Sebelum mulakan pembacaan, jangan lupa:
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
"ABANG!" Lengan kekar Akalil dipaut seraya menyandarkan kepalanya ke lengan si suami.
"Eh, baru sampai jugak ke? Abang tak perasan pun. Abang ingat Zihni dah lama sampai rumah." kata Akalil. Satu ciuman dihadiahkan pada kepala Zihni. Sesudah mengambil beg galas dan bakul makanannya di kerusi penumpang depan, pintu kereta Lexus itu terus ditutup rapat.
"Mana ada, Zihni duduk dalam kereta aje dari tadi."
"Kenapa tak masuk?"
"Zihni nak masuk sekali dengan abang." Tak syok masuk rumah tanpa suami ni. Biasalah, mood pengantin 'baru' tu masih ada walaupun mereka ini sudah layak diiktiraf sebagai pengantin dah basi.
Akalil senyum. "Jom." Tidak sampai lima langkah, tiba-tiba Zihni terbrek. Dah Zihni berhenti melangkah, Akalil turut berhenti sama. Pandangan ditolehkan ke arah Zihni.
"Kenapa? Tak nak masuk? Ke ada barang tertinggal?" tanya Akalil seraya membetulkan letak beg sandang di bahu dengan tangan kirinya.
"Abang masuklah dulu. Zihni nak tengok Chantiq sekejap." Lantas lengan suaminya dilepaskan.
Chantiq. Itu makhluk berbulu tebal kesayangan si isteri. Kucing yang mereka letak diluar. Entah bagaimana keadaan kucing itu dibiarkan di dalam sangkarnya. Kalau dulu, sebelum mereka berkahwin, Chantiq memang diletakkan di dalam rumah. Merayau-rayau bebas sesuka hatinya. Sebab itu Akalil resah bila saja dia berkunjung ke rumah Zihni untuk bertemu Zayn.
Resah sebab Akalil geli dengan makhluk berbulu itu. Geli, iya. Ada alahan dengan kucing pun, iya.
"Abang lapar tak?"
"Belum lagi. Kenapa? Zihni nak makan? Makan apa? Nak abang belikan?" Manalah tahu isterinya mengidam nak makan sesuatu, bolehlah dia carikan terus.
"Tak. Kot-kot abang lapar, Zihni nak masak dulu. Lepas tu baru Zihni nak bersihkan Chantiq dengan sangkar dia." Dan nak ajak Chantiq jalan-jalan juga. Kasihan kucingnya, mesti Chantiq rasa terkongkong. Maklumlah, papa Akalil tu takut kucing.
Nasiblah bila Zihni jadi kucing malam-malam, Akalil tak lari. Eh!
"Halah halah isteri solehah siapalah ni ya?" Riang rasa hati. Terharu dengan sikap isterinya yang sering menjadikan Akalil sebagai keutamaan. Makin cintalah Akalil pada isterinya satu ini.
"Isteri Khairan Akalil lah."
Pasangan suami isteri saling berbalas senyum. Kepala Zihni yang berlapik tudung bawal berwarna kuning cair itu diusap perlahan. "Kita masuk dululah. Tukar baju. Lepas tu kita bersihkan tempat Chantiq sama-sama." kata Akalil. Tangan isterinya segera disambar.
"Kita?" Maksud Akalil, dia dengan Akalil lah?
"Haah. Kita berdualah. Siapa lagi selain kita?" Anak pun tak lahir lagi.
"Abang tu takut kucing. Lepas tu elergik. Nanti abang gatal-gatal, siapa nak tolong?" soal Zihni. Dia tak setuju jika Akalil mahu menyertai Zihni menguruskan Chantiq dan tempat Chantiq. Kotor! Itu belum sebut bahagian najis kucing pula, untuk orang yang tidak biasa, mana tahan dengan bau najis kucing.
