TIMBUNAN kertas di tangan aku pandang silih berganti dengan nombor yang tertera pada skrin atas pintu lif.
3.
Huh. Mengeluh lagi. Rasanya dari tadi aku mengeluh tak henti-henti.
4.
Ah! Aku nak berhenti dekat sini. Tingkat empat ini khas untuk kelas aliran sains dan sastera tingkatan empat.
5. Ting!
Pintu lif terbuka.
Nafas dalam aku tarik lalu hembus perlahan.
Go, Hawa, go! Tak ada apalah, diorang bukan makan orang pun. Pergi hantar lepas tu terus blah!
Kata-kata semangat aku bisik dalam hati sebelum melangkah keluar dari pintu lif. Kiri dan kanan aku pandang. Hallway ini kosong daripada pelajar. Mungkin kerana sekarang waktu PdP, jadi semua pelajar ada di kelas masing-masing.
Dada yang berombak kencang aku usap perlahan. Tadi, lepas hantar buku latihan kelas kami dekat Cikgu Vee, tiba-tiba Cikgu Vee minta bantuan aku untuk hantar kertas latihan ke kelas yang diajarnya. Awalnya aku okey saja sebab ingatkan untuk form 4 juga, tapi bila baca saja muka hadapan kertas latihan itu, terus rasa tak okey.
Form 5, weh! Form 5!
Tahu tak setakat masuk sekolah ni aku tak pernah beramah mesra dengan form lain selain form 4? Tak ada seorang pun senior yang aku kenal, tahu?
Eh, tolak si Ellina tu, mungkin dah tak ada siapa yang aku kenal.
Tiba-tiba rasa menyesal volunteer untuk hantar buku dekat bilik guru tadi. Dahlah seorang-seorang. Kalau ada Maya sekali tak apalah juga.
Berjalan punya berjalan, aku sampai di persimpangan ke kelas tingkatan lima. Baru nampak papan yang tergantung dekat atas tu, tapi aku dah gabra habis. Kertas-kertas yang berada di tangan aku peluk erat ke dada. Risau terlepas satu kerja pula nak kutip satu-satu.
Satu persatu kelas aku lalui untuk sampai ke kelas yang dituju. Pandangan pelajar-pelajar dari dalam kelas aku tak pedulikan walaupun hakikatnya muka aku dah rasa tebal semacam. Oh, tolonglah jangan tengok aku macam aku ni alien! Tak pernah tengok manusia berjalan ke?
Kaki aku berhenti betul-betul sebelum sebuah pintu kelas yang berwarna coklat. Tulisan pada papan yang disangkut di atas pintu itu aku baca.
5 Elite.
Tarik nafas, hembus. Tarik, hembus. Tarik lagi, hembus.
Fuh!
Dengan kekuatan rohani dan intelek– eh?
Bukan!
Dengan kekuatan jiwa yang secebis cuma, suis loceng di tepi pintu aku tekan.
Ding! Dong!
"Yes?"
Tiba-tiba seorang pelajar lelaki keluar dari kelas. Keningnya diangkat.
"Er, ni. Cikgu Vee bagi worksheet," jawabku tanpa teragak-agak. Hasil bertapa dekat dalam lif agaknya.
Dalam hati sudah menyuruh lelaki itu cepat-cepat mengambil kertas ni, jadi aku boleh cepat-cepat larikan diri. Aduh, boleh pula dia bercakap-cakap dengan kawan dia.
"Oh, kejap," katanya sebelum masuk ke dalam kelas semula.
Aku ternganga di situ. What kind of behavior was that?
"Oh, look who's here."
Suara sinis yang berdesing di telinga menyebabkan aku mengangkat kepala.
YOU ARE READING
EVERISA
Ficção AdolescenteCompleted ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehidupan normal sebagai pelajar tapi sebaliknya pula yang berlaku. Di Sekolah Tengku Hossein, Hawa bert...