69

1.3K 90 4
                                    

SPORT'S Day.

Selepas lebih seminggu bertungkus-lumus membuat persediaan, hari ini akhirnya tiba. Semua murid tak kira yang join acara atau tak dikerah untuk menyempurnakan hari ni.

Aku tarik topi yang menutup kepala. Panaslah pula. Walaupun pagi, tapi bahang matahari tu betul-betul terasa.

"Hawa," panggil Hannah.

Aku pusing kiri. Ada Hannah yang berbaju rumah Wolf tengah pegang dua cawan aiskrim.

"Nah." Satu cawan tu dia hulurkan.

"Kau beli ke?" Tanyaku sambil mengambil aiskrim tu. Nampak mahal. Nasib baik Hannah pilih perisa coklat. My favourite ni.

"Tak. Dia bagi free untuk semua murid. Seorang boleh ambil dua cawan."

Aku angguk faham sebelum mula menyudu aiskrim tadi.

Em, sedap!

"Tas mana?" Tanyaku.

"Tadi rasanya dia kena panggil. Semua atlet kena berkumpul bawah khemah urusetia dulu untuk daftar."

Aku angguk lagi. Tas dan Maya akan jadi rival hari ni dalam acara lontar peluru dengan lontar lembing under 18. Manakala Reen pula akan masuk 100m, 200m, 400m dan 800m. Hampir semua acara solo hari ni Reen yang ambil untuk rumah sukan kitorang.

"Wolf hantar siapa balapan?" Tanyaku.

"Ramai. Tapi 100m dengan 200m Ellina nak. Katanya nak tunjuk skill sebenar," jawab Hannah sambil buat rolling eyes.

Ya, Ellina ahli rumah Wolf. Maksudnya, Ellina satu rumah sukan dengan Isaac.

Aku telan liur bila teringatkan bet tempoh hari. Tapi aku percaya yang Reen akan menang sebab selama ni pun mana pernah dia kalah dengan Ellina, kan?

"Tak payahlah cakap pasal dia. Ni, kau tahu tak flow aktiviti hari ni?"

Aku geleng.

"Tak. Memang tak ada taklimat apa-apa ke?"

"Mana ada. Apa yang sekolah buat tahun ni sama je dengan tahun-tahun lepas. Pagi ni, dia start dengan 100m untuk both under 18 dengan under 16. Yang ni memang tradisi sekolah ni untuk start Sport's Day dengan 100m."

"Then, lompat tinggi, lompat kijang, lonpat jauh, lontar lembing, lontar peluru dengan lempar cakera. Yang ni dia buat sekali terus sebab ramai yang masuk lebih satu acara."

Aku angguk faham. Contohnya macam Maya dengan Tas lah.

"And then sambung acara renang dengan chess. Lepas tu rehat dua jam. Masa ni, semua House kena get ready untuk acara perbarisan kawad kaki. Habis je rehat, terus kena buat perbarisan. Lepas tu, baru sambung 400m, 800m, 1500m dengan 200m. 200m acara last untuk hari ni."

"Esok pula sambung relay 4x100 dengan 4x400. Lepas tu, game macam badminton, skuasy dengan tenis. Last sekali, futsal sebelum acara penutup. Tapi medal dengan pengumuman House yang dapat nombor satu dia buat nanti acara penutup bulan koku. Tahun ni sekolah dah kurangkan acara sebab masa singkat. Sebabnya lepas Sport's Day ni ada banyak lagi tournament luar. Contohnya macam match netball dengan hoki. Basketball pula tak silap aku ada juga tapi tak sure bila."

"Match netball bila?" Tiba-tiba teringatkan Reen.

"Rasanya seminggu lagi kut. Sebab tu bulan ni macam busy gila. Banyak benda buat serentak," jawab Hannah.

"Faham, faham."

Dada yang berdegup kencang aku cuba tenangkan.

Acara 100m ialah acara first lepas ni. Aku harap Reen menang. Dan kalau Reen kalah pun, masih ada acara 200m petang nanti.

EVERISAWhere stories live. Discover now