ZIHNI - 20

9.9K 1.1K 114
                                    

TIGA pagi Zihni terjaga dari lenanya. Tangan meraba tempat sebelah mencari tubuh Akalil. Tidak ada. Kosong. Mata Zihni terus celik. Hilang rasa mengantuk. Zihni bangkit dari baringan dan duduk bersila di atas katil. Melilau matanya memerhati keadaan bilik yang suram dan hanya diterangi oleh cahaya lampu tidur.

"Abang?" panggilnya. Entah ke mana saja lelaki itu merayap jam-jam sebegini.

Zihni turun dari katil bersaiz king. Selipar berbulu itu disarung ke kaki lalu perlahan langkah diatur keluar dari bilik peraduan mereka. Dari tangga Zihni memakukan pandangan ke arah bilik tamu di tingkat bawah. Gelap. Sejujurnya, Zihni sangat tidak sukakan suasana yang gelap dan sunyi. Rasa takut mula menjelma. Padahal tidak ada apa-apa pun di sana.

"Turun ke tak?" Zihni berkira-kira untuk membuat pilihan. Kalau Zihni pilih untuk turun ke bawah, hendak tak hendak, Zihni kena redah kegelapan di bawah sana untuk membuka suis lampu.

Kalau Zihni tak turun, nanti dia ter-rindu Akalil pula. Hurm...

"Mungkin abang dekat dapur."

Zihni turun ke bawah. Langkah dilajukan. Sebaik saja kaki menginjak lantai, Zihni berlari ke arah di mana tempatnya terletak suis. Menggagau tangan Zihni cuba mencari suis di dinding. Menyesal juga tak bawa telefonnya bersama. Kalau tidak, suluh aje flashlight. Tak terfikir pula tadi. Haih...

Tap! Jari mengetik suis lampu. Tidak sampai dua saat, ruangan menjadi terang berderang. Matanya tertala ke arah sofa. Kosong. Tidak ada sesiapa. Dan buat apa juga suaminya duduk dalam gelap kan? Mustahil juga Akalil tidur di bilik tamu.

Kepala di tolehkan ke arah dapur yang keadaannya juga gelap gelita. Jelas sekali memberi jawapan kepada persoalan yang muncul di minda. Akalil tidak ada di dapur. Suis lampu dimatikan kembali dan Zihni terus pecut naik ke atas. Takut! Perasaan lari dari ruang yang gelap tu seakan ada hantu yang sedang mengejarkan dari belakang. Sedangkan semua itu cuma bayangannya sahaja. Selalu tengok cerita hantu, inilah akibatnya.

Zihni belum mahu mengalah. Langkah digagahkan menuju ke bilik tetamu. Tombol pintu dipulas dan daun pintu ditolak perlahan. Baru hujung jari kaki yang menyentuh permukaan lantai marble itu, Zihni sudah dapat rasa hawa sejuk yang datang dari bilik itu. Pintu ditolak lagi dan benar, penghawa dingin di bilik tersebut sudah sedia terpasang.

Zihni pandang ke arah katil, kelihatan sekujur tubuh itu sedang tidur mengiring.  Kenapa suaminya tidur di bilik ini sedangkan malam tadi elok saja Akalil tidur di sebelahnya. Sejak bila lelaki itu berpindah bilik?

Zihni menapak perlahan mendekati si suami. Selimut yang terlorot sedikit ditarik menutupi bahu. Pipi si suami diusap perlahan dengan jemarinya.

"Tak ajak pun tidur bilik lain..." Terselit nada rajuk manjanya di sana.

Teringat dengan perbualan mereka malam tadi. Selesai dengan sesi meluahkan perasaan, masing-masing terus fokus menguruskan diri sendiri. Zihni tidak bercakap dengannya, Akalil juga tidak berani untuk memulakan perbualan. Bukannya Zihni merajuk, cuma wanita itu perlukan masa untuk menelan kenyataan bahawa cinta tidak boleh dipaksa-paksa.

Tika Zihni mahu keluar dari bilik tersebut, langkahnya terus terpasung. Kepala ditolehkan semula ke arah katil tersebut. Ada tempat kosong di sebelah Akalil. Bibir menarik segaris senyuman nipis. Tanpa berlengah, daun pintu ditolak rapat dan suis lampu dimatikan.

Kemudian perlahan-lahan Zihni merebahkan tubuhnya di sebelah Akalil yang sudah lena diulit mimpi. Selimut di tarik hingga paras dada. Zihni berbaring ke kanan menghadap Akalil dan tangannya mendarat di atas perut si suami.

Beberapa belas minit telah berlalu, Zihni masih belum dapat melelapkan matanya meskipun acap kali dia menguap dan menyapu matanya. Mata dipejam erat dan alangkah terkejutnya Zihni apabila ada sesuatu yang berat menindih betis Zihni. Semedan mata Zihni celik. Lagi mengejutkan Zihni, bilamana dia mendapati wajah kacak si suami yang kelihatan samar-samar berada betul-betul di hadapannya.

Tubuhnya langsung keras membatu seakan lumpuh. Air liur diteguk. Gulp! Kalau Zihni tolak betis Akalil, agak-agaknya lelaki itu akan sedar atau tidak ya? Hati kecilnya berbisik. Zihni tak mahu mengganggu lena si suami.

Zihni, mohon bertenang!

Zihni ikut saja arahan hati. Gadis itu cuba bertenang dan tidak perlu gabra. Akalil takkan sedar punyalah! 

Jika tadi, betis yang menindih. Sekarang tangan lelaki itu pula yang mendarat di atas tubuhnya. Wajahnya mendekat... dan Zihni tidak berganjak. Ketika bibir Akalil berlabuh tepat pada batang hidung Zihni, Zihni terus pejam mata. Tak bergerak, tak menolak. Malah membiarkan saja bibir lelaki itu melekat di sana sehinggalah dia tertidur dalam dakapan Khairan Akalil. 

Oh, pagi yang indah...

   
   
   
   
  
  
TBC

Update: 10022022.

Short update duluan ya🥰

Vote and comment untuk buka chapter 21!

Bab akan datang nanti, masa dia berubah ya. Dari lima bulan... kita terus lompat ke... _______

Hmmm, berapa bulan/tahun Zihni kena tipu ni ya?

ZIHNI √Where stories live. Discover now