"INI bilik adik," kata seorang wanita yang menjadi pengiring keluarga aku, Kak Ina. Luggage cart yang digunakan untuk mengangkat barang-barang aku dihentikan di hadapan sebuah pintu.
Kalau blok akademik tadi berunsurkan seni antik Eropah, bangunan asrama pula berunsurkan ciri moden. Bangunan asrama cuma satu blok untuk pelajar lelaki dan satu blok untuk pelajar perempuan memandangkan tidak wajib untuk pelajar tinggal di asrama. Setiap blok mempunyai lima tingkat. Walaupun cuma satu blok, namun sebuah blok itu sangat besar. Rekaannya terbuka di tengah-tengah bangunan dan tertutup daripada luar. Sangat menjaga privasi dan aurat murid.
Sekali tengok macam hotel, dua kali tengok pun macam hotel. Dengan ada ruang lobi di tingkat pertama, luggage cart, lif dan pintu bilik pun siap dengan kad imbas lagi.
First time aku jumpa sekolah macam ni.
"Adik boleh swap kad tu dekat device tepi pintu tu. Kalau blackout ke apa, adik boleh guna kunci biasa. Tapi kad tu lebih cepatlah," terang Kak Ina.
Kepala diangguk.
Pintu asrama di depan aku pandang. Room 11-3. Pintu pun macam pintu hotel. Kad pintu aku lalukan pada alat di tepi pintu itu untuk masuk.
Ttak!
Pintu yang sudah terbuka aku tolak. Masuk sahaja ke dalam bilik itu, terdapat satu laluan sepanjang satu meter sebelum sampai ke tempat tidur. Di bahagian kanan dan kiri laluan tadi terdapat rak-rak kasut yang tinggi. Beberapa pasang kasut yang berada di atas rak menandakan bilik ini sudah berpenghuni.
"Nanti adik letak kasut, selipar, sandal, sneakers semua, dekat sini. Tak boleh letak dekat luar sebab nanti halang orang lalu."
Selepas laluan tadi, kami masuk ke dalam tempat tidur. Terdapat lima buah katil single yang masih kelihatan baru di dalam bilik itu. Dua di sebelah kanan dan tiga di sebelah kiri. Di tepi setiap katil juga terdapat rak empat tingkat yang kecil berwarna putih. Sebiji karpet lembut dihampar di tengah bilik dan dilengkapi sebuah meja jepun bersaiz meja makan enam kerusi. Lima buah meja belajar disusun rapat ke tingkap yang bertentangan dengan pintu.
Aku berjalan mengelilingi bilik itu. Besar sungguh bilik ini walaupun cuma ada lima orang ahli sahaja. Katil yang berada dekat dengan pintu di bahagian kiri aku ambil kerana katil itu sahaja yang tidak bercadar.
"Em, dik. Ini pintu apa?" Soal ibu. Ayah pula sibuk memunggah barangan dari luggage cart di luar ke dalam bilik. Haha! Maaf, ayah! Anakmu ini terpesona dengan bilik baru dia.
Mata aku terarah ke tempat yang ditunjuk ibu.
Terdapat dua pintu di bahagian kanan bilik.
"Oh, mari saya tunjukkan."
Pintu pertama Kak Ina tolak. Terdapat dua lagi pintu di dalam bilik tersebut. Satu pintu tandas dan satu pintu bilik air.
"Oh, toilet," bisikku. Toilet pun nampak bersih dan kemas saja. Design pun lawa. Hitam putih.
Pintu kedua pula dibuka. Nampaknya pintu ini khas untuk tempat pakaian.
"Ini bilik pakaian. Adik boleh ambil almari yang tak ada orang lagi. Seorang boleh guna satu saja almari," pesan Kak Ina. Aku angguk tanda mengerti.
Terdapat lima buah build-in wardrobe setinggi siling di dalam bilik ini. Dua di bahagian kiri iaitu bahagian pintu, manakala tiga lagi di bahagian kanan iaitu bertentangan dengan pintu.
"Dobi ada di west section. Dryer dan ampaian dua-dua ada. Kalau adik nak hantar dobi luar pun boleh tapi kalau guna dobi hostel free saja sebab dah termasuk dalam yuran tahunan."
YOU ARE READING
EVERISA
Teen FictionCompleted ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehidupan normal sebagai pelajar tapi sebaliknya pula yang berlaku. Di Sekolah Tengku Hossein, Hawa bert...