HARI Rabu.
Ada apa dengan hari Rabu? Ya, betul. Hari kokurikulum. Jadi, hari ni aku dipaksa oleh Tas untuk pakai baju kadet polis walaupun memang dalam hati tak rela. Aku takut. Takut nak jumpa Isaac.
"Hawa, duduk elok-elok." Tas yang duduk di tepi tegur aku yang tengah bersila atas kerusi. Terus aku turunkan kaki.
"Kenapa?" Tanyaku.
"Ada lelaki dalam bilik ni. Tak manis," balas Tas lembut.
Aku angguk faham. Sekeliling bilik kadet polis ni aku tengok. Ini kali pertama aku berada dalam khalayak ramai dalam tempat tertutup sejak balik dari seminar. Jadi aku dapat rasakan yang aku tengah jadi tumpuan orang lain sekarang. Mesti sebab kes gambar viral hari tu.
Kaki aku goyang-goyangkan sambil tunggu orang lain sampai. Satu sikap Tas, dia selalu datang perjumpaan awal daripada orang lain. Kalau start pukul tiga, pukul dua setengah dia dah heret aku datang sini. Tapi orang lain pula relaks je. Lima minit before start pun ada lagi yang belum sampai. Jadi kami yang awal ni pun tertunggu lah bagai menunggu bulan jatuh ke riba.
"Eh, Warda?"
Aku tengok Seif yang baru masuk. Masuk-masuk je terus tegur Tas.
Tas pula macam biasa, senyum saja.
"Ada orang tak depan korang?" Seif tunjukkan dua kerusi kosong di depan kitorang.
"Tak ada." Tas menjawab. Aku pula diam menunduk tengok kuku bila perasan satu kelibat yang baru masuk dari pintu.
"Okeylah. Isaac, kita duduk sinilah."
Aku menunggu dalam debar. Kalau Isaac duduk depan aku, apa aku nak buat? Buat-buat biasa? Buat-buat tak tahu? Buat-buat pengsan?
"Tak apa. Aku duduk depan." Isaac menjawab tanpa nada. Dari sisi mata, aku dapat lihat dia bergerak ke kerusi depan yang kosong. Bibir aku gigit. Dia... tak sudi tengok aku ke?
"Er, sorry korang. Aku duduk depanlah," kata Seif.
"Okey, tak apa." Tas senyum segaris. Tangan aku dia pegang.
Aku angkat kepala tengok Tas. Satu senyuman manis dia bagi.
"Be strong. Aku tak tahu apa masalah korang. Tapi aku nak kau kuat, Hawa."
Aku ketap bibir bila rasa macam nak menangis. Aku dah kata kan aku ni hati tisu? Mudah sangat nak keluar air mata.
"Tak nak nangis-nangis." Tangan aku Tas usap lembut. Aku pula angguk saja. Kau kena kuat, Eve.
"Assalamualaikum, semua."
Kami semua diam berbual bila suara Cikgu Saliha kedengaran.
"Waalaikumussalam, cikgu."
"Sebelum kita mula, AJK setiap form datang hantar headcount dulu."
Tas bangun ke depan sebagai salah seorang AJK untuk form kami. Aku pula cuma diam di tempat duduk. Kepala aku tundukkan sehabisnya. Tak sanggup nak tengok pandangan serong semua orang.
"Terima kasih, semua."
Selesai urusan headcount, semua AJK kembali ke tempat duduk masing-masing. Termasuk Tas yang ambil semula tempatnya di tepiku.
"Baik, hari ni sebenarnya kita ada latihan kawad kaki. Tapi memandangkan hari hujan, kita tangguhkan dulu kawad ni."
Semua mengeluh lega. Aku pun sama. Kawad? Adoi, aku nak berjalan pun rasa tak betul. Inikan pula nak berkawad kaki yang macam robot tu.
"Tapi, saya dah rancang aktiviti lain untuk awak semua buat."
Semua tengok Cikgu Saliha dengan pandangan tertanya-tanya.
YOU ARE READING
EVERISA
Teen FictionCompleted ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehidupan normal sebagai pelajar tapi sebaliknya pula yang berlaku. Di Sekolah Tengku Hossein, Hawa bert...