BEG baju aku letakkan di atas tapak kosong yang rata ini. Badan aku geliatkan. Lenguh badan duduk lama-lama. Perjalanan yang sepatutnya memakan masa selama dua jam je jadi tiga jam setengah gara-gara jalan jem teruk. Kalau aku yang duduk tak buat apa-apa pun penat, apatah lagi pak cik driver tu kan? Tapi tadi pak cik tu nampak relaks je, siap berbual lagi dengan Seif dekat depan.
Sekeliling kawasan outdoor resort ni aku tengok. Aku boleh putuskan yang tempat ni memang bertemakan nature dan tumbuhan. Lokasinya yang di atas bukit dan dipenuhi pokok-pokok rendang buatkan tempat ni tak panas walaupun sekarang waktu tengah hari.
Di sebelah kanan sana pula, ada satu pagar besar yang ada tulisan besar Permata's Outdoor Field. Rasanya dekat sana kut tempat aktiviti-aktiviti lasak. Dari tempat aku berdiri dah nampak menara flying fox, dinding rock climbing, jambatan gantung dan macam-macam lagi infrastruktur lain. Tali flying fox itu pula bersambung hingga ke bawah bukit. Di bawah sana aku boleh nampak tasik buatan yang besar. Aku telan liur. Berapa agaknya ketinggian menara flying fox dekat sini? Bungee jumping? Gulp!
"Face mask ni aku buang, eh?" Kata Maya yang datang berdiri di tepiku. Aku tengok dia dengan muka judging.
"Buanglah. Takkan nak bagi aku simpan pula. Penuh dengan air suci kau," cebikku.
Maya jentik dahi aku.
"Mulut tu," marahnya.
Aku jeling Maya. Dahi yang sakit aku usap. Dahi aku ni dah tak flawless sebab dia, tahu? Sikit-sikit jentik, sikit-sikit jentik. Ingat main jentik penutup botol ke apa?
"Mana bas B ni? Sesat ke?" Aku sepak-sepak batu kecil di atas tapak rata ni.
"Entah. Rasanya diorang gerak lambat sikit tadi." Maya dah bersila atas tapak rata ni. Aku pun turut duduk. Beg yang dah diambil tadi aku buat tempat bergendang. Boooosaan.
Tengah-tengah bergendang, aku dengar bunyi bas sampai. Cepat-cepat aku bangun dari duduk. Seluar yang rasa berpasir aku tepuk-tepuk. Orang lain semua berkumpul setempat sambil tunggu mereka yang naik bas B turun.
"Everyone, line up!" Seif yang dari tadi berdiri di hadapan memberi arahan. Kami semua cepat-cepat membentuk beberapa barisan seperti yang diarahkan.
Cikgu Amir dan Cikgu Mira bercakap-cakap sekejap dengan empat orang ahli The Leaders yang join seminar ni. Ellina sibuk dengan game, Noah bukan budak science stream dan Qaayed pula ada hal yang tak boleh dielakkan daripada apa yang aku dengar.
"Maya." Maya di depan aku panggil.
"Hm?"
"Buat apa?" Tanyaku. Kepala aku sangkut pada bahu Maya untuk intai apa yang dia buat. Maya ni tinggi dia 170cm jadi memang kalahlah aku.
"Ni. Tengah bayar barang aku beli," katanya. Aku tengok je dia selesaikan urusan pembayaran online. Nak komen apa-apa pula tak reti. Yalah, aku kan serba serbi tak tahu apa-apa.
"Attention." Suara dalam Isaac kedengaran kuat melantun dari depan. Cepat-cepat aku tegakkan badan semula. Isaac yang bermuka serius di depan jadi perhatian semua orang sekarang. Rayhan pula berdiri dekat tepi dia dengan Tengku Aisara dan Seif.
"Dengar sini. Untuk penginapan, setiap bilik akan ada empat orang ahli. So, korang boleh choose freely siapa ahli bilik yang korang nak. Wakil bilik nanti boleh ambil kunci dekat depan lepas ni. And for your information, cikgu dah booked satu tempat ni untuk kita. Tapi, ingat. Tempat orang buat macam tempat orang. Jangan sepahkan, jangan buang sampah merata-rata dan jangan suka sangat. Behave. Sekarang, aku bagi masa dua minit untuk korang cari ahli bilik."
Gamat keadaan apabila semua sibuk mencari kawan-kawan untuk membentuk ahli bilik. Aku pula berkepit dengan Maya. Tak mahu berpisah. Aku okey dengan siapa-siapa asalkan Maya ada.
YOU ARE READING
EVERISA
Teen FictionCompleted ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehidupan normal sebagai pelajar tapi sebaliknya pula yang berlaku. Di Sekolah Tengku Hossein, Hawa bert...