ZIHNI - 14

8.7K 1K 100
                                    

"BUAT macam rumah sendiri. Bilik Zihni dekat atas, macam biasa. Tak ada yang berubah. Katil aje ibu tukar. Beli katil queen."

"Eh ibu, susah-susah je..." Akalil rasa serba salah pula. Dia tak kisah tidur di atas lantai yang beralaskan tilam.

"Haah betul tu. Kitaorang boleh share." Eh, share katil single tu berdua? Memang pagi nanti ada yang jatuh terjelompok di atas lantai. Kadang-kadang Zihni tidur buas tau.

Akalil menoleh sekilas ke arah Zihni dan tawa halus terbit di bibir. Belakang badan Zihni ditepuk-tepuk.

"Tak susah pun. Kot-kot next year korang datang lagi kan. Tak perlulah ibu gelabah pergi beli ini itu. Sediakan awal-awal kan senang." balas Puan Elma.

"Terima kasih, ibu." ucap Zihni dan Akalil serentak. Semedan pasangan itu menoleh memandang satu sama lain sebelum tertawa. Eh, tersama lagi!

"Kalau nak berehat dulu. Pergilah. Ibu nak solat. Asar dah masuk waktu." kata Puan Elma lagi sebelum beredar.

Tinggallah Akalil dengan cik isteri.

"Jom, ikut Zihni masuk bilik." Lengan Akalil dipaut dan ditarik lelaki itu bersamanya memanjat anak-anak tangga ke tingkat dua.

Tombol pintu dipulas dan ditolak dari luar. Suis lampu di sebelah pintu dipetik. Serta-merta ruang itu menjadi terang-berderang. Alat kawalan penghawa dingin juga dicapai dan punat on ditekan. Bagasi diletakkan di sebelah almari pakaian.

"Abang solat dulu atau Zihni?" Zihni melontar soalan kepada suaminya. Kali ini dia sudah mengerti dan tidak perlu bertanya sama ada lelaki itu mahu solat berjemaah dengannya atau tidak. Zihni sudah maklum yang Imamnya belum bersedia. Jadi solat seorang diri pun tak mengapa. Zihni tak mahu mendesak.

"Zihni?"

"Okey. Zihni ambil air sembayang dulu." Jersey shawl berwarna hitam dibuka kemudian dimasukkan ke dalam bakul pakaian kotor.

Sebaik saja Zihni membawa diri masuk ke dalam bilik air, pintu ditutup rapat dan dikunci. Akalil di luar pula termenung seketika sebelum merebahkan diri ke tilam yang empuk itu. Telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluarnya. Mesej dari Zayn dibaca dalam hati.

Zayn: 4 malam dengan Zihni, dah lurus ke belum?

Akalil: Kau rasa?

Zayn: Aku tengah tanya kau Akalil. Jangan tanya aku balik

Akalil: Balik nanti aku nak tuntut hutang

Zayn: Lah hutang apa pulak ni? Sejak bila aku pinjam duit kau?

Akalil: Bukan. Aku nak yang macam selalu tu. Bil air aku dah lama tertunggak

Zayn: Bodoh
  
    
    
   
USAI mengerjakan solat, Zihni berlalu pergi. Berpindah tempat duduk. Akalil di sebelahnya dipandang dengan senyuman.

"Giliran abang pulak." kata Zihni. Memberi ruang kepada Akalil menggunakan sejadah untuk menunaikan solat fardhu Asar.

Sejadah tu Puan Elma memang letak 2 helai dalam biliknya cuma Zihni sengaja guna satu sejadah sahaja. Lagian, mereka solat ikut giliran. Hampar sejadah dan solat. Selesai solat, Zihni panggil Akalil untuk solat pula.

"Zihni nak keluar ke?" Akalil bertanya. Kot-kot Zihni nak beri dia ruang solat sendirian di bilik. Tidak biasa solat di dalam bilik yang ada orang. Akalil terasa seperti diperhatikan.

"Tak. Zihni nak tunggu abang habis solat dulu sebab Zihni nak buat something dengan abang." kata Zihni.

Dahi Akalil berkerut halus. Aktiviti seperti apa yang dimaksudkan oleh Zihni?

