Hi, welcome to dunia tipu-tipu Everisa! Thank you for hitting on the Read button and giving this story a chance. Btw, don't put too much expectation but don't underestimate this story that much too (lol).
Anyway, happy reading guys! <333
p/s: Are you first time reading team (ftr) or reread team (rr)?
.
"EVE Nur Hawa?"
"Ya, saya," jawabku dari bahagian dalam pagar rumah. Rambutku yang masih basah selepas mandi tadi sekadar ditutup dengan tuala tebal.
"Ini surat untuk cik," kata posmen yang berada di luar pagar. Sepucuk surat bersampul putih yang dihulurnya aku ambil seraya mengucap terima kasih.
Aku terus masuk ke dalam rumah setelah posmen itu berlalu. Sampul surat yang bergam kemas di tangan aku belek.
"Surat apa ni?"
Malas mahu berteka-teki, sampul putih itu terus aku koyak. Sehelai kertas dikeluarkan lalu bait-bait tulisan komputer di atasnya terus dibaca.
"Kepada Eve Nur Hawa binti Edwan. Okey, nama aku."
"Tahniah. Anda telah diterima masuk ke-"
"What?! Sekolah Tengku Hossein?" Mata aku gosok beberapa kali.
Aku tak mimpi kan? Se-Sekolah Tengku Hossein? Sekolah elit yang ala-ala sekolah international tu? Yang students dia kaya-kaya tu?
"Seriuslah? Tapi macam mana aku dapat masuk sekolah tu? Aku tak ada buat permohonan pun."
Kepala yang tidak gatal aku garu. Sekali lagi surat itu dibaca.
"Anda juga diberi tawaran biasiswa..."
"Biasiswa? Bila masa aku apply ni?"
"Surat apa tu?"
Aku berpaling. Adik kembarku yang baru turun dari tingkat atas merampas surat daripada tanganku.
"Eh! Evan! Bagi sini balik!" Marahku. Tangan tergawang-gawang di udara cuba merampas balik kertas itu, namun apakan daya kembarku itu jauh lebih tinggi daripada kakaknya ini.
"STH? Seriuslah kau, Eve? Bila masa kau apply ni?"
"Ish! Aku pun tak tahulah. Tiba-tiba dapat surat."
"Iya ke?" Evan memicingkan mata tidak percaya.
"Tak percaya sudah! Memanglah STH tu dream school aku tapi aku sedarlah yuran dia mahal," cebikku. Yalah, aku sedarlah aku ni orang biasa saja, bukan orang berada. Sekolah tu pula yuran tahunan pun uish, makan lima angka. Memang tidaklah aku nak masuk situ. Gaji bulanan ibu dengan ayah dicampur pun tak cukup rasanya. Evan pun belajar di sekolah berasrama penuh sahaja.
"Tapi dekat sini dia cakap kau dapat scholarship. Yuran tahunan free. Kau cuma kena bayar untuk uniform, alat tulis, buku-"
Kertas di tangan Evan aku tarik pantas.
"-buku dan yuran kelab? Wehhh! Seriuslah?!" Badan Evan aku goncang kuat.
Evan menjulingkan mata. Tangan aku ditolaknya.
"Tak payahlah pegang aku kalau happy pun. Bergegar otak ni."
Perlian Evan aku tidak pedulikan. Yang penting sekarang, aku dapat masuk sekolah idamanku! Yahoo!
.
"AKAK, dah siap kemas barang?"
Aku berpaling ke pintu. Ibu yang baru masuk ke dalam bilik melabuhkan duduk di atas katil.
YOU ARE READING
EVERISA
Teen FictionCompleted ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehidupan normal sebagai pelajar tapi sebaliknya pula yang berlaku. Di Sekolah Tengku Hossein, Hawa bert...