KAMI sampai di depan bilik Maths. Aku diam di belakang Isaac. Bunyi macam bising je dekat dalam. Ada kelas ke?
"Jom," ajak Isaac. Pintu dibuka luas sebelum ditahan supaya tak tertutup. Isyarat tangan ditunjuk menyuruh aku untuk masuk.
Perlahan-lahan aku melaluinya untuk berjalan masuk. Di dalam, awal-awal lagi aku dah nampak muka Rayhan yang sedang berkerut tengok kertas latihan, Seif yang kuyu mata-mata sebab tahan mengantuk dan Ellina yang tengah main kuku.
"Assalamualaikum," ucapku perlahan. Perlahan pun satu kelas berpaling lepas aku bersuara. Er, tiba-tiba rasa famous. Isaac pula masuk selepas pintu ditutup rapat.
"Waalaikumussalam. Ha, Hawa. Mari sini kejap," kata Cikgu Vee yang tadinya sedang meronda sekeliling bilik. Aku pula segera mengikutinya ke meja guru yang terletak di belakang.
Di meja guru, aku tercegat di tepi cikgu. Senior-senior kelas 5 Elite ni semua pakat tengok aku. Mestilah diorang kena ingat aku. Budak yang hampir kena bola tenis disebabkan classmate diorang tu.
Er, kalau macam tu pun, boleh pandang sana tak?
Bila tengok cikgu macam tak ada niat nak cakap apa-apa lagi, aku teringat buku Cikgu Vee yang aku bawa tadi.
"Oh. Ni, cikgu. Cikgu tertinggal buku cikgu dekat kelas saya tadi." Buku itu aku hulurkan kepada Cikgu Vee.
"Lah, saya tertinggal dekat kelas you rupanya. Patutlah dari tadi saya cari tak jumpa."
Buku yang aku hulurkan Cikgu Vee ambil lalu letak di atas meja.
"Isaac, buat apa dekat situ? Sini. Saya nak jumpa you sekali." Isaac yang baru mengambil tempat di tepi Rayhan terus berdiri semula. Aku pula buat-buat tak tahu semasa dia berjalan ke arah meja ini. Ellina pun dah jeling aku awal-awal. Malaslah nak gaduh lagi. Ambillah Isaac tu, aku tak nak pun lah. Huh!
"Ada apa cikgu?" Tanya Isaac yang berdiri di tepiku.
"Ha, macam ni. Kamu ingat Maths' Quiz dua minggu lepas?" Tanya Cikgu Vee.
Angguk.
"Tahniah. Both of you terpilih untuk ke peringkat seterusnya."
Mata aku membulat.
"Seriuslah, cikgu?" Tanyaku teruja. Bukan calang-calang pertandingan peringkat seterusnya ni. Peringkat kebangsaan tapi sijil international sekali boleh dapat sebab dianjurkan syarikat luar negara.
Masa sekolah dulu, paling-paling jauh aku masuk pertandingan maths pun cuma setakat peringkat negeri saja. Sebabnya tak cukup kuota. Yalah, bersaing dengan sekolah elit, SBP, MRSM lagi. Satu sekolah tu pula hantar bukan seorang dua wakil. Sampai berpuluh-puluh. Sampai sekolah aku yang sekolah biasa ni tak sempat nak daftarkan wakil.
"Yup. Lepas tanda soalan kuiz hari tu, only both of you saja yang dapat markah full. Sangat memberangsangkan since soalan hari tu bukan level sekolah menengah tapi level universiti. Congratulations. I'm so proud because both of you are from my classes."
Bibir aku kemam untuk tahan diri daripada menjerit teruja. Hohoho, aku ni memang gila sijil pun.
"Terima kasih, cikgu," ucap Isaac.
"Er, terima kasih juga cikgu," kataku perlahan. Terlupa pula nak berterima kasih. Teruja punya pasal.
"Good. So, until the next quiz, I will prepare some extra exercises for you to practice. Saya akan kumpulkan soalan-soalan past years sebab ada kemungkinan soalan lama akan di-recycle dalam soalan tahun ni."
YOU ARE READING
EVERISA
Teen FictionCompleted ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehidupan normal sebagai pelajar tapi sebaliknya pula yang berlaku. Di Sekolah Tengku Hossein, Hawa bert...