OST: Separuh by Jemimah Cita.
"KAU nak beli apa dekat sini? Asal kau heret aku sekali?" Zayn buntuti langkah Akalil dari belakang. Tangan kanan dimasukkan ke dalam kocek seluar hitamnya."Hadiah untuk anak kak Sofea tu. Memandangkan kau ada adik perempuan, mesti kau pun tahu taste orang perempuan macam mana." balasnya seraya membelek-belek baju bayi bercorak hati.
"Akalil, memanglah aku ada adik perempuan. Tapi dia dah dewasa sekarang ni. Dah berkahwin dah. Selera wanita dewasa dengan budak-budak yang tak cecah umur setahun lagi mana sama. Kau ni dah kenapa? Mabuk? Dah jadi pensyarah pun bodoh jugak."
Akalil menarik segaris senyuman. Rindu kena marah dengan Zayn. Mana tak rindu kalau dah sebulan hubungan persahabatan mereka ke laut. Zayn yang tak pernah sudah dengan anginnya, Zayn yang selalu mencari alasan untuk tidak keluar dengannya dan perubahan Zayn sangatlah ketara di mata Akalil.
Entah di mana silapnya pun Akalil tidak pasti.
"Memang aku sengaja ajak kau, Zayn. Dah lama kita tak keluar. Alasan busy. Kau busy buat apa? Jaga bini? Eh, kau dah kahwin ke? Atau kau kahwin senyap-senyap?" Kalau betullah Zayn dah kahwin dan tak jemput Akalil, memang Zayn layak dilabel kawan baik paling tak gunalah...
"Takdenya! Aku sibuk buat hal aku lah!" tempik Zayn. Berangin betul lelaki ini. Sah, Zayn datang bulan. Hahahah
"Kau tak penat ke marah-marah aku sia? Aku ajak kau keluar sebab aku nak kau teman aku cari hadiah anak kak Sofea bukan nak bergaduh. Orang pun dah pandang tu." Tebalkan muka. Nampak perubahan pada riak gadis jurujual yang berdiri di belakang mereka membuatkan Akalil terus jadi segan.
Zayn hela nafas berat. Rambut disebak ke belakang. Pandangan dipalingkan ke arah lain.
"Okey. Sekarang kau nak aku buat apa? Terus jadi ekor kau?"
"Tolong pilihkan hadiah untuk anak kak Sofea. Budak tu baby lagi kan?" soal Akalil. Syukur Zayn terus berubah laku selepas ditegur.
"8 bulan." kata Zayn.
"Budak 8 bulan suka baju macam mana?"
"Manalah aku tahu! Kau tanyalah orang dekat belakang aku ni. Dia pekerja dekat sini. Bukan aku." Ada yang kena ganyang hidup-hidup juga karang...
"Betul jugak ya." Akalil garu kepala yang tidak gatal. Bibir melepaskan tawa halus. Terhibur dengan diri sendiri. Kenapalah dengan dia hari ni.
"Asal kau tak ajak Zihni je pilih hadiah? Kalau kau ajak dia, mudah kerja kau. Adik aku tu kalau hal budak-budak, memang dia tahu. Design yang sesuai untuk baby pun mesti dia lagi pandai nak pilih berbanding kita ni." kata Zayn panjang lebar.
"Err..." Tak terluah bicaranya.
Fokus dikembalikan pada Akalil. Zayn pandang Akalil dengan keluhan. Ya, dia faham. Dia faham sangat!
"Kau tak nak Zihni berharap lebih?" tanya Zayn.
Akalil senyap. Tidak menjawab dan tidak juga mengiyakan. Perihal anak ini agak sensitif untuk dibicarakan. Bukannya dia berkeras tidak mahu, dia cuma berperang dengan diri sendiri. Dek dosa seorang ayah, dia terkena tempias kebencian seorang ibu. Dan disebabkan dirinya telah mengulang dosa yang sama seperti yang dilakukan oleh ayahnya dulu, Akalil jadi takut dengan segala kemungkinan yang akan berlaku.
"Sampai bila, Akalil? Adik aku tu ada hati perasaan dan dia ada keinginan. Dia pun nak hidup macam pasangan lain dekat luar sana dengan kau. Ada suami yang sayang dia, cintakan dia. Dia pun nak bina keluarga. Kalau kau terus bersikap macam ni, aku takut kalau dia yang tawar hati nanti." Sekadar memberi peringatan.
YOU ARE READING
ZIHNI √
RomanceCerita pendek dan kurang comel. Cerita ni baru saja selesai ditulis tapi belum di-edit. Kalau jumpa typo bertimbun, maaf...