BADAN aku baringkan di atas katil lepas siap keringkan rambut. Seharian seminar memang sangat memenatkan. Bayangkan, dalam sehari kena pulun empat subjek sekali gus. Pagi Kimia, tengah hari Biologi, petang Addmaths dan malam Fizik.
Memang rasa nak pecah kepala aku. Kejap kena set otak untuk subjek ni, kejap untuk subjek tu. Tak pernah-pernah lagi aku belajar empat subjek elektif ni sekali gus dalam sehari. Sumpah burn out.
Kata cikgu, cikgu buat jadual macam ni supaya dua hari lagi kitorang dapat gunakan untuk try aktiviti-aktiviti lasak yang ada di resort ni. Kiranya rugilah datang sini tapi tak cuba semua aktiviti yang ada. Dahlah bayaran sebenar mahal. Hari terakhir pula memang tak sempat sebab kitorang bertolak ke sekolah waktu pagi.
"Hawa," panggil Maya. Badannya turut dibaringkan di sebelahku. Aku dan Maya berkongsi katil manakala satu lagi katil untuk Nana dan Rizqa. Tapi sekarang diorang tak ada dalam bilik sebab pergi supper. Kitorang pula still kenyang jadi tak makan.
"Hm?" Sahutku.
"Rasa macam mimpi boleh berbual dengan Rayhan balik," luahnya.
Aku pusing kepala tengok dia. Tengah pejam mata dengan bibir tersenyum lebar.
"Sukalah tu?" Usikku.
"Yes," jawabnya tanpa ragu.
Aku tengok siling balik. Kipas yang bergerak laju jadi tempat aku pusatkan pandangan.
"Masa first masuk dewan tadi, aku terkejut gila tengok dia tepi aku. Aku cari kau, tapi kau dah duduk dekat belakang. Punyalah aku ingat takdir ke apa, rupa-rupanya korang berpakat," katanya geram.
Aku tersengih.
"Pakatan untuk kembalikan persahabatan korang." Kening kiri aku jongket beberapa kali dengan penuh angkuh.
Maya mencebik.
"Menyampahnya. Tapi kan, kenapa kau tukar tempat balik lepas rehat?"
Mata aku terkelip-kelip tengok siling. Teringatkan kejadian pagi tadi, entah kenapa hati aku rasa sakit lagi. Tak pernah-pernah buat hal macam ni. Nak kena tukar ke apa ni, hati? Nampak selalu malfunction je sekarang.
"Hei, aku tanya ni." Pinggang aku dicucuknya.
"Dengarlah."
Aku tepis laju tangan Maya. Malam ni aku sedar je dengan keadaan sekeliling walaupun tengah mengelamun. Mungkin sebab tengah cakap benda serius.
"Kenapa?"
"Maya, aku nak tanya kau. Aku dengan Rayhan tukar tempat tadi kenapa?"
"Aik? Tanya aku pula?" Maya tunjuk diri sendiri.
"Jawab jelah."
"Okey. Untuk buat kitorang berbaik?"
"Betul. Then, korang dah berbaik ke belum?"
"Dah."
"Dah kan? So, sampai di situ jelah."
"Sebab tu je? Macam pelik je. Bukan kau tak suka duduk depan ke?"
Aku tengok Maya dengan tak puas hati. Orang cakap tu percaya jelah. Kenapa nak persoalkan pula?
"Betul ke sebab tu je?" Jari telunjuk dia tunjuk-tunjuk ke arahku. Aku nak tangkap tapi cepat-cepat dia sembunyikan tangan. Maya aku jeling. Takutlah tu kisah lama berulang kembali. Nasib tak patah je jari dia kena dengan aku hari tu.
"Betullah. Aku tak nak duduk belakang. Tak nampak skrin," dalihku.
"Kau ada rabun ke? Kalau Reen tu tak pelik," komennya.
YOU ARE READING
EVERISA
Teen FictionCompleted ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehidupan normal sebagai pelajar tapi sebaliknya pula yang berlaku. Di Sekolah Tengku Hossein, Hawa bert...