68

1.2K 87 3
                                    

BANNER yang dah siap dilukis oleh budak-budak seni aku pegang dengan berhati-hati untuk dibawa ke khemah Phoenix. Orang yang lalu lalang membuat kerja di padang sekolah ni aku elak supaya tak merosakkan banner yang digulung ni. Kata Reen, banner ni dibuat sendiri sebab nak lebih feel. Tahun-tahun sebelum ni, ada je yang tempah kedai luar sebab nak jimat masa. Kalau tahun ni pula, bila dah ada yang volunteer nak buat, Wyatt terima jelah asalkan yakin sempat siap sebelum Sport's Day nanti.

Dan hari ni, diorang dah siapkan dan minta budak-budak yang tak ada kerja untuk ambil dekat blok C dan hantar ke khemah Phoenix di padang. Iaitu aku. Dan ada juga beberapa orang lain yang ikut aku ambil sekali sebab banner yang dibuat bukan ada satu je. Ada lima kesemuanya dengan pelbagai saiz. Sumpah aku respect dengan group yang buat banner ni. Dahlah cantik, buat dalam masa tiga hari je pula tu.

"Tumpang lalu, tumpang lalu."

Dua orang pelajar lelaki yang tengah angkat meja tiba-tiba lalu depan aku yang tengah berjalan lurus. Laju aku elak diorang. Kalau tak, memang confirm accident tengah-tengah orang ramai ni.

Sport's Day diadakan pada hari Khamis dan Jumaat tapi mula hari ni iaitu hari Isnin, kitorang tak ada PdP untuk bagi masa dekat semua murid buat persediaan sebelum hari kejadian.

Lebih kurang sepuluh meter lagi berjalan, akhirnya aku sampai juga di khemah berbumbung jingga iaitu khemah Phoenix. Khemah setiap rumah sukan ni bukan macam khemah biasa kalau orang buat kenduri tu. Tapi khemah besar yang boleh muat lebih empat ratus orang murid dalam satu masa. Bawah khemah besar ni pula, di bahagian kirinya ada satu tempat tertutup untuk simpan barang-barang hiasan sebelum dipasang, bilik meeting rumah sukan dan untuk rehat. Di tengah pula ialah tempat utama yang akan dihias secantik-cantiknya untuk penilaian nanti. Tempat duduk murid pula adalah di sebelah kanan.

Aku masuk ke tempat tertutup di sebelah kiri untuk hantar banner tadi. Masuk je, dah ada ramai orang dekat dalam tengah try kostum untuk perbarisan kawad kaki nanti.

"Hawa, sini," panggil Kak Ina. Kak Ina juga merupakan ahli rumah Phoenix macam aku. Tapi Kak Ai pula ahli rumah Shark. 

"Okey." Aku berjalan ke dalam untuk letak banner tadi di atas meja besar di hujung. Sampai je dekat situ, aku dah nampak beberapa sketch yang tak difahami.

"Apa ni, Kak Ina?" Tanyaku.

"Ini, tema House kita tahun ni." Satu kertas A4 yang menunjukkan seorang perempuan yang tengah pegang seekor burung Phoenix ditunjuk.

Aik? Tema dia perempuan ke? Apa benda ni?

"Form 5 decide nak buat satu theme macam a story-telling gitu. Pasal seorang perempuan ni yang jadi penjaga seekor Phoenix. Phoenix tu pula setia dengan penjaganya sampai meninggal. Bila burung tu mati, dia akan hidup balik. Hawa tahu kan tales tentang phoenix?"

Aku angguk.

Mengikut kisah dongeng, seekor burung Phoenix boleh hidup sampai 500 tahun. Dan dalam satu masa tu, cuma ada seekor saja yang hidup. Bila seekor burung Phoenix tu mati, seekor burung Phoenix baru akan dilahirkan dari abu Phoenix yang mati tadi.

Pelik, kan?

Tapi namanya pun dongeng. Jangan nak percaya sangat. Baca tu tak apa, percaya jangan.

"So, kitorang plan nak buat cerita tulah. Tapi modify sikit cerita asal. Asalnya penjaga phoenix tu matahari tapi untuk version kawad nanti kita akan buat seorang perempuan as penjaga dia."

Aku angguk je walaupun tak faham sangat. Tak perlu faham pun aku rasa sebab Sport's Day nanti kerja aku kemas-kemas khemah je.

"Guys, siapa yang free tu masuk kejap. Kita nak buat meeting."

EVERISAWhere stories live. Discover now