76

1.4K 89 8
                                    

LAMBAT betul si Maya ni kalau nak pergi mana-mana. Lain kali kalau aktiviti start pukul tiga, aku kena cakap start pukul dua. Barulah tak terlambat.

"Maya, cepatlah!" Panggilku geram. Pintu bilik aku pegang dengan tangan supaya tak terkunci dari dalam. Malaslah pula nak buka balik. Kena selongkar beg yang dah macam poket Doraemon dulu baru jumpa kunci.

"Kejap!"

"Reen, Tas dengan Han dah sampai dewan tahu tak? Orang lain semua dah berkumpul. Kita je yang ada dekat bilik sekarang," bebelku lagi.

"Yalah, yalah. Nak siap dah ni." Maya yang baru siap terus ambil kasut sukan dari rak sebelum keluar dari bilik. Aku pula terus tutup pintu lepas Maya keluar. Suis lampu dengan aircond aku tak cek sebab akan automatik tertutup kalau tak ada orang dalam bilik.

"Lamanya kau bersiap. Kau buat apa je?" Bebelku semasa kitorang berjalan ke lif untuk turun ke bawah.

"Aku tukar bajulah. Ingatkan nak pakai baju putih tapi takut kotor pula," balas Maya. Tali kasut yang terlepas dia ikat sambil menunggu lif.

"Yang kau pergi pakai baju putih tu kenapa? Kita kan nak main treasure hunt hari ni?"

Petang ni, batch kitorang berpakat untuk main treasure hunt. Game ini akan disertai semua orang dalam batch kitorang memandangkan semua dah habis exam. Aku lah orang last tu. Orang lain habis dua minggu lepas lagi tapi aku baru habis minggu lepas. Huhu.

"Tahulah. Kau senyap." Maya isyaratkan zip mulut. Tak mahu dengar aku sambung ceramah lah tu.

Aku gulingkan mata.

Ding!

Terus kami masuk ke dalam perut lif selepas pintu terbuka. Butang 1 ditekan untuk ke lobi.

"Group game ni ikut kelas ke?" Tanyaku.

"Tak tahu. Tengok jelah dia buat macam mana nanti." Maya mencangkung untuk mengikat sebelah lagi tali kasut.

Selepas tu, kitorang dua-dua diam bergerak ke bangunan akademik. Sampai saja di dewan sekolah, dah ramai yang tengah menunggu di dalam.

"Awalnya sampai. Kenapa tak singgah dekat mart dulu?" Sindir Hannah.

"Jangan tanya aku. Tanya orang tepi aku ni." Aku tunjuk Maya.

"Tahu dah. Kalau tak lambat tu bukan Maya lah," sindir Hannah.

Maya angkat penumbuk.

"Nak ni?"

"Nak. Tak takut pun." Hannah mula mengusik. Maya pula makin orang usik, makin dia geram. Dikejarnya Hannah sekeliling dewan sampai semua orang tengok. Tak malu betullah dua orang ni. Aku yang naik segan.

"Aku tak kenal," kata Reen yang datang berdiri tepi aku.

Aku tersengih dan angguk. Aku pun tak nak mengaku kawan macam tu. Sampai berguling-guling atas lantai. Terlepas dari zoo mana ni?

"Kenapa tu?" Tas yang baru datang dari tandas bertanya. Hairan tengok Hannah dengan Maya yang tak habis-habis main kejar-kejar.

"Terlebih glucose," jawabku.

Tas pula cuma tergeleng kepala sebelum Hannah yang kebetulan lari melepasi dia ditarik.

"Eh?!" Hannah membrek terkejut.

"Dah, duduk diam-diam. Orang tengok ni," tegur Tas. Lengan Hannah dipeluk kuat tak nak bagi lari. Hannah pula dah meronta macam apa nak lari sebab nampak Maya yang dah nak sampai sini. Tapi jangan haraplah boleh lepas. Tas tu walaupun nampak lembut tapi tangan macam ahli gusti. Kuat.

EVERISAWhere stories live. Discover now