"Nak buat apa tu?"

"Adalah. Abang solat dulu." Kalau Zihni bagitahu sekarang, tak syoklah.

Akalil berjalan mendekati Zihni. Duduk di sebelah isterinya. Tangannya naik ingin memicit hidung mancung Zihni dek geram dengan gadis comel itu, namun tidak kesampaian apabila Zihni terus menampar tangan Akalil dengan tangan yang berlapik telekung.

"Tak boleh pegang. Batal wuduk Zihni nanti!"

"Eh, kita kan dah kahwin." Macam mana boleh batal pulak?

"Memanglah kita dah kahwin... cuma kalau abang sentuh Zihni, wuduk kita terus batal. Abang nak ke ambil air sembayang balik-balik? Zihni tak nak. Abang orang lelaki senanglah. Yang perempuan ni?" Zihni menjeling manja. Gedik, nak sentuh-sentuh orang pula Akalil ni. Ceh, padahal Zihni suka je. Akalil nak sentuh bahagian manapun Zihni rela. Eh...

Astagfirullah, Zihni! Sila usir pikiran nakal tu dari kepala kau sekarang juga!

"Tak nak. Cuma kenapa jadi batal?" Akalil masih bingung. Masih hairan. Masih tidak tahu kenapa hukumnya batal. Zihni kan isterinya.

"Dia macam ni tau abang, kalau Zihni pegang abang Zayn, wuduk tak batal sebab kami adik beradik. Tapi, kalau Zihni sentuh abang, tak berlapik, kulit dengan kulit, wuduk boleh batal. Dalam perkara wuduk suami isteri ni, kita ni dikira orang 'asing'.  Kita halal bersentuhan, halal buat ini buat itu tapi tak boleh bersentuhan bila dah ambil air sembahyang."

Boleh dikatakan ramai yang keliru dengan hal tersebut. Ada sebahagian orang mengatakan tak batal dan ada sebahagian kata batal dek mereka berpegang kepada pendapatan imam mazhab selain imam Shafie.

"Oh... sorry tak tahu..." Salahnya juga. Bukan dia tak pernah diajar cuma dia yang memilih untuk melupakan. Sejak dia berpindah dari Malaysia dan menetap di kota New York, gaya kehidupan mengikuti gaya hidup orang barat. Jauh menyimpang dari landasan islam.

"Sekarang dah tahu kan?"

"Ye, dah. Kalau nak pegang juga macam mana?" Senyuman mengusik terukir di bibir Akalil. Lelaki itu bingkas bangun dari katil dan terus menuju ke arah Zihni yang dah berpeluk tubuh dengan telekungnya.

"Abang jangan... Zihni tak nak ambil wuduk lag- abang!"

"Nak pegang juga. Cuit sedikit je." Lelaki itu ketawa. Semakin Zihni berundur ke belakang, semakin hampir pula lelaki itu dengannya. Huh! Ni cari pasal namanya.

"Tak nak lah. Abang, jangan eh. Abang kena ingat. Abang suami soleh Zihni kan?  Kalau abang baik, abang takkan buat." ujar Zihni sedikit mendatar. Resah pula dengan renungan suaminya itu. Renungannya begitu dalam.

"Abang tak baik."

"Eh... abang baiklah! Tepi! Jauh! Jangan dekat!" Zihni melambai-lambai tangannya gaya menghalau. Gadis itu tidak mahu suaminya mendekat di saat dia masih mempunyai wuduk.

"Abang!" Zihni ketap bibir. Akalil memang nekad tak nak dengar cakap. Zihni dah bagitahu dah jangan dekat dengan Zihni, jangan sentuh Zihni tapi tengoklah apa lelaki itu dah buat. Tangan nakal Akalil memagut dagu Zihni.

"Opps dah batal."
  
Lelaki ini memang nak kena!
  
   
   
   
   
   
TBC

Update: 25012022.

Hai! Maaf kalau ayat pelik semacam. Saya pun pelik dengan ayat-ayat saya hari ni. Btw, Zihni nak buat apa dengan Akalil tu? 🤭

ZIHNI √Where stories live. Discover now