ZIHNI - 27

10.3K 1.2K 83
                                    

TAK seperti kebiasaannya, pasangan itu menyepi dari tadi. Satu jam duduk menghadap TV, satu jam juga masing-masing membisu melayan perasaan sendiri. Mereka berdua duduk si sofa berangkai tiga. Akalil duduk di sebelah kanan, manakala Zihni duduk di sebelah kiri sofa. Bahagian tengah dibiarkan kosong tidak berpenghuni.

"Hello..." Panggilan telefon dari Datin Soraya diangkat. Kaki panjangnya disilang di atas kaki kiri.

"Hurm... aunty nak apa ni?" soalnya malas. Kalau bukan disebabkan Akalil penat membisu dari tadi, rimas dengan situasi yang janggal seperti tika ini, pasti dia tidak akan menjawab panggilan Datin Soraya.

"Dah receive dah. Congrats." ucapnya tak berperasaan. Air mukanya kosong. Tak teruja dengar berita yang baru saja dia terima pagi tadi. Ayyash merangkap adik lain ayah akan bertunang tidak lama lagi.

"Tengoklah macam mana."

Ayyash dan Alisya, mereka berdua anak yang terhasil daripada perkahwinan kedua Datin Soraya dengan suami barunya selepas tujuh tahun bergelar janda. Dato Asmai merangkap ayah tiri Akalil. Akalil akui, ayah tirinya itu sangat baik dengannya namun sampai sekarang Akalil masih belum dapat menyelesakan diri dengan keluarga keduanya.

Berjumpa pun jarang. Bila dijemput hadir ke majlis, pasti ada saja alasan yang dia kemukakan untuk tidak menghadirkan diri ke majlis tersebut. Malas iya. Tak biasa pun iya. Akalil tak kenal dengan keluarga sebelah ayah tirinya.

Lagi-lagi keluarga sebelah ibu. Mungkin disebabkan penceraian Datin Soraya dengan Dato Khaliq beberapa puluh tahun yang lalu yang membuatkan Akalil terasa begitu janggal bila bersemuka dengan saudara-mara sebelah ibu.

"Why? Kenapa I tak boleh bawa isteri I?" Tiba-tiba suara Akalil naik seoktaf. Langsung saja Zihni menolehkan kepalanya memandang si suami. Dah kenapa pula tu? Pasal majlis pertunangan yang disebut oleh Alisya petang tadi kah?

"Dia bukan orang luar. She's my wife!" Air mukanya berubah tegang. Hatinya mula berang apabila Datin Soraya memberi peringatan kepadanya untuk tidak mengajak Zihni ke majlis pertunangan Ayyash minggu hadapan.

"Kalau you tak nak I bawa Zihni sekali dengan I, I tak akan datang. I'm not going without my wife." Nada penuh penekanan. Akalil tak kisah kalau dia tak dijemput sekalipun. Malas nak ambil peranan dalam majlis keluarga keduanya itu.

Zihni menggelengkan kepala. Sampai bilalah Akalil nak bersikap sedemikian rupa dengan Datin Soraya? Akalil lupa ke yang syurga seorang anak di bawah telapak kaki seorang ibu? Bukankah sepatutnya anak lelaki lebih mengutamakan ibunya?

"I tengah serius ni. Zihni tak dijemput bermakna I pun tak dijemput. Goodnight." Panggilan dimatikan dan telefon dicampak selamba ke meja. Terbakar hatinya dengan sikap Datin Soraya. Dia amat tak berkenan dengan cara wanita itu melayani isterinya.

Zihni tak ada dosa dengan wanita itu tapi kenapa Zihni dibenci seolah isterinya pernah melakukan kesalahan? Takkanlah disebabkan Zihni kurang cantik di mata Datin Soraya? Tak logik! Zihni cantik kot. Comel. Manis. Sempurna di mata Akalil. Datin Soraya aje yang buta menilai kecantikkan Zihni.

"Tak boleh ke abang cakap baik-baik dengan mummy?" Zihni turunkan ego. Tak patut dia diamkan saja perangai kurang ajar suaminya itu. Risau pula menjangkit dekat bakal anak. Zihni tak mahulah bakal anak mereka ikut perangai kurang semengah Akalil tu.

Eh, mereka akan ada anak bersama ke?

"You know nothing, Zihni..." Akalil kalihkan pandangan ke arah Zihni. Matanya tunak memandang seraut wajah polos Zihni.

"She deserve to be treated like that." sambungnya sebelum bangkit dari duduknya. Telefon di atas meja dicapai.

"Memang Zihni tak tahu apa masalah abang dengan mummy sebenarnya tapi abang tak boleh layan dia macam tu. Sejahat-jahat mummy, dia tetap mak abang. Mak kandung abang. Abang wajib hormat mummy. Zihni tak berkenan dengan cara abang bercakap dengan mummy." Zihni bingkas bangun. Wanita itu berdiri menghadap Akalil.

"Zihni bukan abang. Jadi Zihni tak rasa apa yang abang rasa." Selagi kita tak duduk di posisi orang yang tersakiti, selagi itu kita tidak akan tahu sakitnya seperti apa.

"Ye, Zihni tak duduk di posisi abang tapi abang kena beringat jugak, mummy tu syurga abang. Zihni ulang, dia tu syurga abang. Zihni minta maaf kalau abang terasa dengan teguran Zihni tapi Zihni kena tegur. Abang tak boleh terus bersikap macam ni. Zihni tak suka abang terus menerus berkasar dengan mummy. Layan dia acuh tak acuh. Please lah... jangan..." Tangannya menyentuh tangan Akalil.

Memanglah syurga neraka seseorang itu bukan urusannya tapi untuk mendidik, membimbing seseorang itu ke arah kebaikan adalah tugasnya.

"Zihni tak marah dan tak ada niat nak berkurang ajar. Zihni cuma tegur untuk kebaikan abang. Itu aje." Tangan dijauhkan dari menyentuh Akalil. Zihni pandang wajah tampan itu seketika sebelum berlalu pergi.

Zihni rindu... 

Akalil juga rindu.

Mahu berbaik tapi hati belum sepenuhnya sejuk dan terpujuk. Akalil juga belum mahu datang memujuk. Lelaki itu juga tampak tidak mahu ambil peduli. Ego! Pengecut!

Entah sampai bila agaknya hubungan mereka berterusan dingin seperti ini. Seorang mahu dipujuk dan seorang lagi takut memujuk. Berhutang dengan rindu itu sakit, berperang dengan diri sendiri pun sakit! Akalil tak faham dengan diri sendiri. Keliru.

"Good night." ucap Akalil. Belakang tengkok diusap perlahan. 

Serta merta langkah kaki Zihni terpasung. Ya Allah, rindu...

"Hmmm..."
   
    
    
    
   
   
TBC

Update: 27022022.

Okey, double update! Jumpa korang dekat bab seterusnya! Next week saya dah mula exam sebelum sem break, doakan saya ya. Terima kasih semua❤ Vote dan comment untuk unlock bab seterusnya!

Since dah ada yg tercari-cari scene Zihni dengan Akalil, jadi sis pun bagilah satu scene kurang manis❤ Night!

ZIHNI √Where stories live. Discover now