OST: Doa Untuk Ibu by Ungu.
"THANK you, aunty." Huluran beg berisi lauk pauk disambut dengan ucapan terima kasih. Senyuman manis Datin Soraya dibalas mesra. Entah mengapa Datin Soraya terasa seperti ini kali pertama si anak membalas senyumannya dengan tulus.
"Sama-sama. Mummy masak extra untuk korang berdua. Kalau kurang sedap, mummy minta maaf tau." Berdua di sini ditujukan kepada Akalil dan Zihni kan? Sejak bila pula Datin Soraya reti ingat pada Zihni ni?
"Oh yeke? Thanks..." Kalaulah Datin Soraya tahu siapa sebenarnya yang mengidam nak rasa masakannya...
"Sama-sama, sayang."
Buat seketika, anak dan ibu itu saling terdiam. Tidak tahu apa lagi yang patut dibicarakan. Kekok. Janggal. Dan hanya mata mereka berdua yang saling memandang. Alangkah indah jika hubungan mereka anak beranak baik-baik saja. Alangkah indah jika waktu dapat diputarkan kembali dan Datin Soraya tidak akan bertindak mengikut perasaan.
"Akalil," panggil Datin Soraya perlahan. Wanita itu menapak beberapa langkah mendekati si anak. Kepala didongak memandang wajah Akalil.
"Ye, aunty?"
' Bila Akalil nak berhenti panggil mummy macam tu, sayang? ' getus hati Datin Soraya. Hati terasa pilu setiap kali bibir si anak menyebut panggilan 'aunty' sedangkan dia adalah ibu dan bukanlah ibu saudara lelaki itu.
34 tahun... dari Akalil mula melihat dunia sehingga dia sudah matang mengenal dunia, tak pernah sesekali si anak memanggilnya dengan panggilan sewajarnya. Datin Soraya tak menyalahkan Akalil. Jika dulu dia tidak pergi dan mengabaikan Akalil, mungkin pada saat ini, situasi mereka berbeza.
"Sebenarnya mummy nak minta maaf dekat Akalil," ucapnya selafaz. Matanya mula berkaca. Datin Soraya cuba mengawal tangisannya. Dia tak mahu menangis di hadapan Akalil. Dia tak mahu membuatkan Akalil berfikiran negatif terhadap dirinya. Dia tak nak Akalil berprasangka buruk padanya.
Dia meminta maaf bukan kerana dia mahu ambil hati si anak. Dia mahu meminta maaf atas sebab dia sudah sedar khilafnya selama ini. Bukan cuma pada Akalil, bahkan pada Zihni juga. Menyedari kebencian yang dilemparkan pada Zihni tak berasas, membuatkan dia tak ada beza seperti budak-budak yang tak matang. Zihni tak pernah buat jahat padanya. Sedikit pun tak pernah menyakitinya.
Melihat Akalil bahagia dengan kehadiran Zihni di sisi lelaki itu, tak semena membuatkan Datin Soraya sedar bahawa Zihni adalah wanita terbaik untuk mendampingi si anak. Dia kagum dan senang dengan cara Zihni membimbing, menjaga, memanjai dan mencintai anak lelakinya itu. Kerana Datin Soraya tak berkesempatan untuk merasai semua itu bersama Akalil.
Dari dulu lagi, Akalil dibesarkan oleh ayah mertuanya dan Dato Khaliq. Sahaja.
Sejak Akalil dilahirkan, Akalil tak pernah merasa sentuhan kasih seorang ibu kepada anaknya.
Sejak Akalil kecil, yang Akalil lihat adalah Dato Khaliq dan tok ayahnya. Datin Soraya seakan lesap dan tidak ada dalam kamus kehidupan Akalil. Bukan dia tak pernah wujud. Pernah... cuma dia yang undur diri. Dia yang meninggalkan. Dia yang melupakan. Dan kembalinya dia setelah semuanya terlambat.
"For what?" tanya Akalil dengan nada yang tenang. Riak wajahnya juga bersahaja.
"Mummy minta maaf untuk semua kesalahan mummy. Tak terkira dengan jari berapa banyak dosa mummy dekat you selama ni. I'm sorry... I'm not a great mother. I failed as a mother. Mummy minta maaf..." tutur Datin Soraya. Empangan air mata yang ditahai pecah jua akhirnya. Lantas wajah ditundukkan.
Akalil sekadar membisu. Membatu tanpa memberi sebarang respons. Teragak-agak Akalil nak keluarkan tangan kiri yang terseluk dalam poket seluarnya. Terbit rasa hati nak memujuk dengan mengusap sisi bahu si ibu tapi tak tahu kenapa tubuhnya terasa keras untuk berbuat sedemikian.

ANDA SEDANG MEMBACA
ZIHNI √
RomanceCerita pendek dan kurang comel. Cerita ni baru saja selesai ditulis tapi belum di-edit. Kalau jumpa typo bertimbun, maaf...