ZIHNI - 34

12.2K 1.2K 294
                                    

ZIHNI tak tahu nak respon macam mana saat mata terpandang sosok tubuh yang sekadar bertuala di hadapan sana. Nak mengelabah rasa tak patut sedangkan dia sudah pernah 'lihat' lebih dari itu. Seluruh lelaki itu.

"Zihni?" Akalil menoleh.

"Abang tidur sini malam ni?" Zihni bertanya lembut. Pakaian yang sudah rapi dilipat yang terletak dalam bakul dikeluarkan perlahan-lahan.

"Ya. Boleh kan?" Takutlah tidur sendiri...

"Bilik ni kan memang bilik abang. Kenapa abang kena minta izin Zihni pulak?"

"Manalah tahu Zihni masih marahkan abang..."

Zihni menguntum senyuman kecil. Langkah kaki diteruskan mendekati encik suami. Pintu almari yang sudah sedia terbuka dikuak lebih luas. Pakaian yang sudah berlipat disusun ke dalam almari. Akalil yang berdiri di sebelah dan masih menghadapnya dipandang tiga saat.

"It's okay. Zihni faham." Zihni cuba untuk faham. Zihni cuba mengerti tanpa menghakimi walaupun tercalit sedikit rasa amarah. Geram! Sebal!

Akalil pusingkan tubuh menghadap ke depan. Baju lengan panjang warna putih dan bergaris biru tua itu dikeluarkan. Seluar santai berwarna hitam yang berlipat turut dikeluarkan. Ketika lelaki itu mahu bergerak menuju ke arah laci untuk mengambil boxernya, Zihni lebih pantas bergerak dan meraih boxer biru milik lelaki itu.

"Thanks."

"Sama-sama."

Suasana kembali sepi. Awkward. Akalil duduk di birai katil sambil memerhati isterinya yang sedang sibuk mengemas pakaian di dalam almari dan laci pakaian mereka. Baju, seluar dan boxer yang belum disarung ke tubuh dipandang lama.

"Eh, tak pakai baju lagi?" tegur Zihni. Dia ingatkan suaminya sudah selesai berpakaian. Ternyata, tidak. Elok saja lelaki itu duduk di belakang dalam keadaan yang sama. Bertuala. Dan mata Zihni nakal menatap keindahan di hadapan sana. Cuci mata.

"Zihni keluar dululah." Lantas kepala dipalingkan memandang ke tempat lain. Risau mata tak boleh behave.

"Stay." arah Akalil.

"Abang pakailah baju tu dulu. Nanti kita borak." Dan-dan Zihni meneruskan langkahnya. Arahan Akalil tidak diendahkan. Tombol pintu ditolak ke bawah dan bersedia untuk keluar dari ruang peraduan mereka.

"Zihni, kejap." Tiba-tiba tangan Zihni dilelar oleh Akalil. Entah sejak bila pula lelaki itu mengejar Zihni. Semedan Zihni menolehkan wajahnya semula memandang encik suami.

"Y-ya?"

"Abang kata stay kan." Tangan Zihni yang menggenggam pemegang tombol besi itu diraih.

"Kenapa? Abang nak apa? Zihni ada kerja lagi dekat bawah." Ada satu lagi bakul pakaian kering yang belum Zihni lipat.

"Teman abang." pinta lelaki itu. Zihni didudukkan di birai katil.

"Aaaaa... err... abang dah tak segan ke dengan Zihni?" Tepi rahang digaru. Melihat Akalil cuba merungkaikan tuala di pinggang lelaki itu semerta membuatkan Zihni cuak. Wajah ditoleh ke kanan.

"Bukannya Zihni tak pernah tengok." Akalil mengulum senyum. Comel pula tengok Zihni tengah gelisah macam tu. Dah macam cacing kepanasan dia tengok. Tak duduk diam. Asyik nak bergerak saja kerjanya. Sekejap goyang kaki kiri dan sekejap kaki kanan.

Zihni berdehem kuat. Wajah dikalihkan memandang dinding. Bibir diketap rapat. Batin menjerit meminta tolong. Zihni nak keluar dari bilik ni. Jika dia duduk di sini sekadar menjadi penonton wayang yang membuatkan dirinya tak keruan, tak senang, lebih baik dia keluar saja. Buat kerja lain! 

ZIHNI √Where stories live. Discover now