TILIK penampilan buat kali terakhir sebelum Zihni berjalan keluar dari bilik tidurnya. Ketika Zihni bersedia mahu melangkah ke tangga untuk turun, telinga terdengar bunyi pintu ditolak. Dan diiringi dengan suara-suara para jejaka sedang tertawa.
Zihni menolehkan kepalanya untuk melihat.
"Eh, baru sampai ke?" soalan ditujukan kepada Akalil yang kelihatan agak kaget dengan kehadirannya di situ.
Akalil menoleh sekilas ke arah Zayn.
"Tak lah baru sangat. Around 15 minutes yang lepas dia sampai. Zihni-lah bersiap lama sangat, kesian dia menungu. Tu yang abang ajak dia masuk dulu. Lepak dalam bilik." Zayn jawabkan bagi pihak Akalil.
"Abang tak message pun abang on the way... sorry sebab ambil masa untuk bersiap."
Akalil melorek senyuman kecil. Kepala digelengkan. "Tak apalah. Perempuan kan. Abang faham. Sekarang ni Zihni dah siap kan?"
"Dah," Sempena temu janji yang pertama dengan Akalil hari ini, Zihni memilih blouse berwarna biru muda dengan pleated skirt putih. Lalu dipadankan dengan selendang labuh berwarna putih.
Akalil pula, lelaki itu mengenakan baju T berwarna putih di dalam, manakala di luarnya pula, kot berwarna coklat yang bahagian lengan dilipat sedikit. Bahagian bawah pula, lelaki itu memakai seluar jean hitam. Handsome! Penampilannyaa ala-ala oppa korea tau. Love sangat!
"Kalau macam tu, kita pergi sekaranglah ya." Akalil mengatur langkah mendekati Zihni. Usai mendapat respon dari Zihni, pasangan itu langsung turun tangga beriringan.
Sesekali Akalil menoleh ke belakang untuk memandang Zayn yang sepertinya sedang mengatakan sesuatu melalui pergerakkan bibir. Goodluck.
"TAK pernah bercintalah ni?" Akalil bertanya padahal Akalil sudah tahu jawapannya dari Zayn. Perbuatan Akalil ini diumpamakan kura-kura dalam perahu, pura-pura tidak tahu."Tak pernah. Tak ada sesiapa yang nak." Kesian dengan diri sendiri. Tak pernah dijadikan pilihan dan tidak pernah diutamakan.
"Kenapa tak ada yang nak pulak? Zihni... cantik kot." Entah jujur atau sekadar bercakap kosong. Orang yang mudah cair dengan kata-kata manis, semudah ABC saja digula-gulakan.
"Saya ni kurang cantik rasanya. Kurang kurus. Lelaki zaman kita ni, diorang tak tengok hati. Diorang tengok badan je. Mana yang sedap dipandang, baru diorang nak. Yang berisi sedikit macam Zihni ni, tak ada orang nak." Begitulah Zihni. Bila ada orang puji, dia nafikan.
Bila tak ada orang puji, eh tiba-tiba terasa tak ada sesiapun yang menghargai kecantikkannya.
"Tapi abang nak."
Zihni terkedu sejenak. Lama matanya tunak menatap wajah tampan lelaki itu. Anak mata mereka beradu pandang seketika. Tetapi Akalil nakkan Zihni? Begitukah yang lelaki itu cuba maksudkan di sebalik sepotong ayat yang diungkapkan tadi?
Ada senyuman manis terhias sebelum Zihni tertawa kecil.
"Zihni, abang rasa Zihni pun dah tahu kenapa abang nak berkenalan dengan Zihni, kan? Zihni tahu kan tujuan abang?" Sebetulnya, Akalil tak mahu berlengah lagi. Dia mahu Zihni cepat-cepat bernikah dan membuktikan pada orang luar bahwa andaian mereka terhadap 'perkara' itu salah.
"Abang Zayn cakap abang nak cari calon isteri kan. Betul kan?"
Akalil segera mengganguk. "Abang nak Zihni jadi calon isteri abang. Zihni sudi kan? Zayn kata dekat abang, Zihni pun tengah mencari calon suami. Memandangkan misi kita sama, masing-masing ada niat nak berkahwin, dah ready untuk galas tanggungjawab, why not kita proceed je?"
"Abang tak rasa kita ni terlalu cepat ke?" Kenal memang dah lama, itu pun sekadar mengerling dan menjeling dari jauh tanpa menyapa. Tempoh berteman juga belum sampai sebulan dan Akalil sudah mengajaknya ke peringkat seterusnya?
Berkahwin terus?
"Zihni tak percaya dengan abang?" Zihni dah mula-mula ragu dengannya kah?
"Bukan macam tu, Zihni cuma rasa yang kita ni macam terburu-buru. Abang tak kenal Zihni macam mana lagi. Zihni pun tak kenal abang secara mendalam. Abang tak nak ke ambil sedikit masa untuk kenal hati budi satu sama lain dulu? Yalah, Zihni takut lepas dah kahwin nanti, abang tak berkenan dengan perangai Zihni pulak..." Tak pasal-pasal, malam pertama dah kena talak. Dek tergesa-gesa nak menikah, perangai pasangan pun kita tak masak lagi.
"Abang pun tak pernah tanya lebih tentang diri Zihni. Abang tak kenal Zihni macam mana lagi. Abang tak tahu apa yang Zihni suka, Zihni tak suka." Bahkan hanya Zihni seorang yang bersungguh nak tahu pasal keperibadian pasangannya.
Entah kenapa Akalil mati kata untuk membalas bicara Zihni. Lelaki itu hanya mampu memberi pandangan kosong kepada Zihni. Tapi apa yang Zihni katakan sebentar tadi ada benarnya juga. Akalil tak pernah berminat nak kenal lebih tentang Zihni. Apa yang gadis itu suka, tidak suka, tentang warna kegemarannya, makanan kegemarannya, Akalil tak pernah terdetik untuk bertanya.
"Abang minta maaf..." Dan tiba-tiba Akalil dihambat rasa serba salah sebab tidak pernah peka. Akalil tak ada pengalaman bercinta dengan perempuan dan Akalil tak tahu bagaimana dia mahu memahami insan bergelar perempuan ini juga.
Apa yang seorang perempuan harapkan dan mahukan dari seorang lelaki, sejujurnya Akalil kurang arif tentang hal itu. Dia kurang mengerti perihal jiwa kaum hawa yang sama sekali tidak pernah menarik minatnya untuk memahami lebih dalam. Atau sebenarnya, alamnya yang berbeza. Dia bukan seorang pencinta wanita tapi jantina yang serupa.
"Eh tak apalah. Tak perlu minta maaf. Abang tak buat salah pun." Alahai... lelaki ini pun. Zihni tersenyum kecil. Akalil nampak comel pula.
"Kalau macam tu, balik rumah nanti. Zihni sent dekat abang. Bagitahu semua yang Zihni suka dan tak suka. Zihni bagitahu semua yang Zihni nak abang tahu pasal Zihni. Jangan tertinggal satu info pun." Jadi sekarang mereka sudah adilkan? Masing-masing dah simpan biodata sesama sendiri.
"Zihni bagi yang penting aje tau." Yang tak penting buat apa juga kan?
"Boleh."
TBCUpdate: 14012022.
YOU ARE READING
ZIHNI √
RomantikCerita pendek dan kurang comel. Cerita ni baru saja selesai ditulis tapi belum di-edit. Kalau jumpa typo bertimbun, maaf...