Meet me at walk-in gallery tomorrow during recess. Urgent! ಠ︵ಠ – Wyatt
GARA-GARA satu mesej dan seketul emoji yang aku terima semalam, aku berada di galeri sekarang. Rehat selama sepuluh minit je sebelum cepat-cepat naik ke sini.
Kawasan sekitar galeri aku tengok. Tak nampak batang hidung Wyatt langsung. Bukan dia ke cakap urgent? Aku punyalah rehat sekejap je untuk jumpa dia. Yalah, aku takut betul-betul urgent je.
Tangan aku ketuk-ketukkan pada paha. Nasib baik ada kerusi dekat tepi pintu masuk galeri ni. Kalau tak, memang lenguh kaki kena berdiri lama-lama.
"Angel."
Aku angkat kepala. Nampak Wyatt yang berpakaian sekolah tak lengkap. Seluar, kemeja ada cuma blazer ditukar dengan sehelai hoodie berwarna blueblack. Neck tie pula maybe dah terbang ke angkasa lepas. Typical Wyatt.
"Lambatnya. Cakap nak jumpa waktu rehat," kataku. Aku bangun dari kerusi.
Wyatt sengih. Tapi aku tak tahu kenapa aku rasa ada yang lain dengan senyuman Wyatt tu.
"Apa yang urgent? Awak ada masalah ke?" Tanyaku apabila Wyatt tak membalas apa-apa.
"Er, can we talk inside?" Tanyanya.
Kenapa dia nampak restless sangat ni? Dia betul-betul ada masalah ke? Dari tadi tangan dia tak habis-habis mengutil zip hoodie yang dipakai.
"Kita berdua je ke?"
Tak mahulah berdua je dengan dia dekat dalam. Lagi-lagi kawasan dalam galeri ni agak gelap sebab nak pencahayaan yang baik untuk karya-karya seni yang dipamerkan di dalam.
"No, aku bawa Noah." Tangannya ditunjuk ke belakang. Ada Noah yang melambai tangan ke arahku.
Aku senyum sambil membalas lambaiannya. Kemudian aku fokuskan kembali kepada Wyatt.
"Kalau kau tak selesa juga, jangan risau. Ada akak yang jaga dekat dalam. Lagipun ada CCTV. Aku takkan buat benda pelik-pelik dekat kau. But, please. I need to show you something."
Lama aku berfikir sebelum akhirnya bersetuju. Pasti benda yang Wyatt nak tunjukkan dekat aku tu penting sampai sanggup bawa Noah ke sini. Lagipun aku tak pernah nampak Wyatt macam ni. Nampak macam risaukan sesuatu.
"Kalau macam tu, okey. Tapi tak boleh lama, tahu? Rehat ada setengah jam je lagi," putusku akhirnya.
"Okey, thanks. Jom, masuk." Wyatt bagi senyum berdimple dia sebelum masuk ke dalam. Aku pula cuma ikut dia selepas pastikan Noah ada di belakang kami.
Masuk je ke dalam, terus gelap sikit sebab tempat ni cuma guna lampu yang malap. Ada seorang perempuan yang bertugas menjaga pintu masuk dengan seorang lagi yang berada di dalam. Aku senyum dekat akak tu bila kami bertembung mata.
Kami berjalan menyusuri laluan galeri yang panjang ini untuk ke tempat yang aku sendiri tak pasti. Mana Wyatt nak bawa aku ni? Dah sampai ke dalam kami masuk. Tapi aku lega sebab akak yang bertugas jaga barang-barang dekat dalam ni ikut kami sekali walaupun kedudukan dia agak jauh.
"Awak nak bawa saya pergi mana ni, Wyatt?" Tanyaku.
"Rahsia. Just wait and see," katanya dengan senyuman lebar.
"Bagitahu jelah. Saya tak suka tertunggu-tunggu ni," balasku sambil tengok kawasan sekeliling. Kiri dan kanan ada bermacam-macam jenis hasil seni. Ada lukisan, anyaman, arca ukiran dan sebagainya. Setahu aku, semua karya seni di sini dihasilkan oleh pelajar-pelajar aliran seni. Maksudnya tak ada satu pun yang dibeli atau dihasilkan oleh orang luar.
YOU ARE READING
EVERISA
Teen FictionCompleted ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehidupan normal sebagai pelajar tapi sebaliknya pula yang berlaku. Di Sekolah Tengku Hossein, Hawa bert...