"Zihni sayang, salah tu. Bukan takut, geli. Lepas tu, kalau abang gatal-gatal, Zihni lah tolong garukan." Akalil angkat kening double jerk. Bibirnya sudah tersungging senyuman nakal.
Pap! Laju saja tangan Zihni menepuk lengan Akalil. Petang-petang pun nak mengusik orang!
"Malu-malu ni tengah fikir apa?" Akalil cuit tepi dagu runcing Zihni. Seronok pula melihat wajah isterinya yang sudah bertukar rona. Merah itu menandakan isterinya sedang malu.
"Mana ada fikir lain!"
"Ye ke ni? Boleh abang percaya ke? Zihni sayang... Zihni fikir apa tu? Tiba-tiba jadi asamboi. Merah semacam." Makin galak dia mengusik isterinya.
"Hesy abang ni! Daripada abang usik Zihni, baik abang buka kunci pintu ni sekarang. Panas dah ni. Zihni ada kerja jugak. Cepat... cepat." Dan-dan batang tubuh Akalil ditolak-tolak mendekati pintu rumah mereka.
Tawa Akalil pecah berderai. Terhibur dengan telatah si isteri yang agak comel dan lucu itu.
"Tak sabar ajak abang masuk rumah ni kenapa? Nak ajak abang buat apa?" soal Akalil. Kunci rumah dikeluarkan dari beg galas. Sengaja kunci itu tidak dijolok dulu untuk melihat respon Zihni.
"Zihni nak bersihkan kucing kan... Abang pun suruh Zihni tukar baju dulu tadi. Ish, abang ni otak kuning lah!" Janganlah usik Zihni lagi! Lemah lah Zihni macam ni.
"Dengan Zihni..." Semedan Akalil pusingkan tubuh menghadap si isteri. Lalu badan dicondongkan ke depan. Wajah tampan Akalil kini betul-betul berada di hadapan wajah Zihni yang kelihatan sedikit kaget.
"... tak apa kan?" sambungan ayat yang tergantung tadi.
"Ta-tak apa, apa?" Tergagap-gagap Zihni mengutarakan soalan.
"Kalau abang fikir 'jauh' sikit pasal Zihni tak apa kan?" Nadanya tenang.
Zihni berundur setapak. Debaran di dada semakin menjadi-jadi apabila wajahnya direnung dengan renungan tajam menggoda. Akalil nak goda dia jangan sekarang lah! Wrong timing! Chantiq memerlukan khidmat mummynya sekarang. Kesian makhluk berbulu itu hidup sendirian tanpa teman. Patutkah Zihni beli seekor lagi kucing jantan untuk Chantiq?
Jika Zihni ada Akalil. Chantiq pun perlu ada Oyen. Tak tahu kenapa sebahagian orang kata kucing oren ni kucing rosak tapi kucing oren ni memang comel.
"Zihni,"
"Y-ye?"
"Abang tak terlambat lagi kan nak kata..." Sekali lagi Akalil menggantung ayatnya.
Selepas satu tahun lebih berumah tangga, baru sekarang dia punya keyakinan untuk mengucapkan ayat keramat itu.
"Kata apa?" Zihni mencelah sebelum sempat si suami menyambung ayat yang tergantung tadi.
"I love you..."
"... I really love you."
Tak ada wanita lain tapi Zihnilah wanita pertama yang berjaya memberikan Akalil sebuah rasa yang sukar diungkapkan dengan aksara. Tapi, yang pasti, rasa itu memang nyata. Akalil memang sudah jatuh cinta pada Zihni, wanitanya.
TBCUpdate: 25062022.
Untunglah member dah bahagia🤭
Btw ebook kelapan saya dah lahir, bolehlah grab bagi sesiapa yang berminat dengan duda. HAHAHAH!#ReadyEbook
YOU ARE READING
ZIHNI √
RomantikCerita pendek dan kurang comel. Cerita ni baru saja selesai ditulis tapi belum di-edit. Kalau jumpa typo bertimbun, maaf...