THE Leaders?
Siapa saja di STH yang tak kenal nama tu? Rasanya mak cik kantin pun tahu The Leaders.
Menurut Hannah, The Leaders ni ialah sekumpulan pelajar yang memimpin murid-murid dekat sekolah ni. Kalau dekat sekolah lama aku, diorang dipanggil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
Kata Hannah lagi, The Leaders terdiri daripada tujuh orang murid. Lima lelaki dan dua perempuan. Awalnya aku persoalkan juga kenapa dua orang je perempuan? Perempuan tak layak ke jadi pemimpin?
Tapi lepas Reen bagitahu yang pemilihan The Leaders adalah tujuh puluh peratus daripada undi murid dan tiga puluh peratus undi guru-guru, aku terus senyap. Haha!
Tujuh jawatan yang ada dalam The Leaders ialah President, Vice President, Head of Dual, Head of Academic, Head of Sport serta dua jawatan biasa iaitu Setiausaha dan Bendahari.
Reen cakap yang Ellina ialah Setiausaha dalam The Leaders. Dan ramai yang menentang pelantikan Ellina sebenarnya sebab mereka nak orang lain yang jadi iaitu...
"What?!" Hampir terjojol mataku mendengar penerangan Reen dan Hannah.
"Tutup mata tu. Jatuh nanti kang," sampuk Maya yang sedang menghirup mi segera cawan.
"K-Kau. Maya, kau?!" Sekali lagi aku terjerit. Kepala aku pegang. Tak boleh terima dek akal.
"Iya, sayangku. Maya ni bukan batchmate kita. Dia ni tua setahun daripada kita. Ada faham?" Tasneem yang sedang membuat latihan Matematik bersuara.
"Aku tua beberapa hari je daripada kau," celah Maya. Tisu diambil untuk mengelap bibir.
Tasneem menggeleng. Malas dah mahu bercakap.
"Okey, okey. Biar aku digest dulu apa yang korang bagitahu tadi. First, Maya ni bukan batchmate kita? Dia sebenarnya dah form 5. Betul?"
Empat kepala mengangguk.
"And Maya jadi form 4 balik tahun ni sebab dia repeat form. Betul?"
"Yes."
"Tapi kenapa?" Maya yang sedang relaks menongkat kepala bertentangan denganku dipandang.
"First of all, aku tak nak satu batch dengan perempuan gila tadi tu. Second, sebab aku benci perempuan tu. Third, aku menyampah dengan perempuan tu. Fourth, aku nak keamanan daripada perempuan tu. Fifth–"
"Dah, dah. Aku rasa sampai sebab kesepuluh pun still sebab perempuan tu," sampuk aku. Penat nak dengar.
"Teng! Salah! Sebab kesepuluh ialah aku tak ada kawan dalam batch tu. Aku memang dari kecil suka berkawan dengan orang muda daripada aku. Maybe sebab aku lahir 31 Disember pukul 11.59 minit malam kut?"
Aku menggeleng. Seminit lagi terus masuk tahun baru.
"Boleh ke macam tu?"
"Apa susah? Papa Maya kan ramai cikgu kenal. Lagipun siapa je berani lawan si Maya ni?" Kata Hannah selamba.
Pap!
"Aduh! Kau ni selalu aim dahi aku! Nanti benjol kan dah tak licin," bebel Hannah. Dahinya yang baru ditampar Maya digosok perlahan.
"Padan muka," kata Maya dengan rasa tidak bersalah.
"Em, tapi Maya, siapa perempuan tadi tu?"
Maya yang sedang berbalah mulut dengan Hannah berpaling. Mukanya juga menjadi sedikit tegang.
Ha, sudah. Salah soalan ke ni?
"Dia anak tiri papa aku."
Hah?
"Anak tiri papa kau? Maksudnya..."
"Tapi dia bukan adik beradik aku. Sampai dah bercicit pun aku takkan mengaku dia tu kakak aku."
Aku angguk. Nampaknya diorang berdua ni memang ada dendam kesumat.
"Kau ceritalah. Aku malas nak ulang cerita sama. Buat sakit hati je." Bahu Reen Maya tepuk sebelum berlalu ke katilnya di tepi katilku. Telefon bimbitnya dibuka lalu bunyi game 'Subway Surfers' mula kedengaran.
