni seakan tidak mampu...

Masih terganggu dengan foto-foto yang menjijikkan. Zihni masih terkejut dengan hakikat sebenar. Kenapa? Kenapa mereka memilih jalan yang salah sedangkan sebelum ini mereka terdidik dengan ilmu agama. Bagaimana bisa mereka menyokong perkara yang salah sedangkan mereka tahu ianya haram dalam Islam.

LGBT adalah haram dan berdosa di sisi Islam. Ianya juga bertentangan dengan norma manusia. Bukankah kita sudah diajar tentang perkara ini? Perkara yang sememangnya haram tetap haram dan niat tidak menghalalkan perkara yang haram jadi halal. Tidak kiralah dia seorang pelaku yang tergolong di dalam perbuatan LGBT ataupun dia adalah penyokong sahaja. Hukumnya adalah haram.

Menyedihkan, bukan? Sedih apabila seseorang yang disangkakan normal rupa-rupanya 'bermasalah'. Lebih menyedihkan bilamana mengenangkan nasib diri yang mempunyai pertalian dengan mereka yang tersesat dalam 'alam' yang berbeza.

2015. Sudah 7 tahun berlalu...

Zihni tidak mahu melemparkan tuduhan melulu. Boleh jadi gambar-gambar tersebut adalah memori masa lalu Zayn dan Akalil. Mungkin juga mereka sudah berubah. Mungkin juga mereka tidak lagi mengulangi dosa yang sama. Cukup-cukuplah mengotorkan hati dengan berburuk sangka. Sudahlah tu membuat andaian sendiri tanpa mendengar penjelasan sebenar.

' But what if... sampai sekarang mereka masih sama? '

' What if Akalil tak normal? Sebab tu ke dia tak boleh terima aku? '

' Sebab tu jugak ke dia tak nak ada anak dengan aku? '

' Kalau... kalau semua tu betul, untuk apa dia nikahi aku? '

' Untuk tutup dosa-dosa diorang kah?'

Memikirkan tentang perkara itu saja sudah mampu membuatkan hati Zihni sakit. Matanya mulai terasa membahang dan berkaca-kaca. Hatinya jadi sebu dan sebak. Lantas mata dipejam erat dan membiarkan air mata jatuh berlinang membasahi wajah.

Dan haruskah keikhlasan yang tulus dibayar dengan sebuah pengkhianatan?

  
   
   
  
"AKU keluar kejap tau. Kau ada nak kirim apa-apa tak?" soal Aufa seraya menilik penampilannya di cermin.

"Aku nak kuih Ketayap dengan..." ayatnya terus mati di sana. Mata memandang Aufa dengan mata yang terkebil-kebil. Cakap pasal kuih ketayap, tak semena-mena Zihni teringat pada Akalil.

Lelaki itu suka sangat dengan kuih Ketayap. Setiap kali Zihni hidangkan kuih Ketayap sebagai makan petang, pasti dijamin licin kuih tu oleh Akalil. Seminggu makan empat kali pun tak jemu-jemu.

"Dengan apa Zihni?" Aufa menyoal kembali. Hairan dengan sahabatnya yang tiba-tiba saja berhenti bercakap.

"Er... tak jadi kuih ketayap tu. Aku nak bergedil tauhu dengan popia carbonara kalau ada tau. Beli ABC sekali."

Aufa menganggukkan kepala sambil mengacung ibu jarinya ke atas. Beres!

"Pergi dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam, elok-elok tau." Zihni berpesan. Tangan kanan diangkat untuk memberi lambaian ringkas kepada Aufa.

Selepas menghantar kepergian Aufa, Zihni segera masuk ke dalam rumah. Wanita itu mengatur langkahnya mendaki anak tangga menuju ke bilik tidurnya. Punggung dilabuhkan di atas sofa yang tersedia di dalam bilik tidur.

ZIHNI √Where stories live. Discover now