OST: Tak Seindah Cinta Yang Semestinya cover by Mitty Zasia.
BARANG-barang di dalam bonet kereta dikeluarkan lalu diletakkan di hadapan pintu. Kunci rumah di dalam poket dikeluarkan. Setelah kunci dibuka, tombol pintu ditarik ke bawah dan perlahan-lahan daun pintu ditolak dari luar. Bau rumah dihirup. Wangi dan menyamankan.Tubuh dibalikkan semula ke belakang. Barang-barang di atas lantai diangkut dan dibawa masuk ke dalam. Pintu ditutup kembali kemudian dikunci. Mata melingas mencari kelibat seseorang yang dirindui. 4 hari tidak melihat wanitanya ibarat 4 tahun tidak bersua.
"Baru sampai?" Sebuah sapaan dari seorang wanita menyentaknya.
"Haah." jawabnya sepatah.
Zihni yang baru muncul entah dari mana datang mendekatinya. Pemegang bakul rotan berisi air dan sedikit jajan yang tidak habis dipegang Zihni. Pasangan itu berpandangan seketika sebelum bakul rotan yang dijinjit Akalil berpindah tangan.
"Zihni okey?" Akalil bertanya lembut seraya membuntuti langkah si isteri. Melihat wajah Zihni yang mendung dan mata Zihni yang merah, hati Akalil merasakan ada sesuatu yang berlaku pada isterinya.
"Okey."
"Aunty ada datang rumah ke? Dia serang Zihni lagi ke?" Bakul di tangan diletakkan di atas meja. Akalil menapak menghampiri tubuh kurus Zihni yang berdiri menghadap singki.
"Tak adalah. Dia tak ada datang sini pun."
"Zihni tipu abang ke?" Kedua-dua bahu isterinya dipegang. Zihni menolehkan wajahnya untuk membalas renungan Akalil.
"Abang ada tipu Zihni ke?"
Akalil membisu sejenak. Kenapa Zihni bertanya seperti itu kepadanya? Jujur, melihat tatapan kosong sang isteri padanya dan diterjah dengan soalan sebegitu, rasa tidak enak mula bermukin di hatinya.
Tak betah, wajah tanpa senyuman itu berubah riak. Wajahnya dimaniskan dan senyuman tercalit di wajahnya. Terbit tawa halus di bibir Zihni. Dada bidang Akalil ditepuk-tepuk.
"Zihni bergurau ajelah. Janganlah buat muka macam tu." Zihni ketawa. Sedarkah Akalil bahawa di sebalik tawa sang isteri, ada seribu satu perasaan yang disembunyikan dalam diam.
Akalil pula tersenyum kelat. Oh Tuhan, ingatkan Zihni dah tahu 'sesuatu'. Aduhai, Zihni buat dia cuak saja. Tangannya naik mengusap belakang tengkok.
"Abang mesti penat kan?" Zihni palingkan wajah dari Akalil. Mug, mangkuk dan bekas di dalam bakul rotan itu dikeluarkan satu persatu.
"Hmm..." Soalan Zihni diiyakan saja dengan gumaman pendek. Padahal rasa penat sudah lama beransur hilang sejak Zihni muncul di depan mata.
Malah, rasa rindu yang bertapak di dada terasa semakin berdenyut-denyut apabila Zihni berada dekat dengannya. Mahu saja dia peluk tubuh itu seeratnya. Ingin saja dia labuhkan ciuman pada wajah wanita itu untuk menyalurkan rasa rindu setelah 103 jam tidak bersama.
"Abang pergilah naik. Bersihkan diri. Solat. Lepas tu rehat. Sebelum Zihni keluar, Zihni masakkan abang lauk." ujar Zihni.
"Zihni nak pergi mana?"
"Keluar sekejap. Ada hal."
"Nak abang teman?" laju saja Akalil menawarkan diri.
Zihni menggeleng kecil. Segaris senyuman diukir. "Tak apa. Biar Zihni seorang aje yang pergi." Zihni ikutkan saja apa yang Zayn arahkan tempoh hari.
Jika Zihni tidak mahu kehilangan Akalil, maka hendak atau tak hendak, Zihni harus tutup mulut. Zihni tak boleh tanya atau sebut apa-apa perkara yang berkaitan tentang perihal tersebut pada suaminya. Tipulah jika dia tak tertanya-tanya kenapa Zayn tidak mengizinkan dia berbuat sedemikian sedangkan Zihni amat memerlukan jawapan.
![](https://img.wattpad.com/cover/295916711-288-k14367.jpg)
YOU ARE READING
ZIHNI √
RomanceCerita pendek dan kurang comel. Cerita ni baru saja selesai ditulis tapi belum di-edit. Kalau jumpa typo bertimbun, maaf...