17

1.4K 86 0
                                    

AKU berjalan merentasi laluan yang panjang ini untuk ke makmal Biologi selepas keluar dari tandas. Aras kedua blok B ni memang agak sunyi sebab dikhaskan untuk aras makmal subjek elektif saja. Maksudnya, semua makmal Fizik, Kimia dan Biologi ada di sini. Aras ketiga pula ialah bilik-bilik tutorial, bilik-bilik subjek seperti bilik Matematik, Bahasa Melayu dan perpustakaan.

Susunan sekolah ni agak pelik sikit bagi aku tapi lama-lama aku dah terbiasa lepas diceramah Hannah sebab tak peka dengan sekolah sendiri.

Jadi, mari aku kongsikan. Dekat kompleks bangunan akademik ni ada lima blok yang dibina bersambung antara satu sama lain iaitu blok A, B, C, D dan Main Building.

Di blok A terletaknya bilik guru, surau guru, bilik kaunseling, bilik disiplin, kelas-kelas tingkatan menengah bawah dan makmal-makmal Sains.

Di blok B pula khas untuk kelas pelajar upper form bagi aliran sains tulen dan sastera. Cuma dekat aras tiga saja aku selalu terserempak dengan junior-junior sebab dekat situ ada bilik-bilik subjek dan library.

Dekat blok C pula terletaknya kelas-kelas aliran perakaunan dan seni visual. Bilik seni, muzium dan bilik galeri semuanya ada di blok C. Dan bila aku cakap blok C ni blok untuk budak-budak seni, memang banyak mural dilukis dekat dinding blok sana.

Blok D pula blok bebas. Di situ terletaknya bilik muzik, dewan teater, bilik-bilik kelab kokurikulum dan stor sukan. Dekat situ juga adanya makmal komputer, bilik SPBT, bilik pengawas dan lain-lain.

Dekat setiap blok A, B, C dan D juga ada bilik infirmary dan semestinya tandas.

Main Building pula seperti namanya, blok terpenting dekat sini. Di blok inilah terletaknya pejabat, bilik pengetua serta pentadbir, bilik mesyuarat, dua buah dewan peperiksaan, dewan kuliah, walk-in gallery yang formal dan sebagainya.

Dewan sekolah, surau utama dan auditorium pula dibina berasingan di antara blok B dan blok C. Di tepi kompleks bangunan akademik ini barulah tempat kantin dibina.

Okey, sampai di situ saja.

Sekarang ni aku dah lambat untuk ke kelas Bio disebabkan Cikgu Vee yang nak jumpa dengan aku dan Maya lepas habis kelas tadi. Cikgu nak jumpa kami untuk bagitahu info tentang kuiz matematik yang akan dilangsungkan dalam tiga hari saja lagi.

Lepas jumpa Cikgu Vee, aku ke tandas manakala Maya pula sudah ke makmal terlebih dahulu selepas aku suruh. Tandas dan lab Bio pula bukan main jauh, satu dekat utara, satu lagi dekat selatan. Toilet yang dekat dengan lab pula rosak dan masih dalam penyelenggaraan.

Semasa aku berjalan, tiba-tiba aku terdengar suara orang menjerit-jerit marah dari depan. Aku berhenti melangkah.

Disebabkan ini aras makmal, jadi aras ini memang selalu sunyi melainkan kalau ada kelas yang gunakan mana-mana makmal. Kelas aku pula cikgu selalunya gunakan makmal yang paling hujung. Setiap subjek sains tulen mempunyai tiga makmal tersendiri. Aku pun tak tahu kenapa banyak sangat orang yang bina sekolah ni buat makmal. Mungkin tak nak bagi clash antara kelas sebab form 4 dan form 5 masing-masing ada empat kelas science stream.

Bunyi yang aku dengar tadi datang dari tangga yang terletak lebih kurang sepuluh meter dari tempat aku berdiri sekarang. Perlahan-lahan aku berjalan mendekati sambil merapatkan diri ke dinding.

"Ergh! I hate you, I hate you!"

Siapa pula yang tengah melepaskan marah dekat tangga ni? Dahlah jarang orang guna tangga dekat sekolah ni sebab lebih senang guna lif. Jadi kawasan tangga memang selalu kosong.

Kepala aku jengukkan di sebalik dinding. Di depan mataku sekarang, ada seorang pelajar perempuan tidak berblazer yang sedang memegang sesuatu sambil menjerit seperti memarahi seseorang. Di tepinya ada sebiji tong sampah yang terbuka.

EVERISAWhere stories live. Discover now