"MAYA? Maya? Armaya Irisa!"
Laungku di sekitar taman di tepi blok D ni. Ke kiri kanan depan belakang atas bawah aku cari dia. Mana dia pergi ni?
Kaki aku terhenti di tengah-tengah taman yang menghijau ini. Nafas aku terasa semput setelah berlari ke sana ke mari seperti mencari anak yang hilang.
"Bila Maya ada masalah, biasanya dia akan pergi dekat loker belakang blok D."
Aku pusing ke belakang. Eh? Dia ni bukan ke...
"Ray-han, kan?" Tanyaku teragak-agak. Mata aku kecilkan untuk melihat seraut wajah itu dengan lebih jelas.
Lelaki yang sedang berdiri di pintu pagar taman itu mengulaskan senyuman nipis.
"Ya, aku Rayhan."
Kakinya berjalan masuk ke dalam taman yang sederhana besar ini. Kedua-dua tangannya setia di dalam poket seluar.
"Dekat belakang blok D ni, ada tempat letak loker-loker lama yang dah tak digunakan. Tak ramai yang tahu tempat tu sebab tersorok sikit. Tapi kalau kau pergi, memang ada cuma kau kena lalu timbunan-timbunan meja lah dulu."
Aku cuma mendengar.
"Setiap kali Maya ada masalah, dia akan ke sana. Aku pun tak faham kenapa dia minat sangat tempat tu. Dahlah sunyi, bau besi pula tu. Tapi tulah, dia tu kan memang pelik sikit." Rayhan tertawa kecil sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
Daripada cara dia bercakap, aku rasa dia sangat-sangat kenal seorang Maya tu macam mana. Diorang rapat ke?
"Pergilah. Sebelum dia jahanamkan loker-loker dekat sana, baik kau cepat. Aku nak pergi pula tak boleh, aku ada kelas sekarang," gesanya lembut. Senyuman masih terukir di bibirnya. Nampaknya Hannah betul. Rayhan ni nampak soft saja.
"O-Okey. Thanks." Aku berjalan melepasinya untuk keluar dari kawasan taman.
"Oh, Hawa." Panggilan daripada Rayhan menghentikan langkahku. Badan yang menghadap pintu taman aku pusing ke belakang.
"Macam mana awak tahu nama saya?" Kening aku kerutkan. Baju PE yang aku pakai sekarang mana ada nametag. Tapi kalau ada pun bukannya nampak sebab tertutup dengan tudung hitam.
"Hawa, Hawa. Aku rasa satu sekolah dah kenal kau. Jarang tahu ada budak masuk sini sebab scholarship? Dalam lima tahun aku sekolah dekat sini, you're the first. The one and only for now. And most interestingly, itu setakat aku ada dekat sekolah ni. Sebenarnya dah sepuluh tahun since the last time sekolah ni terima budak scholarship."
"Kalau ada budak masuk sini sebab scholarship, itu maksudnya dia memang pandai gila. Alumni yang masuk sepuluh tahun lepas tu dah jadi lepasan Oxford. Bukan calang-calang orang boleh masuk sana. I suddenly wonder, Hawa. Berapa IQ kau, ya? I bet you're more than just smart. A genius, maybe?" tebaknya.
Liur aku telan payah. Ma-Macam mana dia...
Rayhan mengemamkan bibir sebelum kembali bersuara.
"Don't worry. I'll keep it as a secret."
Aku memandangnya lama. Lelaki ni, walaupun nampak sopan santun dan baik, tapi dia ni sebenarnya berbahaya. Kalau tak, macam mana dia boleh tahu rahsia yang aku simpan hampir sepuluh tahun ni?
"Jangan risau. Aku tak akan mungkir janji. But in return, do a favor for me."
Kening aku angkat.
"What kind of favor?" Tanyaku dengan berhati-hati.
Jangan pelik-pelik. Aku dah target dah pasu tepi kaki aku sekarang ni. Salah cakap sikit, melayang ke kepala lah jawabnya.
YOU ARE READING
EVERISA
Teen FictionCompleted ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehidupan normal sebagai pelajar tapi sebaliknya pula yang berlaku. Di Sekolah Tengku Hossein, Hawa bert...