Aku tengok pula ke arah Reen.
"Oh! Macam ni. Maya dengan Ellina memang tak pernah sebulu, dari form 1 lagi. Setiap tahun diorang selalu compete each other. Maya ni dulu selalu Top 10 dalam batch and Ellina pun sama. Dalam kokurikulum pula Maya ni join volleyball, Ellina pula budak olahraga," cerita Reen separa berbisik.
"Sebenarnya, before ni diorang punya gaduh tu gaduh secara sihat je, tapi sejak diorang form 3, jadi serius sebab Ellina fitnah Maya bayar cikgu untuk bagi markah tinggi dekat dia. Nak dekat sebulan jugalah rumor tu sampai ramai juga yang percaya. But at last, terbukti Maya ni innocent bila papa dia sendiri datang sekolah."
"Lepas tu masa form 4, tiba-tiba papa Maya nak kahwin dengan mama Ellina. Ellina of course dia happy, sebab papa Maya kan kaya? Maya lah yang menderitanya."
Aku tahu yang mama Maya dah lama tak ada, jadi tak pelik kalau papa Maya nak kahwin baru. Tapi kahwin dengan mak musuh? Uish! Itu memang menempa bala.
"After papa Maya kahwin tu, result Maya jatuh sikit. And dia selalu dibandingkan dengan Ellina. Kalau aku jadi Maya pun aku sakit hati oi. Sebab rasa tercabar, Maya naik balik sampai dia dapat Top 3 masa exam year-end tahun lepas. Tapi uncle tak ada pula puji Maya, bandingkan Ellina dengan Maya. Maybe sebab uncle nak jaga hati isteri baru dia kut."
Aku senyap berfikir. Kesiannya Maya. Maya yang sedang ralit bermain game aku lihat sekilas. Nampak relaks saja. Tapi aku tahu, mesti dia sebenarnya sedih.
"Setiap hujung tahun, akan ada poll untuk pilih ahli The Leaders. Dalam sepuluh orang calon, cuma tujuh je yang akan terpilih. And both Maya dengan Ellina termasuk dalam sepuluh calon tu."
"Jadi, Ellina yang menang?"
"Nope. Maya," jawab Hannah pula.
Aku mengerutkan kening.
"Maya?"
"Yes. Maya termasuk antara Top 7 yang dapat undian tertinggi. Ramai budak sekolah ni yang respect dia dari dulu lagi. Tapi nak dijadikan cerita, Ellina ni tak puas hati. Dia pujuk uncle untuk masukkan juga dia dalam The Leaders tu. Kan ada 30% undi daripada guru? Uncle ni, aku tak tahulah nak cakap apa, dia boleh minta tolong cikgu-cikgu yang dia kenal untuk undi anak tiri dia tu. Uh! Aku pula yang geram. At the end, Ellina lah yang terpilih." Reen menamatkan cerita.
"Habis Maya macam mana?" Bisikku.
"Maya relaks je. Dia tak nak sangat pun jawatan tu. Buat bertambah kerja je. Cuma kitorang tahu yang dia terkilan sebab papa dia pilih Ellina daripada dia yang anak kandung ni." Reen mengangkat bahu.
Hannah yang diam di tepi Reen mula menyampuk.
"Sebab tulah Maya masuk asrama tahun ni. Selama ni mana pernah dia duduk asrama. Tapi sebab nak lari daripada masalah, dia rela duduk sini daripada serumah dengan Ellina tu."
"Slowlah sikit suara tu!" Marah Reen.
"Maya tu nampak je biasa, ceria, gila-gila. Tapi dia sebenarnya banyak pendam benda," ujar Tasneem perlahan.
Aku bermain-main dengan pen di tangan. Kuatnya seorang Maya.
"Dah, kau jangan kesiankan dia. Tu benda paling dia benci, tahu?" Reen berpesan.
Kepala aku angguk.
Haih.
.
YOU ARE READING
EVERISA
Novela JuvenilCompleted ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehidupan normal sebagai pelajar tapi sebaliknya pula yang berlaku. Di Sekolah Tengku Hossein, Hawa bert...