ZIHNI - 51

11.3K 1.1K 73
                                    

"ZIHNIIIIII!" Mahunya anak tekak melompat keluar dari tempat asal. Nama Zihni dipanggil sekuat hati, meminta bantuan. Tubuhnya tak mampu digerakkan. Hanya kaku dan membatu di atas sofa.

"Zihnii tolong!" teriaknya lagi. Akalil berdoa dalam hati agar Zihni segera datang. Boleh mati dia kalau keadaan berterusan begini. Sesekali mata mengerling ke arah makhluk berbulu yang elok duduk di atas ribanya.

"Aipp, jang...ngan cakar..." Akalil memberi peringatan. Gigi dikacip rapat.

"Ye! Ada ap... lah dekat sini rupanya anak mummy... patut cari dekat atas tak jumpa-jumpa." Lantas kucing kesayangannya diangkat lalu dibawa ke dalam pelukan. Kepala Chantiq dicium lama.

"Macam mana kucing boleh lepas? Zihni sengaja bawa dia masuk ke dalam?" soal Akalil. Muka Akalil memang nampak berang sekarang ini. Lagi-lagi melihat Chantiq dipeluk cium oleh si isteri membuatkan badannya menggidik kegelian. Oh tuhan...

"Iye... sorry abang. Zihni kesian tengok dia dekat luar. Kan sebelum kita kahwin, Chantiq memang kucing rumah. Dah lah hari panas terik sekarang ni, Chantiq tak suka kena panas." Zihni memberi penjelasan. Mengerti dengan nada dan air muka Akalil yang sepertinya tidak mengalu-alukan kehadiran chantiq di dalam rumahnya, Zihni terus menunduk sedikit.

"Zihni letak dia atas katil kita sekali?"

Lambat-lambat Zihni mengangguk. Aduh, mampuslah kau Zihni. Habislah kau kena marah. Itulah kau, tak dengar cakap. Awal-awal mereka pindah masuk ke dalam rumah ini Akalil dah pesan, kalau boleh jangan letak Chantiq dekat dalam. Akalil tak boleh dekat dengan kucing.

Menerima anggukan kecil daripada Zihni, Akalil hela segugus keluhan. Mata yang tiba-tiba terasa gatal ditenyeh. Lama juga dia duduk menenyeh mata. Rasa gatal tu bersilih ganti. Sekejap mata kanan dan sekejap mata kiri. Bila dua-dua mata terasa gatal dan mula berair, barulah Akalil bangkit dari sofa.

"Abang, okey?" Zihni menapak beberapa langkah mendekati suaminya namun Akalil segera mengelak.

"Jangan dekat dengan abang dulu." Dia melarang. Bukan Akalil geli atau tak mahu Zihni dekat-dekat dengannya tetapi keadaan ketika ini tak mengizinkan. Dengan adanya Chantiq yang masih duduk diam dalam dakapan Zihni, memang Akalil tak boleh rapat-rapat dengan isterinya.

Ini baru mata yang gatal, belum muka.

"Kenapa? Abang? Abang... mata abang kenapa? Janganlah tenyeh lagi. Merah sangat dah tu." Sekali lagi Zihni cuba mendapatkan Akalil. Wanita itu seakan lupa bahwa suaminya mengalami alahan dengan bulu kucing.

"Zihni... abang kata jangan dekat dulu. Abang tak boleh dengan bulu kucing, sayang." Nada suaranya tegas. Tanpa melengah-lengahkan masa, Akalil segera mendaki anak tangga menuju ke bilik mereka. Dia perlu mandi sekarang.

Zihni pula terkebil-kebil di ruang tamu. Lama Zihni termenung mengenang silap diri dan tersentak setelah mendengar bunyi Chantiq mengiaw dan bergerak-gerak minta diturunkan.

"Mummy masukkan awak dalam sangkar ya. Nampaknya awak tak boleh masuk lagi ni..." Kalau tak mengenangkan alahan 'Daddy' Chantiq tu, memang duduk di dalam rumahlah kucingnya yang comel itu.

   
     
    
"ABANG, dah okey ke belum?" Zihni melabuhkan punggungnya di sebelah Akalil.

"Okey tapi tu lah, tengok ni. Mata, hidung, muka... bengkak. Merah-merah." Suara Akalil kedengaran sedikit sengau kerana selsema. Tak cukup dengan gatal-gatal, suaminya bersin-bersin dari tadi. Luar biasa penangan Chantiq terhadap Akalil ya.

"Sorry, abang..." Tangan Akalil dipegang.

"Tak ada apa pun."

"Abang marahkan Zihni?" Manalah tahu suaminya sedang menahan rasa dari tadi.

"Kalau abang marah Zihni, abang yang rasa bersalah nanti. Tak ada apa pun lah. Alahan aje ni, tak karang, mungkin esok dia dah okey." Akalil dah makan ubat dah. Rasa gatal-gatal dah mula beransur pergi.

"Lah, kenapa abang pula yang rasa bersalah. Kan sepatutnya Zihni yang rasa macam tu. Kalau bukan disebabkan Zihni yang degil, tak ada-" Bicara Zihni dipotong laju oleh perbuatan Akalil. Jari telunjuk yang ditekapkan ke bibirnya mengarahkan agar dia tak bercakap lagi.

