ZIHNI - 26

10K 1.1K 208
                                    

REMPEYEK di dalam plastik dicapai lalu disua ke mulut. Belum sempat ditelan, mata Zayn sudah mencerun tajam ke arah Akalil yang kelihatan asyik mengunyah. Sekeping tisu kering ditarik dari kotak dan rempeyek yang belum habis dimakan dimuntahkan ke tisu tersebut.

"Aku tengah makan, kan?" Akalil pandang Zayn. Lelaki itu tak nampakkah Akalil sedang makan sekarang? Dah kenapa pula nak muntahkan makanan di hadapan dia? Tak hormat langsung!

"Kau bagi aku makan apa ni sia?"

"Rempeyek."

"Masuk anginlah bodoh!"

"Rempeyek masuk angin lah yang sedap." balas Akalil. Riak wajahnya tenang dan bersahaja. Malah Akalil kelihatan berselera menikmati nasi goreng yang dibekalkan oleh Zihni bersama rempeyek yang sudah masuk angin.

"Pelik."

"Tak suka tak apa. Aku suka." Lagi-lagi keropok udang. Kalau keropok tu masuk angin, lagi sedap nak kunyah. Mungkin juga disebabkan terjadinya perubahan tekstur pada keropok itu yang membuatkan Akalil gemar. Tak keras dan tak lembut. Pelik kan?

"Makanan expired? Kau makan juga ke?" Risaulah dengan adik ipar seorang ni. Hampir 10 tahun berkawan, barulah dia tahu perangai pelik Akalil yang satu ini.

"Kau ingat aku gila ke?" selar Akalil.

"Manalah tahu..."

Akalil terus senyap dan kembali menyambung suapan dengan penuh selera. Zayn yang membebel di sebelah tidak diendahkan sama sekali. Fokusnya lebih kepada nasi goreng buatan si isteri. Masakan Zihni tak pernah tak sedap. Dan tak pernah gagal mencuri hatinya.

"Lepas ni aku nak singgah mamak. Kau ikut tak?"

"Tak kot. Aku nak singgah masjid sekejap. Zohor dah nak masuk."

"Wah, pak ustaz..." Zayn siap bertepuk tangan sambil tersengeh-sengeh. Tak sangka pula rakannya satu itu sudah mula menjaga solatnya.

Solat tapi gay? Solat tapi buat maksiat?

Akalil memandang sekilas ke arah Zayn. Kenapa kalau dia solat? Salahkah kalau dia mula menjaga hubungan dengan Tuhannya? Akalil sedar diri. Memang dia kotor dan seluruh jasad berdaki dengan dosa namun jauh di sudut hati, dia mahu kembali. Meskipun terkadang hatinya cepat berbolak balik.

"Mesti kau penat kan kahwin dengan Zihni? Adik aku tu jaga solat. Cukup 5 waktu. Bila dah ada pasangan, kalau bukan kau yang ingatkan dia untuk solat, mesti dia yang tolong pesankan. Kau pun terpaksa ikut cakap Zihni. Betul tak?" duga Zayn. Kalau dia jadi Akalil, mungkin dia dah tak tahan hidup seperti itu.

Zayn tak suka diarah-arahkan. Lagi-lagi perihal solat. Suka hati dia lah nak solat atau tak. Kalau solat pun, mahukah Allah menerima dirinya yang bersifat seperti penghuni neraka?

"Tak penat. Dah terbiasa." Berkahwin dengan Zihni boleh dikatakan dia berkahwin dengan cara isterinya. Senang kata, dia turut terpengaruh dengan cara kehidupan Zihni.

Zihni solat, dia ikut solat. Zihni puasa sunat, kadang-kadang dia turut ikut serta isterinya berpuasa sunat Isnin dan Khamis. Hal-hal yang wajib, dia buat. Perkara yang sunat pun dia mahu buat. Malu mengaku dirinya jahil dan alpa tentang perkara-perkara sunnah tetapi Zihni tidak pernah memandang rendah pada Akalil. Dan perkara itu membuatkan Akalil semakin sayang terhadap Zihni.

"Solat pun... kau masih tengok video kotor. Solat pun kau masih ringan-ringan dengan aku. Tak ke sia-sia amalan kau?" Dihujung ayat Zayn ketawa kecil. Lelaki itu sengaja mengingatkan Akalil tentang dosa-dosa yang masih mereka lakukan sehingga kini.

"Kalau kau dah habis cakap, apa kata kau blah. Aku dah nak gerak." Bekas Tupperware yang sudah kosong dimasukkan ke dalam beg kertas.

"Panas ke bro?" Zayn tersenyum senget.

ZIHNI √Where stories live. Discover now