ZIHNI - 45

13.2K 1.1K 99
                                    

Semoga terhibur dengan chapter pendek ini.
   
    
  
NAK kata Zihni tengah sarat tidak juga. Perut pun tak besar sangat. Berjalan pun masih normal. Belum menyerupai penguin lagi. Nak suruh Zihni lari pecut pun masih mampu tapi itulah, Akalil tak izinkan. Halah halah halah suaminya ini pun... risau sangat!

"Abang, tak nak Zihni tolong ke? Banyak betul baju tu." Dua bakul! Dan semua tu baju Akalil. Katanya dia tak sempat basuh masa dekat rumah sewanya dua minggu lepas. Baru hari ni dia bawa balik ke rumah dan baru sempat nak cuci semua tu.

"Tak apa, orang cantik kena duduk diam-diam aje ya. Panas ni." kata Akalil yang sedang menjemur pakaiannya di penyidai halaman rumah. Matanya jadi sepet dek terkena pancaran cahaya matahari.

"Kalau orang cantik ni degil nak tolong jugak, dah tak cantik ke abang?"

"Hurmmm, payah abang nak jawab soalan tu sayang..." Di hujung ayat, Akalil tertawa kecil.

Automatik bibir Zihni melukis senyuman lebar. Sukalah Zihni sebab ada orang kacak panggil dia sayang.

"Alaaa, tak jadilah nak tolong dia. Kita risau tiba-tiba jadi tak cantik. Nanti orang tu pasang lain pulak." Zihni kembali duduk di atas kerusi rotan itu. Matanya tertunak ke arah Akalil yang juga sedang memandang ke arahnya.

"Mana ada pasang lain... janganlah cakap macam tu."

"Tak mustahil, abang. Lelaki macam abang ni, siapa aje tak nak. Abang tu, bila-bila masa aje boleh tersuka dekat perempuan lain. Dah suka dengan orang lain, mesti abang buang Zihni kan?" Lah ter-emosi pulak! Tadi mood dah elok, sekarang mood macam nak buat hati sendiri sedih aje.

Tak ada masalah tapi cari masalah.

"Zihni nak tahu something?" Akalil campak semula baju yang berada di tangannya ke bakul pakaian basah itu. Kemudian lelaki itu berjalan menghampiri Zihni.

"Apa?" balasnya tanpa memandang wajah Akalil.

"Nak tahu ke tak?" soal Akalil lagi. Dia duduk bercangkung di depan Zihni. Kedua-dua belah tangan dilekapkan pada kepala lutut si isteri. Sepasang mata milik Akalil menatap lama wajah lembut Zihni itu.

"... Zihni sayang?"

Zihni ketap bibir. Ni yang dia lemah ni!

"Ye..." Dan perlahan-lahan dia memalingkan wajahnya memandang ke arah Akalil semula. Entah kenapa senyuman di wajah suaminya seakan mampu memujuk hatinya yang sedang dilanda rajuk.

"Zihni nak tahu tak yang Zihni ni perempuan pertama yang abang pernah suka?" Yang pertama dan yang terakhir buat Akalil.

"Yeke ni? Entah-entah abang pernah suka..." Zayn! Argh tak nak ingatkan lagi pasal benda tu. Zihni berhenti fikir benda mengarut. Sudah Zihni, jangan fikir jauh sangat. Nanti mood romantik ni jadi tak best. Tak pasal-pasal jadi awkward.

Zihni dah kira beruntung tau dapat jadi wanita pertama yang jadi penghuni hati suaminya. Soal 'sisi gelap' si suami, Zihni patut tolak ke tepi. Entahlah kenapa tiba-tiba perihal itu terlintas di benaknya. Potong mood ajelah Zihni ni!

"Suka siapa?" Akalil menyoal kembali. Zihni tak habis cakap lagi tadi.

"Err..."

"... takde apa pun.. Betullah tu, abang pernah suka Zihni seorang aje. As you should." Secalit senyuman terukir di bibir merahnya. Tangan Zihni naik menyentuh pipi kanan Akalil. Jari runcingnya mengelus-elus pipi lelaki itu.

"Zihni tak suka ke jadi orang pertama yang abang pernah suka?" soal Akalil. Entah kenapa air muka si isteri tidak terlihat gembira. Tidak semena-mena hatinya diulit rasa sedih.

Cepat-cepat Zihni menggeleng, menidakkan tanggapan si suami. Tak, bukan Zihni tak suka. Zihni suka dan Zihni bersyukur sebab sudah jadi yang pertama. Salahkan saja hormon ibu mengandung ni. Sebelum mengandung, Zihni tak fikir langsung pasal 'sisi gelap' si suami. Zihni pun tak kisah sebenarnya. Asalkan... asalkan lelaki itu mahu berubah dan Zihni yakin Akalil sudah pun berubah sekarang.

"Bukan macam tu. Zihni suka tau. Abang janganlah buat muka sedih. Nanti Zihni nangis payah abang nak diamkan." Perubahan emosi sejak berbadan dua ni amat dahsyat. Sampaikan Zihni juga tidak faham dengan dirinya sendiri.

"Mana ada sedih..."

"Ta-tapi suara tu macam sedih je?" Nah kan, belum apa-apa lagi mata bundar itu sudah mula berair. Bergetar bibirnya menahan tangis.

"Eh?" Akalil tercengang sekejap. Bingung pun iya.

"Zihni, kenapa menangis ni? Alahaii isteri abang ni kan..." Bukannya memujuk tapi boleh pula Akalil bantai ketawa seolah perkara itu lawak.

"Abang kenapa ketawakan Zihni!"

"Zihni comel sangat, abang tak tahan!" Geram! Geram! Lantas pipi gebu Zihni dipicitnya. Dulu sebelum Zihni kurus macam sekarang ni, memang puas Akalil kerjakan pipi Zihni. Lagi-lagi sewaktu Zihni tidur, Akalil sempat gomol pipi Zihni tanpa pengetahuan wanita itu. Haih, susah ada isteri cantik dan comel ni.

"Orang tengah nangis kan ni!"

"Nak abang ikut menangis sekali tak?" Hahahahah! Akalil... Akalil... makin kau sakat, makin menjadilah tangisan Zihni tu. Ya, tak apa. Teruskan melalak, orang kalau dah cantik, menangis pun akan nampak cantik juga.

Zihni sayang, awak memang cantik!

"Abang!"

Kah! Kah! Kah!


TBC

Update: 22062022.

Now you tell me, macam mana nak jadi Zihni? Gais, nak bagitahu. Soon saya akan keluarkan ebook yang ke lapan. Jadi bolehlah sis-sis dan bro belek-belek karya saya yang judulnya SEMPURNA BUKAN DIA. Bab terawal dan teasers sudah saya published. More updates, boleh follow instagram saya. (@thebellofa)

 (@thebellofa)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
ZIHNI √Where stories live. Discover now