Penutup dari Bellofa

6.7K 480 44
                                    

Salam pembaca tercinta,

Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada journey saya dalam menyiapkan karya ini. Saya tahu ramai kecewa dengan penutup ZIHNI tapi saya tetap nak teruskan dengan idea yang menyakitkan ini. Penat nangis? Saya pun menangis. Rasanya ni satu-satunya karya yang buat saya terkedu dengan ending. Saya sendiri tulis dan saya turut terluka.

Perjalanannya mungkin ringan dan santai tapi penutupnya agak berat dan tak disangka-sangkakan. Untuk kali ini, bagi saya peluang untuk tulis penutup sebegini. Bagi saya pengalaman untuk tulis cerita yang bukan happy ending.

Semoga kalian tidak serik baca karya saya. Andai ada tersilap kata atau perilaku saya yang kurang menyenangkan, saya minta maaf.

Terima kasih kerana membaca ZIHNI dan being part of it. Minta maaf atas sebarang kekurangan dan halalkan ya? Semoga dari cerita ni, kalian dapat manfaat. Mana-mana yang buruk jangan contohi. Akhir kata, buang yang keruh, ambil yang jernih.

Salam sayang dari Bellofa. (2023)

ZIHNI √Where stories live. Discover now