"Abang kata tak apa, kan?" Renungan lembut Akalil dibalasnya.

"Oh ya, lepas ni Zihni tak perlu bersihkan sangkar dengan najis kucing Zihni lagi," ujar Akalil. Jari yang berada di bibir isterinya dijatuhkan semula.

"Kenapa pulak? Jangan kata abang nak bagi kucing-" Dan lagi bicaranya dipintas oleh Akalil. Air muka Zihni dah berubah. Nak marah pun ada. Nak menangis pun ada.

Tadi Akalil kata dia tak marah Zihni tapi kenapa tiba-tiba nak bagi kucing kesayangan Zihni dekat orang? Gerutunya dalam hati.

"Tak, dengar dulu apa abang nak cakap ni. Abang tak bagi kucing Zihni dekat sesiapa pun, Zihni sayang. Abang dah upah orang untuk handle Chantiq. Abang tak nak Zihni yang buat. Zihni, Zihni tengah pregnant tau sekarang. Dalam perut tu ada anak kita. Kalau Zihni terus buat apa yang Zihni selalu buat, abang takut akan jadi sesuatu dekat isteri and anak abang," tutur Akalil lemah lembut sambil jari-jemarinya mengelus rambut Zihni.

"Kenapa Zihni dah tak boleh buat semua tu?"

"Najis kucing tu ada parasit. Kata kawan abang, parasit ni sangat-sangat berbahaya untuk ibu-ibu mengandung and baby dalam perut. Jadi, abang tak nak memudharatkan orang-orang yang abang sayang. Faham?" Lama mata Akalil menandang wajah cantik milik Zihni.

Semasa di office tadi, Akalil sempat berborak panjang dengan rakan-rakan pensyarah yang lain. Bila mereka tanya tentang kandungan si isteri, mulalah topik perbualan mereka tentang kandungan. Akalil sentuh pasal morning sickness yang dialami Zihni dan dia juga sentuh tentang Zihni yang kalau boleh setiap hari dia mahu bersihkan sangkar kucingnya. Bila Akalil bercerita tentang kucing, terus salah seorang rakan pensyarahnya menegur.

Ibu-ibu mengandung tak digalakkan untuk menguruskan kucing. Terutama sekali dalam hal membersihkan najis kucing kerana ditakuti mereka terdedah dengan jangkitan parasit toxoplasma. Jika ibu hamil terkena jangkitan itu pada trimester pertama, ia berisiko menyebabkan keguguran dan masalah kerosakan otak, mata ataupun organ badan yang lain.

"Abang upah orang tu sampai bila?" soalnya lagi.

"Zihni nak sampai bila? Yang pasti time mengandung ni abang tak izinkan Zihni buat kerja-kerja macam tu lagi. Abang tak kisah upah orang tu uruskan kucing Zihni sampai bila-bila. Lagi elok sebab once anak dah lahir nanti, perhatian Zihni tertumpu dekat anak kan?"

Zihni angguk. "Mahal ke abang upah dia?"

"Mahaaal...Dia caj satu ketul tahik tu 5 ringgit. Bayangkan kalau ada 20 ketul, dah 100 ringgit. Masuk servis bersihkan sangkar, mangkuk Chantiq lagi, kalau satu hari guna servis dia... dia minta 500 ringgit. Haihh, duduk merempat lah kita lepas ni ya?" Akalil picit pelipisnya. Buat-buat pening.

Zihni kerutkan dahi. Biar betul? "Abang bergurau kan?"

Akalil tahan senyum. Wajahnya dipalingkan ke arah lain. Sebolehnya dia tak mahu berbalas pandang dengan Zihni. Risau rancangan nak mengenakan Zihni tak menjadi.

"Abang bergurau dengan Zihni kan? Seketul 5 ringgit? Apeni, abang... tak baik bohong." Zihni terus melutut di hadapan Akalil dan menekap kedua belah pipi Akalil. Dipaksa agar Akalil membalas pandangan matanya.

"Abang..."

"Betul. 5 ringit seketul. Tu lepas diskaun. Sebelum minta diskaun, seketul 7 ringgit." Masih nak memperdaya Zihni yang polos ini.

"Apa nama orang tu? Zihni minta nombor dia. Biar Zihni yang tanya dia sendiri. Lain macam servis dia ni... ke dia ni scammer?" Daripada dia caj seketul demi seketul, kenapa tak caj guna kilogram terus? Sakit ke orang ni? Dan Akalil jumpa servis orang tu dari mana? Instagram? Twitter?

"Hahahah!" Dah tak boleh tahan dah. Akhirnya meletus jua tawanya. Kalau Akalil dah terbahak-bahak seperti itu, Zihni dapat agak suaminya sekadar bergurau. Sembang aje lebih.

"Nah kan, Zihni dah agak dah!"

Lelaki ni memang nak kena!
   
   
   
  
TBC

Update: 20092022.

Hai, saya ada tulis cerita baru. Tajuk dia RUMAH. Dah available tau, boleh cek dekat works saya❤

ZIHNI √Where stories live. Discover now