24

1.3K 87 13
                                    

"HAWA, pinjam dictionary sat," pinta Maya di tepiku. Matanya fokus membaca teks panjang yang dicetak di atas kertas latihan. Mesti ada word pelik-pelik, kan? English upper form ni memang another level sikit susah dia. Masa PT3 dulu pun tak susah macam ni. Mungkin disebabkan tahap CEFR yang berlainan.

Madam Anne baru saja mengedarkan set kertas latihan Kertas 1 kepada kami iaitu soalan Reading. Kami diberi masa setengah jam sahaja untuk menyiapkan semua soalan.

"Boleh tengok dictionary ke?" Tanyaku ragu-ragu. Nanti kalau aku bagi kang, tengok-tengok tak boleh pun sebenarnya rujuk kamus. Tak fasal-fasal kena marah nanti.

"Bolehlah. Tadi Erin dah tanya madam. Madam bagi," jawabnya perlahan. Takut Madam Anne yang duduk di meja guru dengar perbualan kami.

"Oh, kejap." Kamus Oxford di bawah meja aku keluarkan lalu aku hulurkan kepada Maya yang sudah sedia menadah tangan.

"Thank you," katanya pendek. Tanpa membuang masa, kamus tebal di tangannya itu terus dibelek untuk mencari maksud perkataan.

Diam. Suasana di dalam kelas sekarang memang sunyi sepi tanpa suara. Yang ada hanyalah bunyi kertas diselak, bunyi pen dan bunyi aircond yang terpasang.

Kertas di atas meja aku pandang. Baris tulisan yang tertulis di situ dah lebih tiga kali aku baca, tapi aku masih tak jumpa perkataan yang sesuai untuk diisi. Teks sebelumnya pula aku baca untuk mencari perkataan yang boleh digunakan untuk mengisi tempat kosong tadi.

"Nah, Hawa. Thanks, tahu?" Kamus tadi Maya tolak ke arahku. Aku cuma mengangguk tanpa berpaling.

Haish, kenapa tak ada perkataan yang sesuai, eh? Orang yang buat set soalan ni prank ke apa? Termasuk kali ni, dah nak dekat lima kali aku baca teks atas tu, tapi tak jumpa-jumpa jawapan juga.

Baru saja nak tanya Maya, tiba-tiba saja suasana kelas yang sunyi tadi diganggu oleh bunyi loceng.

Ding! Dong!

"Come in." Madam Anne yang tadi tengah menanda homework kami dua hari lepas bersuara.

Krek!

Pintu kelas yang tadinya tertutup terbuka perlahan-lahan. Kami yang di dalam kelas ni pun tertunggu-tunggu gerangan yang tekan loceng tu untuk masuk. Aku garu kepala dengan pen biru di tangan. Siapa tu? Nak cakap classmate aku baru masuk, semua ada je dekat kerusi masing-masing. Jadi memang sahlah orang tu bukan ahli kelas ni.

Mungkin juga Cikgu Vee sebab aku perasan cikgu ada tertinggal buku dekat atas meja guru tadi. Maheer nak pergi hantar sekejap pun tak sempat sebab Madam Anne dah masuk. Jangan pelik, Madam Anne memang pantang orang keluar kelas waktu dia. Kalau nak pergi tandas, kitorang kena pergi before madam masuk.

"Sorry madam for interrupting." Sekujur tubuh lelaki masuk ke dalam kelas. Semua yang ada dalam kelas ni terutama aku pakat ternganga tengok orang yang masuk tu. Sesat kelas ke apa?

"Weh, presiden weh."

"Dia buat apa dekat sini?"

"Oh my god! Isaac datang kelas kita weh!"

"Terbang ilmu aku tengok muka handsome dia tu. Kenapalah ciptaan Allah yang satu ni perfect sangat?"

Yang last tu, sumpah aku rasa nak bacakan Mathurat tak pun Yasin tepi telinga dia. Nampak nak terbang sangat ilmu tu. Penat-penat madam ajar, boleh pula di-let go macam tu je. Aigoo.

Aku pula pandang Maya di tepi. Nampaknya kali ni Maya pun off guard. Mulutnya ternganga luas. Matanya yang terkebil-kebil memandang aku juga.

"Dia buat apa dekat sini?" Tanyanya.

EVERISAWhere stories live. Discover now