BUKU Anding Ayangan karya Ramlee Awang Murshid aku baca dengan penuh fokus. Ini baru kali pertama aku baca buku beliau tapi aku dah jatuh cinta. Memang aura penulis legend ni lain agaknya.
Apabila belakang tengkuk mula terasa lenguh, aku angkat kepala lalu memusingkannya ke kanan dan kiri beberapa kali.
Uh! Dah berapa lama aku tertunduk baca buku ni? Jam tangan aku kerling sekilas.
Aku start baca buku tadi dalam pukul 9.55. Sekarang dah pukul 10.37. Dah lebih empat puluh minit rupanya.
Hari ini aku puasa, jadi aku tak ke kantin seperti biasa. Kebetulan slot sebelum rehat iaitu Bahasa Melayu cikgu tak ada jadi dari pukul 9.30 lagi aku dah masuk dalam library. Tadi Maya pun ada di sini sebelum dia ke kantin untuk rehat.
"Hawa," panggil Nana, iaitu salah seorang rakan sekelasku. Tempat di sisi dia ambil.
"Dah habis jaga ke?" Nana merupakan salah seorang daripada tiga orang librarian dalam kelas aku dan hari ni dia bertugas jaga kaunter. Sebab tu aku tak risau lepas Maya keluar tadi sebab ada orang yang aku kenal dekat sini.
Nana menggeleng.
"Belum. Bagi aku minum air jap. Hauslah," balasnya sebelum sekotak air minuman Dutch Lady perisa coklat dikeluarkan daripada poket blazernya. Membulat mata aku tengok tingkah selamba dia tu.
"Weh! Mana boleh minum dekat sini," bisikku. Murid-murid lain yang diam membaca di dalam perpustakaan ini aku pandang.
"Shh! Senyap-senyap sudah." Hanya dengan itu, Nana terus menyedut susu coklatnya tanpa rasa bersalah.
Aku pula yang risau dia ni! Dia tu dahlah librarian, tapi dia pula yang buat kesalahan dalam library. Inilah orang kata bagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Harapkan pegar, pegar makan padi.
Ha, kan dah keluar peribahasa!
Prrt!
Bunyi air terpancut keluar buatkan aku memandang ke tepi.
"Weh, Hawa! Sorry!" Nana segera meminta maaf apabila dia tak sengaja terpicit kotak minuman tadi. Hasilnya, bertompoklah blazer blueblack yang aku pakai sekarang. Walaupun tak berapa nampak, tapi tetap kotor.
Aduh, nak marah tak sampai hati pula.
"Hawa, tukar blazer kejap. Bagi aku basuh blazer kau dekat tandas," tawar Nana.
"Eh, tak payahlah. Aku boleh basuh sendiri," tegahku.
"Mana boleh macam tu. Aku yang salah, akulah yang kena basuhkan. Bak sini," minta Nana lagi.
"Tak apa ke? Blazer kita colour lain-lain tahu?" Blazer librarian berwarna ungu gelap manakala blazer murid biasa pula ialah warna blueblack.
"Jangan risau. Lima minit je," pujuk Nana. Blazer di tubuhnya sudah siap-siap ditanggalkan.
Mahu tak mahu aku duduk menyembunyikan diri di sebalik meja sebelum blazer di tubuh aku cabut perlahan. Usai menukar blazer dengan Nana, aku bangun dan duduk balik di atas kerusi.
"Habis kau nak pergi toilet ni, kaunter tu siapa nak jaga?" Aku mengingatkan Nana. Kalau tengok muka dia yang macam baru teringat benda yang penting, memang dah sah-sah dia lupa.
"Allah! Macam manalah aku boleh tak ingat?"
"Sebab tu aku kata bagi aku basuh sendiri. Jom tukar balik." Bersungguh-sungguh aku tak mahu Nana basuhkan blazer aku. Entahlah, bagi aku tak payah pun rasanya dia tolong basuhkan.
"Eh, tak payah. Kau, mari sini ikut aku." Tangan aku Nana tarik ke arah kaunter.
"Eh? Kenapa aku kena duduk sini pula?" Tanyaku. Jangan cakap...
YOU ARE READING
EVERISA
Teen FictionCompleted ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehidupan normal sebagai pelajar tapi sebaliknya pula yang berlaku. Di Sekolah Tengku Hossein, Hawa bert...