Sebelum mulakan pembacaan, jangan lupa:
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
MAKAN malam hari ini disediakan oleh Akalil. Lauk biasa-biasa saja tapi kena dengan tekak Zihni. Berselera sungguh Zihni makan. Bertambah nasi bila makan disuap Akalil. Dia rasa seronok diperlakukan seperti pemaisuri oleh rajanya. Setiap satu suapan, sekuntum demi sekuntum bunga tumbuh mekar di taman hati. Indahnya hidup bila ada Akalil.
"Nak tambah nasi lagi tak? Telur dadar nak lagi? Kalau nak, abang gorengkan." soalnya seraya mengelap hujung bibir Zihni yang comot.
"Zihni dah kenyang. Abang makanlah pulak. Abang tak makan lagi ni."
"Sekejap lagi abang makan. Abang just want to make sure perut isteri abang kenyang dulu."
"Zihni dah kenyang dah. Hampir meletup perut ni. Abang makan ya? Zihni nak suap abang pulak. Tak adillah kalau abang aje yang boleh suap kita. Kita tak boleh suap dia makan." Pinggan di atas meja Zihni ambil lalu wanita itu turun dari kerusinya.
Nasi yang masih hangat dicedok ke pinggan. Ikan sardin bersama kuahnya turut dikaut dan dituang di atas nasi. Zihni gaul rata. "Abang jangan usik dulu nasi tu. Zihni gorengkan telur. Sabar..."
Akalil ketawa saja. Lelaki itu mengangguk tanda dia mengerti dengan arahan si isteri. Sementara menunggu Zihni siap menggoreng telur dadar untuknya, lelaki itu menjadi pemerhati tak berbayar di belakang. Zihni ni comel kan? Akalil geram.
"Telur dah siap!" Pinggan berisi telur diletakkan ke meja. Punggung dilabuhkan di atas kerusi rotan itu. Zihni pandang Akalil sekilas. Bibir menguntum senyuman nipis apabila dia perasan mata si suami dari tadi tak lekang dari menatap wajahnya. Cantik sangat kah Zihni ni sampai pandang Zihni macam tu sekali?
"Bismillah. Buka mulut."
Akur dengan arahan, Akalil buka mulut. Nasi yang sudah diaduk dengan kuah ikan sardin dan telur dadar itu dikunyah perlahan-lahan. Betullah kata Zihni. Sedap. Akalil tak puji air tangan sendiri. Makanan ni jadi sedap bila insan tercinta yang suap dia makan macam yang Zihni buat sekarang ni. Kesian orang bujang...
Takde isteri nak suapkan makan. Eh!
"Jauh mengelamun. Dah sampai mana?" Tawa kecil terbit dari bibir Zihni.
"Mana ada mengelamun..."
"Ialah tu. Abang nak minum dulu?" Gelas berisi teh tarik hangat disua pada Akalil.
"Belajar dekat mana buat teh tarik?" Zihni menyoal. Kagum dengan kelebihan si suami yang satu itu. Memanglah teh tarik ni benda senang nak buat tapi nak copy teh tarik buatan mamak tu betul-betul bukannya senang.
"Tok ayah. Dia yang ajar. Dulu abang selalu request dia buatkan abang teh tarik sebab dia buat sedap. Berlemak. Tak manis sangat. Tapi sedap. Lepas tu bila dah kerap sangat suruh dia buatkan, dia suruh abang bancuh sendiri. Dia ajarkan. Tak lah susah mana." Bila ilmu dah ada, tinggal kita aje yang asah skill tu. Mesti menjadi juga akhirnya.
"Ohhh macam tu. Teh tarik abang buat ni sama tak macam tok ayah buat?" Tiba-tiba Zihni teringin pula nak rasa teh tarik yang tok ayah buat. Mesti lagi sedap kan?
"Nak kata sama tu tak kot. Air tangan setiap orang tu berbeza-beza, kan? Mungkin teh tarik yang tok ayah buat tu lagi mantaplah. Nak rasa ke? Kalau nak, nanti kita singgah rumah tok ayah dekat Kelantan. Zihni tak pernah pergi lagi kan?" Sebut pasal tok ayah, hati dihambat rasa rindu.
"Haah, tak pernah lagi."
"Nanti abang bawa Zihni pergi Kelantan. Nak?"
"Nak!"
"Lepastu kita bagitahu dia yang Zihni dah pregnant. Mesti dia happy giler! Dia tu kan, masa kita awal-awal kahwin tahun lepas, dialah yang tak sabar-sabar nak ada cicit." cerita Akalil. Intonasinya dan riak wajahnya jelas sekali menunjukkan lelaki itu sedang teruja. Matanya berbinar-binar. Bersinar.
"Kan. Mesti dia gembira sangat." Zihni dapat bayangkan macam mana reaksi tok ayah nanti bila dapat tahu Zihni dah mengandung. Mesti lelaki itu akan melompat sakan.
"Zihni,"
"Ye?" Zihni pandang wajah kacak Akalil.
"Baby kita dah berapa minggu? Abang tak sempat tanya Zihni. Sorry..." Akalil kesal pada diri sendiri. Sewaktu Zihni memberitahu dirinya sedang hamil, Akalil terus menyepi. Dia tak tunjuk pun dia sebenarnya gembira dengan khabar itu. Kasihan Zihni...
Eleh Akalil, mulut aje cakap tak nak anak tapi diam-diam, hati bersorak. Cuma dalam masa yang sama, Akalil sedang berperang dengan sendiri. Banyak hal yang mengganggu fikirannya. Entah bilalah kebimbangan ini akan ternoktah.
"Minggu ni dah masuk sembilan minggu."
Kemudian mata Akalil turun ke perut isteri. Takut-takut Akalil mahu menyentuh perut Zihni yang berlapik gaun labuh itu. Agak-agaknya baby bump Zihni dah kelihatan atau belum? Semasa Zihni menempel dengannya di bilik tadi, tak ingat pula nak pastikan perut si isteri dan kelihatan bentuknya atau tidak.
"Nak pegang boleh?" Akalil bertanya polos.
"Alahai, takkan tak boleh pulak abang ni." Laju saja Zihni menggenggam erat tangan Akalil lalu dibawa ke perutnya.
"Dah ada beza kan?"
Akalil mengangguk. Memang ada beza. Terasa perut isterinya sedikit membukit. Lalu perlahan-lahan tangan Akalil membelai perut si isteri. Bibirnya menguntum senyuman. Terleka. Lama perut itu diusapnya. Ketika itu, Akalil merasakan ada sebuah perasaan asing menyentuh lubuk hatinya yang paling dalam.
"Anak babah..."
TBCUpdate: 19062022.
Satu bab yang pendek untuk kalian. Jumpa dekat next chapter! Terima kasih sebab suka cerita ni🤭❤
YOU ARE READING
ZIHNI √
RomanceCerita pendek dan kurang comel. Cerita ni baru saja selesai ditulis tapi belum di-edit. Kalau jumpa typo bertimbun, maaf...