SEMENTARA menunggu Akalil selesai membayar bil di kaunter pembayaran, Zihni terlebih dahulu keluar dari restoran itu. Sesekali pandangan dialihkan ke arah tempat yang berlainan. Kiri dan kanan. Tangan memeluk tubuh dek dingin diratah angin malam.
"Let's go." Automatik tangannya mencapai tangan Zihni dan menarik gadis itu bersamanya.
"Nak pergi mana lepas ni?" Akalil bertanya.
"Tak kisah. Kalau abang penat, kita balik terus sajalah." Kasihan suaminya, tak cukup masa untuk berehat setelah seharian bekerja.
"Eh tak penat pun. Esok cuti. Bangun lewat pun tak apa." Terbit tawa halus di hujung ayat.
Kalau suaminya sudah berkata begitu, dia ikutkan sajalah. Lagi pula mereka dah jarang sangat keluar meluangkan masa bersama dek kesibukkan Akalil yang amat luar biasa beberapa bulan ke belakangan ini. Minggu hadapan pula, Akalil terpaksa meninggalkannya selama lima hari kerana lelaki itu terlibat dengan program perkhemahan.
"Abang rasa barang basah dekat rumah tu dah kurang. Why not kita singgah supermarket beli barang? Beras pun dah nak habis."
"Eh haahlah! Zihni lupa nak topup!" Tepuk dahi.
"Baguslah kalau Zihni lupa. Boleh pergi sekali dengan abang, kan?" Akalil cuit pucuk hidung Zihni. Bibirnya menguntum secalit senyuman buat si isteri.
Zihni menganggukkan kepalanya tanda setuju. Memang bertambah rasa seronok apabila pergi membeli belah barangan dapur bersama Akalil. Syok sebab Zihni tak perlu buat semuanya sendiri. Masing-masing mengambil peranan dan ada tugas tersendiri. Lagi-lagi bahagian tolak troli. Tu tugas seorang suami hahahah!
"Kalau macam tu, jomlah kita pergi sekarang." Pautan tangan dieratkan. Perlahan wajah dikalihkan memandang wajah cantik si isteri. Mata mereka beradu dan pandangan bertaut buat seketika.
Seakan tidak percaya hubungan mereka sudah berjalan sejauh ini. Satu tahun bergelar suami dan sudah satu tahun juga mereka mendirikan rumah tangga. Zihni sebagai isteri, sangat sempurna. Akalil akui, dia bahagia dengan Zihni
tapi... kenapa harus ada tapi?
Sampai bila dia harus berbohong?
"Abang," seru Zihni. Sesekali dia mengerling ke arah suaminya yang sedang memandu.
"Hmmm..." Ringkas sahutannya kerana fokusnya lebih kepada pemanduan.
"Malam tadi abang pergi mana?" Akalil hilang lagi. Kepergian Akalil setiap malam dia terjaga sudah tidak bisa dikira dengan jari. Jika tidak berpindah bilik, pasti Akalil keluar dari rumah agam itu. Lesap begitu saja dan sebelum subuh, barulah kelibat suaminya kelihatan.
Akalil membisu sejenak. Lelaki itu sedaya upaya mengawal riak wajah cemasnya. Cis, Zihni terjaga lagi kah?!
"Abang keluar..." Masakan dia hendak kata dia sedang menyorok bawah meja padahal sudah terang lagi bersuluh bahawa jasadnya tidak ada di rumah malam tadi.
"Ke mana?" Ditembak dengan soalan ini buatkan Akalil mati kutu mahu menjawab.
"Abang main game... dengan-"
"Abang Zayn?" Sekali tebak, jawapannya tepat pada sasaran. Siapa lagi best friend forever Akalil kalau bukan abangnya itu. Takkan setiap minggu mereka kena lepak? Sedangkan mereka bekerja di tempat yang sama dan di bawah departmen yang sama. Wajarlah setiap hari mereka bersemuka.
"Haah."
"Pukul berapa abang keluar?" Zihni masih kurang berpuas hati. Bila malam menjelma, pasti Akalil hilang secara tiba-tiba. Abangnya pun satu, macam tak faham saja keadaan Akalil. Akalil sudah berkahwin dan mempunyai isteri. Zihni ni suka perhatian. Tak kiralah Zihni masih bangun atau sudah diulit mimpi.
ANDA SEDANG MEMBACA
ZIHNI √
RomanceCerita pendek dan kurang comel. Cerita ni baru saja selesai ditulis tapi belum di-edit. Kalau jumpa typo bertimbun, maaf...
