ZIHNI - 35

12.6K 1.3K 201
                                    

Zihni: Okey tak tu?

Abang Akalil: Tak okey 

Zihni: Nak Zihni masuk dalam tak?

Abang Akalil: Tak payah! Jangan! Abang okey je ni. Zihni pergilah buat kerja sendiri

Akalil tak boleh fokus kalau telefonnya asyik berbunyi saja. Tahulah si isteri sedang risaukan fasal dia tapi Akalil kan lelaki. Lelaki kena kuat. Cirit-birit aje pun. Esok lusa dah okey dah. Tak ada apa-apa yang serius pun.

Silap diri sendiri juga dia jadi macam ni. Akalil nak sangat tunjuk hero sampai sanggup perdajalkan diri sendiri. Padahal boleh saja dia tukar air oren itu tadi atau tak payah minum langsung.

"Abang!" Pintu bilik air diketuk bertalu.

"Ya!"

"Abang salah makan ke tadi masa dekat rumah mummy?" soal Zihni. Tengok Akalil tak berhenti keluar masuk tandas sebaik mereka sampai rumah tadi, Zihni rasa sangat khuatir. Patutlah sewaktu di rumah Datin Soraya, Akalil cepat-cepat nak balik. Rupanya nak melabur.

Mujur tak terberak dalam kereta Lexus lelaki itu. Kalau tidak... naya!

"Kena racun mak sendiri."

"Ha?!" Terperanjat!

"Aunty tu letak julap dalam air Zihni." kata Akalil. Tubuh disandarkan ke penutup kerusi tandas. Sengal duduk menegak.

"Macam mana abang tahu?" Wajah Zihni berubah.

"Abang tercuri dengar." Niat asal nak ronda-ronda banglo mewah Datin Soraya selepas selesai menutup tanda cinta di leher. Niat nak masuk ke dapur terbantut apabila Datin Soraya terlebih dahulu masuk ke dalam. Pintu dibiar terbuka.

"Kalau dah tahu kenapa abang minum jugak?" soal Zihni kesal. Buat apa nak susahkan diri sendiri?

"Nak perhatian bini." jujur sajalah. Tujuan nak tunjuk hebat sebab nak perhatian Zihni. Berminggu-minggu hubungan mereka diuji, Akalil mula laparkan perhatian dan kasih sayang Zihni.

Rindu.

"Abang..." Zihni tepuk dahi. Alahai lelaki ini pun satu. Zihni baru nak marahkan Akalil tapi tak boleh. Akalil comel sangat untuk dia marahkan.

"Patutlah mummy jadi nak jemput Zihni kan. Rupanya dia ada agenda lain." Dan no wonder wanita itu beria-ria nak hidangkan air. Zihni sangkakan Datin Soraya mahu berbaik dengannya dan ternyata tidak.

"Nasib baik ada abang tolong minumkan air oren tu untuk Zihni. Tak nak ucap terima kasih ke?" Bibir terkemut-kemut menahan senyum.

Zihni diam. Tangan menekup mulut sendiri. Oh Tuhan, Akalil jangan buat Zihni macam ni. Perut Zihni terasa senak seolah ada jutaan rerama sedang berterbangan bebas di dalam perut. Kesanggupan Akalil berhasil membuat hati Zihni berbunga-bunga hari ini.

Haih, rajuk tempoh hari dah terpujuk ya. Semudah itu...

"Zihni?" seru lelaki itu.

Akalil terasa pelik ketika Zihni tiba-tiba tak berbunyi. Wanita itu sudah pergi kah? Zihni tak mahu menunggunya selesai dulu? Ceit, tadi dia juga yang suruh Zihni buat kerja lain dan tak usah menemaninya. Beri arahan tapi tak jelas.

"Ye?"

"Zihni masih ada dekat luar kan?"

"Masih. Kenapa?" soalnya.

"Tak ada apa... saja tanya. Abang nak dengar suara Zihni." Gedik!

Zihni senyum lagi.

"Abang sayang Zihni?" Zihni dah terlepas kiraan, Zihni tak tahu ini kali berapa dia bertanya pada Akalil. Soalan yang sama dan sudah semestinya jawapan yang sama.

"Sayang... sayang sangat-sangat." Zihni wanita pertamanya. Cinta pertamanya. Kekasih pertamanya. Rasa yang selama ini dia sembunyikan hanya untuk Zihni seorang sahaja.

"Sayang banyak mana?"

"Sayang yang dibawa ke mati."

Kalau sayang Zihni, abang berubah eh? Zihni mahu suarakan soalan itu pada Akalil cuma bukan sekarang. Zihni pegang kata-kata Zayn. Jangan sebut dan jangan cakap apa-apa yang berkaitan dengan rahsia itu kalau Zihni mahu bersama Akalil selamanya. Buat masa sekarang, cukuplah dengan menitipkan doa buat Zayn dan Akalil.

Semoga abang dan suaminya berubah. Semoga abang dan suaminya kembali ke jalan yang benar. Ingat Allah, ingat akhirat. Hidup bebas tanpa sekatan memanglah menyenangkan tapi tanpa manusia sedarinya, hidup tanpa sekatan  itulah adalah kerosakan yang sebenar-benarnya.

Allah mengharamkan sesuatu benda bersebab. Ada hikmah di sebalik setiap sesuatu. Allah lebih tahu. Sesungguhnya Allah maha Perkasa dan maha Bijaksana.

"Zihni sayangkan abang?" Akalil ajukan soalan yang sama.

"Sayang. Sayang sangat-sangat." Rasa sayang dan rasa cinta kepada Akalil melebihi rasa kecewanya. Dia redha dengan ketentuan takdir. Pasti ada sebab kenapa Allah memilih dia untuk Akalil.

Zihni tak pandang kekurangan Akalil kerana selama ini, Akalil tak pernah memandang kekurangannya. Lelaki itu sentiasa ada dengannya, melindunginya, menyokongnya walaupun Zihni bukan wanita pilihan. Akalil melayaninya baik dan Zihni mahu memberi layanan yang sama. Disokong dan menyokong. Dibantu dan membantu.

Ya, mereka tak sempurna. Manusia tak sempurna. Dan ketidaksempurnaan itulah yang melengkapkan mereka.
   
    
   
    
   
TBC

Update: 22032022.

Okey, done ya! Dah banyak update ni. Semoga pembaca terhibur, tersebak dan ternangis dengan bab-bab sebelum ini. Jumpa kat next chapter! Selamat malam gais. Happy 100K reads in advance🤭

ZIHNI √Where stories live. Discover now