ZIHNI - 36

13.8K 1.3K 149
                                    

PINTU wad ditutup rapat. Tangan diseluk ke dalam beg tangan untuk mengambil telefon bimbitnya. Mesej dari Dato Khaliq dibaca di dalam hati kemudian jari jemarinya mula menatal di papan kekunci untuk membalas mesej tersebut. Kebetulan Dato Khaliq sedang dalam talian.

Dato Khaliq: Akalil dah okey dah?

Zihni: Alhamdulilah, Zihni rasa macam tu. Hari ni tak banyak ulang alik masuk tandas dah

Dato Khaliq: Syukurlah kalau macam tu, lega daddy dengar. Inshaallah lepas daddy solat magrib, daddy pergi hospital. Daddy pulak jaga dia. Zihni baliklah dulu, berehat

Zihni: Okey daddy. Thank you. Maaf susahkan daddy

Dato Khaliq: Tak menyusahkan. Janganlah cakap macam tu. Daddy yang sepatutnya minta maaf sebab anak daddy tu degil. Payah betul nak pujuk dia pergi hospital. Daddy dengar Zihni terpaksa balik awal kan hari ni?

Zihni: Haah tapi tak ada apa-apa lah, daddy. Akalil kan suami Zihni. Tak ada istilah menyusahkan pun daddy

Dato Khaliq: Thank you sebab sudi jagakan anak bertuah daddy tu

Zihni: Sama-sama

Dato Khaliq: I'll see you later ya?

Zihni: Okey daddy. Elok-elok drive tu

Dato Khaliq: Ye...

Perbualan tamat. Zihni meneruskan langkahnya keluar dari hospital swasta itu dan menuju ke taman. Punggung dilabuhkan di atas sebuah bangku yang di sebelahnya terdapat lampu taman. Kaki kiri disilang di atas kaki kanan dan tangan memeluk tubuh.

Kecundang juga akhirnya...

Ingatkan Akalil tu cukup sado nak berpura-pura kuat sedangkan tidak! Hari ini adalah hari ketiga suaminya terkena bisa ubat julap tempoh hari. Dua hari Akalil menderita keluar masuk bilik air.

Nak tidur pun tak aman. Hari pertama memang berkhemahlah lelaki itu di dalam bilik air. Tak keluar-keluar langsung! Tandas tu Akalil yang punya. Semalam keadaan Akalil masih sama. Bahkan semakin teruk. 

Tengah hari tadi Zihni ada terima mesej dari Akalil. Lelaki itu mengadu nasib. Mengadu sakit. Katanya Akalil dah tak boleh tahan. Zihni kesian dan dalam masa yang sama dia terhibur bilamana lelaki itu menghantar rekaman suara. Akalil merenggek macam budak-budak!

"Abang rasa abang tak boleh hidup lama ni. Helep. Helep... help..." — Akalil

Oh my, Akalil dah lupa kah yang lelaki itu sudah berusia 34 tahun dan bukannya 4 tahun untuk bertingkah seperti itu? Nasib baik cute!

Lolipop perisa anggur dikeluarkan dari beg tangan. Pembalut plastik lolipop dibuka dan dimasukkan ke dalam tong sampai yang terletak di sudut kanan bangkunya. Tubuh yang terasa penat disandarkan ke kerusi. Lolipop disumbat ke dalam mulut. Manis.

"Ehemmmmm!" Panjang dan keras deheman seseorang membuatkan Zihni menoleh.

Datin Soraya.

Lantas Zihni bangkit dari duduknya. Zihni berdiri saja di satu tempat. Kaki terasa keras untuk mendapatkan ibu mertuanya itu. Setelah apa yang terjadi tiga hari lepas, Zihni tak rasa Zihni mahu bertegur dengan wanita itu. Jikalau Datin Soraya mahu bercakap dengannya, tolong maju ke hadapan and start the conversation.

"Akalil dah okey ke?" soal Datin Soraya. Ego yang dijunjung tinggi terpaksa digugurkan. Datin Soraya membuka langkah mendekati Zihni. Wajah Zihni dipandang lama.

"Mummy rasa dia okey?" soalan berbalas soalan. Menyinis dalam ketenangan. Kalau Akalil tu dah okey, tak perlulah pihak hospital menahan suaminya di wad.

"I tanya you untuk tahu jawapan. Kalau I dah tahu keadaan dia macam mana, I tak perlu jumpa you." Sombong wanita itu membalas.

"Kalau mummy tak nak jumpa saya, mummy boleh aje tanya dekat nurse dalam hospital tu kan?" Zihni membalas kembali.

Lidah terkelu. Tersentap sejenak.

"Yang you nak marah-marah I dah kenapa?" marah Datin Soraya pula.

"Sejak bila saya marah? Saya cakap aje kan." balas Zihni lagi.

Terkadang Zihni terasa malas nak berlembut dengan orang yang suka mencari kesalahannya. Dari hari pertama Zihni bersemuka dengan Datin Soraya, ada saja yang Datin Soraya tak puas hati padanya.

"Bawa I ke bilik Akalil." Malas mahu bertelingkah kerana pada akhirnya dia juga yang kalah, Datin Soraya terus menukar topik. Tujuannya datang ke hospital adalah untuk melawat Akalil dan bukan bergaduh dengan Zihni.

Tok ayah yang khabarkan padanya tentang keadaan Akalil. Nak harapkan Dato Khaliq atau Akalil sendiri yang memberitahu kepadanya, sampai bila-bila dia tak tahu. Walau perkara yang terjadi pada Akalil ini memang sudah dapat diagak tapi dia tak tahu pula boleh jadi seteruk ini. Sampai terpaksa kena warded!

"Akalil tengah tidur. Kalau mummy nak melawat juga, mummy tanyalah nurse dalam hospital tu." kata Zihni. Punggung dilabuhkan di atas bangku itu semula.

Datin Soraya mencebik.

"You nak tahu tak-"

Zihni memotong laju bicara ibu mertuanya. "Nak."

"Sepatutnya you yang kena sumbat dalam hospital ni. Bukan anak I!"

Hujung bibir Zihni ternaik sedikit.

"Nak buat macam mana, mummy buat kerja tak clean. Nak aniaya menantu tapi anak sendiri pulak yang terkena. Kesian ya? Mummy tak rasa bersalah ke? Tak nak minta maaf?" Habis ayat itu dituturkan, senyuman manis terukir di bibir.

Panas hati Datin Soraya! Sejak bila Zihni yang lemah lembut dan senang dipijak ini pandai membidas? Dia mengetap rapat bibir sendiri. Huh! Menyampah!
  
    
    

TBC

Update: 24032022.

Short update sahaja💕 Selamat malam!

ZIHNI √Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang