PERLAWANAN tenis disambung walaupun slot PE dah habis. Kata Cikgu Amir, tadi dia dah negotiate dengan Cikgu Omar yang mengajar Sejarah kelas kami untuk swap slot. Maksudnya, slot PE hari Khamis nanti akan jadi slot Sejarah. Cikgu cakap dia nak habiskan game hari ni juga sebab jarang nak bertembung dengan dua kelas tu. Dua kelas lagi tu aku tak taulah pula. Maybe cikgu diorang pun buat benda samalah kut.
Maya yang sedang duduk di tepiku ralit mengelap peluh di mukanya.
Macam yang dia kata, dia menang! Bukan main bangga dia masa datang dekat aku tadi. Aku tahan je diri dari lempar botol air dekat dia.
Tapi tu baru first round. Final lepas ni, Maya kena lawan dengan wakil 5 Elite pula.
Perlawanan tadi macam ni. Untuk lelaki, first round 4 Elite lawan dengan 5 Elite. 5 Ace pula terus ke final sebab menang lawan osom.
Untuk perempuan pula, wakil kelas kitorang kena lawan dengan 5 Ace. 5 Elite pula terus ke final sebab kali ni diorang yang menang osom.
Kelas aku pula kalah kedua-dua permainan osom jadi kedua-dua kategori kena lawan first round. Siapakah wakil osom tu?
Tidak, anda salah.
Orangnya ialah Cikgu Amir.
Pasrah sajalah Maheer dan Maya.
Sekarang giliran wakil lelaki kelas 5 Ace lawan dengan 5 Elite. Sorakan yang paling kuat aku rasa berbanding tadi. Nak tahu kenapa?
Sebab ada seorang Noah di tengah-tengah court tu. Classmates aku pun join sokong dia. Betullah apa yang Hannah cakap hari tu. Noah memang popular dekat sekolah ni. Tengok tu. Sempat lagi dia buat flying kiss sebelum buat serve.
Budak-budak ni apa lagi? Menjeritlah.
Aigoo.
Aku makin lama makin tak percaya yang Noah ni ahli The Leaders. Kan Reen dengan Hannah cakap The Leaders ni tegas, garang, tak mesra alam apa semua tu?
Tapi si Noah ni, macam, terlebih mesra adalah aku tengok. Walaupun aku sebenarnya nak cakap dia ni gatal. Ada tak perkataan yang lebih sedap didengari selain daripada gatal?
Boleh pula dia wink dekat classmates aku? Telinga yang rasa berdesing dengan jeritan budak-budak ni aku tutup dengan tangan.
"Noah ni kalau dengan aku memang tak lama," bebel Maya di tepiku.
Aku angguk. Kalau Evan buat perangai macam Noah ni, aku tak mengaku kembar. Halau rumah!
Baru saja nak berbual dengan Maya, tiba-tiba budak-budak di court ini berhenti bersorak. Sampaikan player dekat tengah court pun berhenti main.
Aku pun pelik. Kepala aku julurkan ke tepi sedikit untuk tengok ada apa dekat depan ni.
Erk!
Tu bukan ke, The Leaders?
Satu, dua, tiga, empat, lima, enam. Campur Noah, cukup tujuh!
Dan bila aku cakap cukup tujuh, Ellina pun ada di situ. Dari jauh lagi aku nampak dia tengah jeling aku dengan Maya. Aku buat tak tahu je. Buat-buat tak kenal.
Well, why should I care about her?
"Kenapa kau tak pergi meeting?" Suara seorang daripada mereka kedengaran. Sebenarnya suara dia biasa je tapi disebabkan suasana court yang sunyi tiba-tiba, satu court boleh dengar suara dia.
"Siapa tu, Maya?" Aku berbisik.
"Rayhan." Maya berpeluk tubuh. Jam di tangan dilihat.
Okey, satu markah untuk rupa!
YOU ARE READING
EVERISA
Teen FictionCompleted ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehidupan normal sebagai pelajar tapi sebaliknya pula yang berlaku. Di Sekolah Tengku Hossein, Hawa bert...