PINTU bilik Zayn ditutup rapat dan Akalil berjalan pantas menuju ke bilik tidurnya dengan Zihni. Sewaktu tangan menyentuh tombol pintu besi itu, tiba-tiba pintu dibuka dari dalam. Bagaikan nak meletup dada Akalil saat melihat wajah Zihni berdiri di hadapannya. Damn...
"Abang dari mana? Zihni baru nak cari abang." soal Zihni. Gadis itu menapak mendekati tubuh suaminya. Tanpa sebarang isyarat, Zihni peluk tubuh sederhana tegap encik suami. Kepala disandarkan di dada bidang Akalil.
"Abang dari dapur. Minum air." Bohong.
"Jom solat subuh. Kita berjemaah eh abang?" pintanya lembut. Semalam terlepas peluang nak solat berjemaah dengan Akalil. Mujur saja pagi ini berkesempatan.
Zihni risau dah tadi, terbangun dari tidur, Akalil tak ada di sebelahnya. Di dalam bilik air pun lelaki itu tak ada. Ternyata lelaki itu turun ke dapur untuk minum air.
"Zihni," Akalil usap belakang kepala isterinya.
"Hurmm?"
"Kita solat asing-asing dulu tau. Next time abang imamkan solat Zihni." tutur Akalil lembut. Akalil tak bersedia. Akalil tak rasa dia layak. Dan dia juga rasa tak mampu.
Sudah lama dia tidak solat. Sudah lama dia tinggalkan kewajiban yang sepatutnya. Dek terasa hina dan jijik dengan dosa-dosanya yang berterusan itu, Akalil malu menghadap tuhannya. Akalil rasa tidak layak untuk pulang. Terlupakah dia? Allah itu maha pengampun. Terlupakah dia? Pintu taubat masih terbentang luas.
"Abang minta maaf..."
"Tak apa. Tak perlu minta maaf dekat Zihni. Kalau macam tu, Zihni solat dulu tau." Pelukan dileraikan. Zihni mengukir senyuman apabila Akalil melekapkan tapak tangannya di pipi gebu Zihni.
"Abang nak breakfast apa pagi ni?"
"Tak kisah. Apa yang Zihni sediakan, abang ngap je." Tang makanan, Akalil tak memilih. Tak dapat dinafikan, hasil air tangan Zihni semuanya sedap belaka. Wajib tambah nasi.
"Okeylah, nanti Zihni masak nasi goreng seafood ya. Now Zihni nak solat. Kalau abang tak kisah, abang bangunkan abang Zayn tau. Kalau dia tak nak bangun solat, abang geletek je kaki dia. Confirm celik biji mata. Tak pun, abang laung azan kuat-kuat sebelah telinga dia." ujar Zihni. Zayn tu sejenis manusia yang tidur mati. Ketuk pintu sejuta kali pun Zayn takkan bangun.
Di antara kelima-lima solat fardhu, fardhu subuh inilah yang paling sukar hendak dijaga. Sedangkan solat dua rakaat ini merangkumi nikmat yang amat luar biasa.
"Okey..."
"JAGA adik aku baik-baik." Zayn menitip pesan kepada Akalil yang sedang sibuk memasukkan bagasi ke dalam bonet kereta.
"Sejak bila kau ambil peduli?" Akalil tersenyum kecil. Memerli secara halus.
"Buat adik aku happy, Akalil." Buat Zihni rasa dihargai. Buat Zihni rasa disayangi. Banyak yang Zayn mahu katakan kepada Akalil cuma tak semua mampu dilontarkan.
"Sedang." Akalil mengerling ke arah Zayn yang berdiri di sebelahnya.
Rasa bersalah belum mampu ditepis pergi. Malam tadi otak Zayn seakan tak mahu berhenti memikirkan fasal Zihni. Pengakuan Zihni bagaikan masih terngiang-ngiang di telinga. Zayn semakin takut jika kebenaran akan terungkap nanti. Pasti hati Zihni akan hancur. Mungkin juga akan membenci.
Dan pada ketika itu, Zihni yang berniat hendak keluar untuk menolong suaminya memutuskan untuk tidak jadi keluar. Gadis itu berdiri di belakang pintu dan mencuri dengar perbualan Akalil dengan Zayn.
"Adik aku dah jatuh cinta dekat kau." beritahu Zayn. Mata tertunak pada wajah teman baiknya. Tangan Akalil yang lincah menyusun bagasi dan barang-barang Zihni turut terhenti serta merta. Semedan pandangan Akalil terkalih pada Zayn.
YOU ARE READING
ZIHNI √
RomanceCerita pendek dan kurang comel. Cerita ni baru saja selesai ditulis tapi belum di-edit. Kalau jumpa typo bertimbun, maaf...