* Pasang lagu Tiara Andini - Merasa Indah *
DIA sangkakan pagi ini dia akan dilayan seperti seorang puteri raja. Dia ingatkan sebaik saja dia terbangun dari lenanya, Akalil tetap ada di sisi, mengucup dahinya, memeluknya dan mengungkapkan kata-kata sayang kepadanya namun semuanya sekadar menjadi angan-angan.
Kosong. Akalil tidak ada di sebelahnya. Zihni bingkas turun dari katil dan terus saja membersihkan diri. Selesai mandi dan sempurna berpakaian, wanita itu segera turun ke tingkat bawah sambil memanggil-manggil Akalil yang dari tadi tidak kelihatan. Ke mana pula hilangnya Akalil pagi ini?
Telefon bimbit di dalam poket dikeluarkan dan nombor telefon Akalil segera didail. Panggilan tidak berjawab. Tiga kali Zihni cuba menghubungi lelaki itu namun hasilnya tetap sama. Mesej dihantar kepada Akalil dan sama seperti panggilannya, dibiar begitu saja. Tidak diangkat, dijawab dan tidak diendahkan sama sekali.
Dek tidak berpuas hati, Zihni cuba hubungi abangnya. Masih segar di ingatan Zihni tentang apa yang diberitahu suaminya pagi tadi. Katanya, pagi ini Akalil dan Zayn bercadang mahu keluar. Dan Zihni yakin, sekarang ini Akalil sedang bersama dengan Zayn!
"Abang!" Tanpa salam.
"Ha? Nak apa ni? Pagi-pagi ganggu orang nak tidur. Nak apa?" balas Zayn dengan suara mengantuk.
"Abang dekat mana sekarang? Suami Zihni ada tak? Kalau ada, tolong bagi phone abang dekat dia. Zihni nak cakap dengan dia kejap."
"Hah? Mana ada. Dia dengan Zihni kan."
Dahi Zihni berkerut. "Dia kata dia... tak apalah. Zihni tutup dulu." Tanpa menunggu balas Zayn, Zihni matikan panggilan. Gadis itu diam seketika untuk mencerna keadaan.
' Abang pergi mana sebenarnya? Abang tipu Zihni ke? ' bisik hati kecil Zihni. Skrin telefon bimbit ditatap lama.
"Malam tadi abang ikhlas atau tak?" soalan itu dibiar tanpa jawapan. Hati kecilnya mulai terusik saat mengenangkan perkara itu. Malam tadi Zihni terlalu memaksa Akalil kah?
PETANG ini barulah kelihatan batang hidung encik suami yang ditunggu-tunggu sembari tadi. Zihni bingkas bangun dari sofa dan berlari mendapatkan Akalil. Wajah lelaki itu dipandang dengan senyuman kecil namun cukup manis untuk dijadikan pemanis mata. Zihni menghulur tangan untuk bersalaman namun tidak disambut oleh lelaki itu."Abang pergi mana tadi? Zihni call tak angkat, mesej tak balas." Zihni tarik semula tangannya pabila dia menyedari tangannya tak bersambut. Suaranya mengendur sedikit. Pandangan mata dialihkan ke arah lain.
"Jangan cakap abang pergi jumpa abang Zayn. Zihni dah call dia tadi," kata Zihni.
"For what?"
"Pagi tadi abang cakap yang hari ni abang nak keluar dengan abang Zayn kan?" Zihni tersenyum kelat.
"Sebenarnya abang tipu Zihni kan? Abang cakap macam tu sebab abang mengelak?"
Akalil diam lagi. Kepala diturunkan sedikit sebelum lelaki itu menonong pergi meninggalkan Zihni terkebil-kebil di belakang.
Lantaklah kalau Zihni dah tahu sebab dia memalsukan alasannya pagi tadi. Mengelak, menolak sekeras apa pun, dia tetap tewas juga. Dia dah sentuh Zihni walhal sebelum ini dia berjanji pada diri sendiri, dia tidak akan sesekalinya merengut keperawanan gadis itu. Janji tinggal janji... janji tidak mampu dikotakan lagi.
"Kenapa dengan abang ni?" Zihni buntuti langkah Akalil. Tangan suaminya dilelar namun belum cukup lama dia menyentuh lelaki itu, tangannya ditepis.
"Abang penat."
YOU ARE READING
ZIHNI √
RomanceCerita pendek dan kurang comel. Cerita ni baru saja selesai ditulis tapi belum di-edit. Kalau jumpa typo bertimbun, maaf...