NOVEL yang ke 325 diletakkan ke dalam rak buku. Lalu gadis itu melabuhkan punggung di birai katil. Baru saja mahu merebahkan tubuh ke tilam, tiba-tiba pintu biliknya dibuka dari luar. Laju saja Zihni menoleh.
Zayn.
"Abang nak apa?" soal Zihni malas.
"Cakap something."
"Penting?"
"Yup..."
"Alright. Masuklah." Zihni membetulkan posisi duduknya. Kedua belah kaki dinaikkan lalu disilang untuk bersila.
Usai lelaki dewasa itu menutup rapat daun pintu, Zayn mengatur langkahnya mendekati katil bersaiz queen milik Zihni. Punggung dilabuhkan di sebelah adik perempuannya di birai katil.
"Nak cakap apa? Pasal Aufa ke?" Ada senyuman kecil terbit di bibir Zihni.
Zayn menggeleng. Asyik-asyik Aufa. Asal Zayn nak bercakap dengan Zihni, mesti nama Aufa yang terpacul keluar dari mulut Zihni. Tak habis-habis nak mengenenkan dia dengan Aufa. Zayn tak hadaplah. Tidak berminat dengan gadis muslimah itu.
Pandang Aufa saja Zayn tidak berselera. Tidak minat dengan penampilan ala-ala ustazah itu. Tudung labuh, baju besar gedabak, tertutup sana-sini. Ni tahun 2021 lah! Lagipun hidup ni cuma sekali. Kena enjoy selagi mampu, kena berseronok selagi kiamat tak kunjung tiba.
"Bukan, Zihni. Abang cakap teruslah ya,"
"Okey, apa dia? Cepatlah."
"Akalil berminat nak berkenalan dengan Zihni." ujar Zayn terus terang.
Zayn pandang Zihni dan begitu juga Zihni. Abang dan adik itu saling berpandangan sebelum tawa Zihni pecah. Gadis itu ketawa terbahak-bahak seolah apa yang Zayn katakan sebentar tadi hal yang lucu.
"Khairan Akalil? Abang Akalil?" 25 tahun hidup, cuma lelaki itu saja yang Zihni kenal bernama Akalil. Kawan baik abangnya.
"Haah, dia."
"Dia kena sampuk ke abang? Tiba-tiba je..." Aneh ya. Sebelum ni tak ada pula lelaki itu berminat nak berkenalan dengan Zihni. Sombong tahap dewa.
Pernah Zihni mahu menegur lelaki itu sekali dulu, belum sapa dah kena jeling. Kejam sungguh!
"Manalah abang tahu. Dia sendiri cakap dekat abang yang dia nak kenal-kenal dengan Zihni. And one more thing, dia tengah cari calon isteri tau..." Di hujung bibir lelaki itu ternaik senyuman kecil.
Zihni bulatkan mata. Akalil sedang mencari calon isteri? Eh, sama seperti Zihni. Zihni juga sedang mencari calon suami sekarang ini. Penat promote diri tapi tak ada yang PM tepi. Lelaki sekarang suka yang kurus aje, yang berisi sedikit, tak ada pula yang nak.
Zihni cantik tau.
"Dia nak kenal-kenal dengan Zihni sebab nak..." Ayat Zihni tergantung di situ. Tak tahu sama ada mahu menyambung ayatnya itu atau tidak. Yang pasti, mesti Zayn dapat tangkap apa yang Zihni mahu tanyakan tadi.
Zayn angkat bahu. "Maybe."
"Seriuslah, abang?" Ada rasa teruja di hati namun Zihni seakan belum dapat mencerna. Tak mengerti kenapa tiba-tiba saja Akalil mahu berkenalan dengan dia.
Adakah disebabkan lelaki itu baru sedar yang Zihni ni cantik persis bidadari walaupun tubuhnya tidak secantik model terkenal di skrin TV? Andai sangkaannya benar, boleh kembang kuncup hati Zihni dibuatnya.
"Akalil tu ramai yang nak, Zihni. Kalau Zihni tak nak, tak apa. Abang bagitahu dia nanti." ujar Zayn seraya berura-ura untuk bangun dari duduknya.
"Ehh, Zihni tak cakap pun Zihni reject. Zihni... Zihni..." Zihni nak aje. Lagipun Akalil tu bukan calang-calang orang. Lelaki rupawan dan hartawan seperti Akalil tu siapa aje yang sanggup tolak.
Jika Zihni lepaskan peluang ini, pasti Zihni akan berputih mata kelak. Jarang-jarang ada lelaki mahu berkenalan dengannya. Lainlah kalau dia Zayn, berbaris perempuan mahukan abangnya.
"Jadi Zihni nak lah ni?"
Malu-malu Zihni mengangguk.
"Okey, nanti abang bagitahu dekat Akalil ya. Abang bagi nombor telefon Zihni dekat dia sekali ya?" Dengan cara ini, pasti kerja mereka jadi mudah.
"Abang, dia tak garang kan?" soal Zihni. Tangan abangnya ditarik sebelum sempat Zayn keluar dari bilik tidurnya.
Zayn tergelak kecil. Kepala digelengkan.
"Tak. Dia baik je. Sweet." Lantas Zayn mengenyitkan matanya.
"Dia ikhlas kan?" Takut juga Akalil mempermainkan Zihni. Zihni tak sedia untuk patah hati lagi.
"Ye, dia ikhlas..." Ikhlas demi menutup dosa yang Zihni tidak ketahui apa.
TBCUpdate: 09012022.
Happy reading!
![](https://img.wattpad.com/cover/295916711-288-k14367.jpg)
YOU ARE READING
ZIHNI √
RomanceCerita pendek dan kurang comel. Cerita ni baru saja selesai ditulis tapi belum di-edit. Kalau jumpa typo bertimbun, maaf...