ZIP seluar dinaikkan. Baju kemeja yang terhampar di atas lantai dikutip lalu disarung ke tubuh. Dan begitu juga dengan Zayn. Kedua-dua lelaki itu sedang sibuk menyarung semula pakaian mereka sebelum keluar dari ruang peraduan Zain.
"Zihni dekat mana?" soal Akalil mencari keberadaan Zihni yang dari tadi tidak kelihatan.
"Solat kot. Terus belajar mengaji dengan ustazah seekor tu." Tahulah Akalil siapa yang dimaksudkan oleh Zayn. Aufa, kawan baik Zihni. Akalil juga tahu Zihni mahu menyatukan Zayn dengan gadis muda itu namun dibangkang keras oleh Zayn.
"Setiap malam jumaat memang dia spend time dengan Aufa eh?"
Zayn mengangguk mengiyakan. Masakan adiknya mahu meluangkan masa dengan Zayn pula. Zayn tu selalu tak ada masa, sibuk memanjang. Tamat sesi mengajar di kolej yang sama dengan Akalil, Zayn berkeliaran entah ke mana dan dengan siapa pun Zihni kurang pasti. Ada-ada saja aktiviti lelaki itu.
"Bila kau dah kahwin dengan Zihni nanti, malam jumaat buat apa pulak?" Zayn tersenyum nakal. Lengan Akalil disiku dan kening diangkat sedikit.
"Aku kahwin dengan dia untuk tutup pasal kita. Adik kau, aku takkan sentuh dia." ujar Akalil. Dia pun dah fikir masak-masak tentang perkara itu. Dia dah janji dengan diri sendiri. Sebaik saja Akalil dengan Zihni sudah sah terikat sebagai pasangan suami isteri, Akalil tidak akan menyentuh gadis itu.
Akalil takkan rosakkan Zihni. Akalil tak mahu menjadi yang pertama buat gadis malang itu. Biarlah Zihni simpan permata yang berharga itu buat seseorang yang lebih layak memilikinya tapi bukan Akalil. Zihni gadis suci dan Akalil adalah seorang lelaki yang bermandikan dosa. Menjijikkan bukan?
"Nanti dia pelik pula."
"Tak pelik pun. Zihni mesti faham punyalah. Takkan baru kahwin, terus terkam bini. Zayn, kau jangan lupa. Aku tak straight. Nafsu aku bukan pada perempuan." kata Akalil pula. Wajah Zayn ditatap dalam-dalam.
Zayn tak boleh desak Akalil menyentuh Zihni bilamana mereka sudah bernikah nanti. Akalil pasti Zihni akan mengerti dengan keadaan mereka. Zihni juga takkan memaksa. Seperti yang Zihni pernah katakan kepadanya sebelum ini, Zihni mahu mereka kenal hati budi masing-masing dulu. Zihni mahu mereka bercinta.
Bercinta selepas berkahwin. Namun, Akalil tak rasa itu satu hal yang mudah baginya. Berpura-pura mencintai Zihni? Tapi sampai bila dia harus memalsukan layanan baik? Sampai bila dia harus membohongi gadis berhati luhur seperti Zihni. Andai kata suatu hari nanti rahsia mereka terbongkar, Zihni akan terluka.
Akalil sedar. Akalil yang memberi harapan. Malah, Akalil juga yang menghancurkan.
"BILA majlis kau dengan Akalil?" Aufa menyoal sebaik saja selesai sesi mengaji."Abang Akalil kata bulan Mei, tahun ni."
"Uish, tahun ni? Mei? Kurang dari dua bulan lagi tu. Asal dia nak cepat? Korang berkenalan pun tak cecah setahun lagi. Dua bulan pun tak sampai, Zihni." kata Aufa pula. Agak terkejut dengan jawapan Zihni sebentar tadi. Dah kenapa terburu-buru nak kahwin?
Entah dah puas kenal hati budi ke tidak diaorang ni? getus hati kecil Aufa.
"Kami nak bercinta selepas nikah. Dan aku dah cakap dengan dia pasal ni hari tu tapi dia macam nak ajak kahwin juga bulan Mei. Takut aku kena rembat lelaki lain kot." Zihni tersengeh suka. Gedik. Hati dihambat rasa suka pabila mengenangkan Akalil kesayangannya itu.
Aufa menarik segaris senyuman kecil. Kepala digelengkan. Melalui riak muka Zihni yang berseri-seri itu, Aufa dah boleh baca perasaan Zihni. Zihni dah bahagia sekarang. Bahagia dengan lelaki bernama Khairan Akalil. Lelaki yang bakal mendampingi Zihni kelak.
Semoga saja kebahagiaan yang terpatri di wajah Zihni terus saja bersinar terang. Semoga tak ada sesuatu yang meranapkan kebahagiaan gadis setulus Zihni. Aufa tak minta lebih, cukuplah Akalil menjadi seorang pembimbing, seorang suami dan hero terbaik untuk Zihni. Dia mahu Zihni mendapatkan dan merasakan cinta yang benar-benar ikhlas. Cinta yang sudah lama Zihni dambakan.
"Dah kahwin nanti, jangan lupakan aku." Aufa tepuk paha Zihni.
"Takkanlah! Kau kan kawan baik dunia akhirat aku. Mana boleh aku lupa." balas Zihni. Zihni ni sekali dia sayang, memang dia akan bawa rasa sayang tu sampai mati. Lainlah kalau orang yang dia sayang tu sakiti dia...
Tapi membenci bukan sebuah sifat yang Zihni letak dalam hati. Zihni tak mahu membenci meskipun dirinya telah dilukai. Zihni tak mahu membenci meskipun dirinya telah hancur dek sikap seorang manusia. Jika orang menyakitinya dengan kejahatan, dia akan membalas dengan kebaikkan. Ataupun, diam menjadi pilihan.
"Dah ada baby nanti, aku nak jadi orang pertama yang tahu tau." Aufa tergelak halus. Aduhai, tak sabar pula nak tengok mini Zihni dan mini Akalil!
"Oi! Orang tak kahwin lagi, dia dah bahas pasal baby." Segan! Zihni pun tak fikir sampai sana lagi.
"Aku bagitahu je..."
"Janganlah cakap pasal baby. Takutlah."
Dahi Zihni berkerut pelik. Takut? Dah kenapa pula nak takut?
"Apa yang kau takutkan?"
Zihni mengerling ke arah Aufa. Bibir diketap rapat. Zihni dah berkira-kira sama ada nak bagitahu atau tak. Segan, iya. Malu, pun iya. Kalau Zihni bagitahu, nanti Aufa cakap dia otak kuning pula.
"Apa? Cakaplah!"
"Macam ni..." Ayat tergantung.
"Macam ni apa?"
"Aku takut."
"Yelah, kau takut apa sebenarnya ni?" Aufa pula naik bengang dengan Zihni. Dialog potong-potong. Tergantung dan membuatkan Aufa jadi tertanya-tanya.
"First night."
TBCUpdate: 17012022.
Next chapter kita terus lompat bab kahwin ya🤭 Perkara baik ni, apa salahnya kalau dibuat cepat. Hehehe
YOU ARE READING
ZIHNI √
RomanceCerita pendek dan kurang comel. Cerita ni baru saja selesai ditulis tapi belum di-edit. Kalau jumpa typo bertimbun, maaf...