"LAKI kau betul-betul tak kisah ke aku tinggal dengan kau?" Aufa bukan apa, dia segan. Walaupun Akalil tidak ada di rumah ketika ini, rasa kurang selesa tinggal di rumah orang itu masih ada.
"Tak. Dia okey je. Dia izinkan. Kau tak perlulah risau."
Diam. Senyap. Aufa menoleh sekilas ke arah Zihni. Entah kenapa Aufa seperti merasakan sesuatu tentang sahabat baiknya itu. Perubahan sikap Zihni yang jarang dia lihat ini menguatkan lagi bukti bahawa ada sesuatu yang Zihni sorokkan darinya. Bukan itu saja, melalui air muka Zihni yang tenang, Aufa masih dapat mengesan mendung di wajah Zihni.
"Kau okey ke?"
"Okey je. Kenapa?" Zihni menyoal kembali.
"Kau nampak macam tak okey. Kau ada problem ke Zihni? Kalau ada, share-sharelah dengan aku. Aku dah sedia nak tadahkan telinga dan pinjamkan bahu." ujar Aufa pula. Tangan diletakkan di atas paha Zihni. Sesekali paha Zihni ditepuk.
"Tak tahu nak mula macam mana..." Zihni melorek senyuman namun senyumannya terlihat sangat hambar.
"Kau ada problem dengan abang kau? Tak pun dengan Akalil?"
Bolehkah Zihni membuka cerita tentang masalah rumah tangganya pada Aufa? Atau lebih baik dia diamkan saja? Fikiran bercelaru. Kalau dia bercerita, nanti ternangis pula. Tak mahulah macam tu. Fasal dia dengan Akalil ni pun ada baiknya dia selesaikan sendiri dengan Akalil tanpa melibatkan sesiapapun.
Aib rumah tangga perlu dijaga, bukan dijaja.
"Tak ada apalah..." Kekura tangan Aufa ditepuk sebanyak dua kali. Kepala digelengkan.
Tak usahlah dia mengadu. Cukup Allah saja yang lebih tahu gangguan emosi yang dihadapi dek masalah rumah tangganya ini. Bercerita pada orang yang tepat sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban perasaan namun tak semua hal boleh disuarakan.
"It's okay kalau kau tak nak cerita tapi janganlah tunjuk muka macam tu. Aku tak suka tengok kawan baik aku murung." Zihni sedih, Aufa juga akan terasa tempiasnya.
"Okey, tak tunjuk dah. See?" Senyuman lebar dipamerkan pada wajahnya. Ceria. Zihni kena tunjukkan pada Aufa bahawa dirinya tidak selemah yang disangka. Zihni kena happy!
"Nak keluar tak hari ni?" soal Aufa.
"Pergi mana?"
"Pergi mana-mana aje. Shopping ke. Butik Uswah ada buat promosi. Aku nak beli handsock. Ada warna baru tau. Jomlah..." Tak best keluar seorang diri. Kalau berteman barulah Aufa rasa lebih bersemangat memenuhkan bakul.
Rasa selamat dan tak sunyi. Meskipun usianya sudah mencecah 26 tahun, entah kenapa nak keluar sendiri pun susah. Sampaikan kakak dan abangnya melabel Aufa budak-budak padahal umur 26 tahun dah layak sangat jadi mak budak. Sampai hati!
"Okey. Karang aku bagitahu suami aku."
"Lepas solat Asar kita gerak." Bertolak lebih awal agar mereka dapat meluangkan masa bersama-sama lebih lama. Rindu nak keluar dengan Zihni macam zaman Zihni masih bujang dulu.
Semenjak Zihni menamatkan zaman bujangnya setahun yang lalu, rasa tak elok pula selalu culik Zihni dari suaminya. Dah jadi isteri, sudah pasti keutamaan seorang isteri adalah suaminya.
"Alright. Pakai Jubah abaya yang kita beli haritu eh?" Apa salahnya sekali-sekala pakai baju warna sedondon dengan kawan baik.
Aufa dengan Zihni diumpamakan adik beradik kembar yang lahir dari ibu bapa yang berbeza. Mereka berkawan baik sejak di bangku sekolah rendah lagi. Hubungan persahabatan mereka memang dari dulu lagi terjaga. Mereka tak pernah bersengketa. Aufa yang tenang, Zihni yang tenang, maka hubungan persahabatan mereka juga berterusan dengan ketenangan. Aman dan harmoni.
Muka pun tak jauh beza. Bukan sekali dua saja mereka menerima komen mengenai wajah mereka yang hampir seiras, setiap kali mereka keluar berdua, pasti ada yang menegur. Kembar ke? Hahahah! Mereka seiras tapi tak serupa.
KEESOKKAN harinya pula, pulang dari tadika, Dato Khaliq menjemputnya dan juga Aufa makan petang di rumah. Punyalah susah nak pujuk Aufa ikut sekali. Dia punya pemalu tu tahap kronik. Pujuk punya pujuk, akhirnya berjaya juga. Fuh!"Anak ni nama Aufa lah?"
Malu-malu Aufa mengangguk. Segan dengan ayah mertua kawan baiknya itu.
"Teman wanita Zayn?" Dato Khaliq cuba mengagak. Manalah tahu betul. Bagus kalau Zayn sudah berpunya, tak lah membujang sampai ke tua.
Macam Akalil, mula-mula dia risau dengan anak lelakinya itu. Umur dah masuk series 3 tapi tak ada kekasih. Dato Khaliq sempat mengecop Akalil itu lelaki yang terlalu memilih, rupa-rupanya dia silap. Taste bakal isteri anak lelakinya tidak seperti yang dijangkakan.
Sewaktu kali pertama Akalil memperkenalkan wanita pilihannya kepada dia, tak dinafikan Dato Khaliq agak terkejut. Dato Khaliq tak ada niat nak mengadili penampilan atau fizikal bakal menantunya, cuma dia tak sangka saja...
Jika Datin Soraya merangkap bekas isterinya itu melihat keadaan Zihni yang sekarang, pasti akan tergamam dan berhenti mengejek Zihni. Zihni dah kurus sekarang. Tak gebu macam beberapa bulan yang lalu. Kalau dia daftarkan Zihni menjadi model pakaian Muslimah, dia jamin agensi model tidak berani menolak bidadari Akalil ni.
Pakej kurus, tinggi dan cantik. Siapa aje berani nak tolak?
"Eh bukan... bukan!" Gelisah. Aufa menggeleng menidakkan sangkaan Dato Khaliq. Sejak bila pula dia bercinta dengan Zayn? Ish, tak mahulah!
"Lah, uncle salahlah ni?"
"Haah. Saya... masih sendiri. Tak ada teman lelaki."
"Kalau macam tu, nak uncle jadi boyfriend kamu tak?" soal Khaliq. Kedua-dua kening diangkat. Saja mengusik.
Bola mata Zihni terbuntang luas. Begitu juga dengan Aufa. Terkejut dengan tawaran Dato Khaliq yang tiba-tiba. Wah Dato Khaliq ni pun... tak padan dengan tua. Dah 60 lebih tahun pun ada hati nak cuba perempuan yang muda 30 lebih tahun darinya.
"Eh uncle ni. Risau saya..." Dalam hati pula menjerit 'tak nak!'
"Ahahah! Uncle bergurau saja. Jangan ambil serius." Melihat riak cuak pada wajah Aufa, tawa Dato Khaliq berderai. Geli pula hatinya.
"Cuak dah member tu, daddy." Zihni menggelengkan kepala. Pandai ayah mertuanya mengusik. Diusik sampaikan rona wajah Aufa pucat tak berdarah. Serentak itu lengan Aufa disiku Zihni.
"Mmm?" Aufa menoleh ke sebelah kanannya.
"Betul ke kau tak nak dengan ayah mertua aku? Tak teringin jadi Datin muda?" Zihni turut tumpang sekaki mengusik Aufa. Seronok tengok Aufa tak senang duduk disakat. Dah macam cacing kepanasan pula lagaknya.
"Hey kau ni Zihni... janganlah." Perlahan-lahan kepala digelengkan.
"Aku dapat anak dia. Kau dapat bapa anak dia. Tak dapat jadikan kau kakak ipar tak apa. Boleh jadi mak mertua tiri aje." Sesudah ayat dinoktahkan, Zihni bantai gelak di hadapan Dato Khaliq dan Aufa. Terhibur dengan ayat sendiri.
"Pitam kang kawan tu, Zihni. Tak apa Aufa. Kalau Aufa tak jumpa-jumpa jodoh jugak, uncle ada di sini. Cari aje. Uncle sudi. Itu pun kalau kubur tak call." Dato Khaliq ketawa lagi.
Aufa pukul paha Zihni. Geramnya! 1 lawan 2, sudah semestinya 2 yang menang. Terbersit rasa sesal di dalam hati kerana termakan dengan pujukan Zihni untuk mengajaknya makan petang di rumah Dato Khaliq. Malunya diusik-usik sampai macam ni sekali!
Mak, Aufa nak balik!
TBCUpdate: 09032022.
Bab ni ada sambungan tau. Tunggulah bab 30.
Hint: Kotak.

ANDA SEDANG MEMBACA
ZIHNI √
RomanceCerita pendek dan kurang comel. Cerita ni baru saja selesai ditulis tapi belum di-edit. Kalau jumpa typo bertimbun, maaf...