"BILA dah lama tak merasa, sedap pula ambuyat ni." kata Zihni. Ambuyat digolek-golek dengan garfu buluh yang dipanggil candas oleh rakyat Brunei Darussalam. Kemudian, dicelupkan ke dalam sosnya.
"Akalil, tak nak try ke?" Amit Ezzat dah siap-siap angkat mangkuk berisi ambuyat untuk dipasingkan kepada Akalil.
"Sedap. Cubalah rasa. Nak lagi sedap, abang cicah dengan kuah ni. Kan banyak jenis tu. Ni tempoyak, ni pula cencaluk, yang tu kuah kari ikan, yang kat hujung tu sambal belacan. Nak makan dengan kuah sayur lemiding ni pun boleh." jelas Zihni. Ada ibu kelahiran Brunei, dia pun tahulah serba sedikit.
"Pernah pergi sabah tak? Orang sabah pun makan ambuyat ni. Boleh dikatakan, ambuyat ni makanan tradisional masyarakat Borneo."
"Tak pernah lagi amit. Ni first time tengok depan-depan." Akalil tersenyum segan.
"Nak rasa tak?" Zihni pandang encik suami yang duduk di sebelahnya.
Tengok dari muka Akalil, Zihni dah faham perasaan Akalil. Teragak-agak. Akalil nampak berkira-kira sama ada nak mencuba atau biarkan peluang ini terlepas begitu saja. Mesti Akalil rasa takut nak mencuba. 33 tahun hidup tak pernah merasa ambuyat atau nama lainnya, ambulung. Ambuyat ni tidaklah menakutkan sangat, warnanya jernih. Teksturnya pelikat dan agak kental.
"Macam mana nak makan?"
Zihni tergelak mendengar soalan Akalil.
"Ada orang dia terus telan and ada sesetengah orang, dia kunyah. Macam Zihni, Zihni suka kunyah. Bila kita kunyah tu kan, dia macam bertambah sedap." Rasa sambal dan ambuyat tu jadi sebati.
"Trylah sekali. Kalau tak kena dengan liur, Akalil makan makanan yang lain pulak. Ikan goreng ada, sayur-sayuran ada. Makan-makan. Amit belanja." Pemurah betul ibu dan ayah saudara Zihni ni. Penginapan di Empire Hotel ditaja oleh mak ngah Zihni. Makan malam pula, ayah saudara Zihni yang belanja.
"Nak." Akhirnya, Akalil mahu juga.
"Meh abang punya candas. Zihni tolong golekkan."
"Tak ada. Abang tak sempat ambil tadi." kata Akalil. Candasnya jatuh ke lantai dek kekalutan abang sepupu Zihni. Nak minta yang baru, macam tak ada gunanya juga. Nak golek tu pun macam susah. Inikan nak guna candas.
"Pakai Zihni punya nak? Ke abang... geli?" Suara dikecilkan. Nada berbisik dek tidak mahu sepupu yang lain dengar.
"Boleh."
Zihni mengangguk. Candas ditusuk ke dalam mangkuk berisi ambuyat dan candas digolek-golek sebelum diangkat.
"Nak sambal yang mana?" soal Zihni.
"Zihni suka yang mana?"
"Cencaluk." Gabungan masam masin dan pedas dalam sos cencaluk tu memang terbaiklah!
"Abang nak yang tu jugak."
"Nah." Candas diberikan kepada Akalil namun lelaki itu tidak menyambut huluran Zihni. Akalil tenung muka Zihni dulu.
"Trylah sekali." Zihni memujuk lembut.
Tanpa banyak bicara, tangan Zihni ditarik bersama candas itu sekali. Candas di tangan Zihni disua ke mulut. Setelah ambuyat berjaya masuk ke dalam mulut, mulut mula mengunyah mengikut cara isterinya. Dikunyah-kunyah lalu ditelan.
"Macam mana?" Puan Elma bertanya. Akalil yang makan, dia pula yang nervous.
"Not bad. Cuma sambal dia pedas sangat..." Gelas berisi minuman soda ditarik mendekatinya dan diteguk bagi menghilangkan rasa pedas yang berapi.
YOU ARE READING
ZIHNI √
RomanceCerita pendek dan kurang comel. Cerita ni baru saja selesai ditulis tapi belum di-edit. Kalau jumpa typo bertimbun, maaf...