29

1.3K 80 1
                                    

"HAWA."

Maya yang tiba-tiba menegurku semasa masuk ke dalam bilik aku pandang. Nampak kalut je. Kenapa pula dia ni?

"Hm?" Kening aku angkat. Mulutku penuh dengan biskut. Lapar walaupun baru tadi makan lunch. Kitorang lunch berdua je tadi sebab Tas dengan Han, cikgu diorang ada suruh stay kelas kejap. Reen pula tak balik bilik terus sebab ada latihan netball petang ni. Jadi sekarang kitorang berdua je. Cuma tadi Maya keluar kejap pergi basuh baju dekat dobi.

"Kau okey?" Badanku yang tengah duduk di meja belajar diperiksanya. Eh, eh? Apa raba-raba orang ni?

Aku telan biskut di dalam mulut sebelum bersuara.

"Apa benda kau ni? Nak buat inspection ke apa?" Tangannya yang menyentuh lenganku aku tolak lembut. Maya tarik kerusi Tas di tepiku sebelum melabuhkan duduk. Kerusi beroda itu dirapatkan dengan kerusiku sebelum dia bersandar sambil memeluk tubuh.

"Kau memang rancang nak rahsiakan daripada aku, kan?" Marahnya tiba-tiba.

Ha, ini kenapa pula ni? Rahsiakan? Rahsiakan apa? Apa je rahsia yang aku ada? Selain daripada...

Huh?!

Mataku membulat. Jangan-jangan, Maya dah tahu rahsia pasal IQ aku tu, tak? Tapi macam mana dia tahu? Rayhan ke yang bagitahu Maya? Kalau betul Rayhan yang pecahkan rahsia, memang sumpah aku tak mahu dah tolong dia dengan Maya lepas ni. Dasar!

"R-Rahsia apa?" Tanyaku dengan tergagap-gagap.

Maya mengecilkan mata memandangku. Aku pula dari tadi tak habis-habis telan liur. Mesti dia nampak sebab aku tak bertudung sekarang. Habislah aku.

"Jadi betul lah kau ada rahsiakan something daripada aku?" Keningnya diangkat seperti mendugaku. Maya ni, masa kecil-kecil dulu ada cita-cita nak jadi detektif ke?

"Ma-Mana ada," balasku. Aku pusing sedikit sebelum bibir aku tampar. Yang pergi tergagap-gagap tak habis-habis ni kenapa? Obvious sangat lah kau ada rahsiakan sesuatu daripada dia, Eve!

"Aku tak percaya. Bagitahu aku, dah berapa kali Ellina serang kau?"

Krik. Krik.

Mataku terkebil-kebil memandangnya yang masih memeluk tubuh. Ellina? Maya tengah cakap pasal Ellina ke sekarang? Bukan pasal rahsia yang satu tu?

"Tolak yang dia serang kau dekat kantin hari tu, bila lagi dia serang kau?" Tanyanya serius.

Aku pandang jam di dinding. Tiga ketul tu tak mahu balik lagi ke? Aku dah seram sejuk kena soal siasat dengan hakak inspector-wanna-be ni.

"Eve Nur Hawa," panggilnya meleret. Jangan suka sangat! Dalam panggilan lembut dan meleret dia tu, tersembunyi satu amaran yang tak boleh diendahkan. Maya ni, garang tahu?

"Apa?" Bibir aku muncungkan. Tak sukalah kena marah ni. Satu-satunya orang yang aku boleh terima bila membebel dekat aku cumalah Evan je. Ibu pun tak membebel dekat aku, tahu? Dia cubit je terus. Tahu dah satu-satunya anak dara dia ni tak suka ditazkirahkan panjang-panjang. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri juga akhirnya.

"Jangan buat muka kesian macam tu. Aku serius, ni!" Mata Maya yang dah besar tu lagi dibulatkan. Seram mak.

"Tak lah. Kenapa nak marah-marah aku? Buat lek je lah," cebikku. Aku kalau dengan Maya atau Tas memang automatik jadi Hannah 2.0. Manja! Sebab diorang berdua je aku rasa lagi matang daripada aku. Reen dengan Hannah? Heh, fikirlah sendiri. Haha.

"Buat lek? Hawa, orang yang kita tengah cakap sekarang ni ialah Ellina Marissa, tahu? Ellina. Perempuan yang dari form 1 lagi kerja nak cari pasal je dengan aku," marah Maya. Tangan yang memeluk tubuh dia letakkan di atas tempat letak lengan pula.

EVERISAWhere stories live. Discover now