SHOO!
Aku kerutkan muka tengok seorang senior lelaki yang turun dari menara flying fox. Laju betul.
Tangan aku letak atas pagar yang jadi penghadang atas bukit ni. Aku tengok bawah. Ada beberapa orang yang dah siap flying fox tengah tanggalkan alat keselamatan dekat atas tanah rata tepi tasik. Kawasan ni je yang ada tanah dekat bawah, tapi kawasan lain semua turun je terus masuk tasik. Mungkin dikhaskan sebagai tempat mendarat untuk permainan ni.
Tengok kanan. Ada menara flying fox yang agak jauh dari tempat aku berdiri sekarang. Menaranya agak kebelakang daripada tempat pagar. Ada beberapa orang dekat atas sana yang tengah bersedia untuk meluncur turun.
Gulp!
"Hawa, kitorang nak naik dah ni. Kau nak join tak?" Tanya Nana yang baru datang. Di tangannya dah ada satu topi keselamatan.
"Haah. Nak naik tak?" Tanya Maya pula.
"Siapa je naik?" Tanyaku.
"Aku dengan Nana confirm. Rizqa ada acrophobia," jawab Maya.
"Kau ada acrophobia, Rizqa?" Tanyaku kepada Rizqa.
Rizqa angguk.
"Dari kecil lagi weh. Tapi tak adalah teruk sangat. Kalau tak, aku tak boleh naik sini," jawabnya. Kalau tengok dia sekarang pun boleh tahu yang dia tak suka tinggi. Berdiri punya jauh dari pagar.
Aku angguk faham.
"Kau, Hawa?" Tanya Maya.
Aku diam berfikir. Aku nak naik, tapi aku gerun. Biasalah, orang tak pernah naik lagi kan?
"Tak nak?" Tanya Nana.
"Tak kut. Korang naiklah. Aku tunggu sini dengan Rizqa," putusku.
"Serius? Rugi tahu tak try," pujuk Maya.
"Aku takutlah." Perlahan aku bersuara.
"Tak apalah kalau tak nak. Nanti aku ambil video, eh? Aku ada bawa GoPro." Kamera yang dipasang pada topi Nana tunjuk.
"Seriuslah kau bawa GoPro?" Tanya Rizqa.
Aku pun terkejut juga. Kamera yang terpasang pada topi Nana aku sentuh sikit. Mesti mahal ni, kan?
"Haah. Lagipun aku memang dah selalu buat flying fox ni. Rasa rugi juga kalau naik selalu tapi tak ada gambar ke video jadi kenangan," katanya.
Ouh, macam tu.
"Maya!"
Kami semua berpaling, bukan setakat Maya je. Nampak Rayhan yang tengah berjalan dengan Isaac dan Seif. Ada Zayyan dengan Zayyad juga di belakang diorang.
"Nak naik dah ke? Jomlah sekali," ajak Seif. Dia senyum tegur Nana dengan Rizqa. Orang mesra alam, kan? Aku rasa dia kalau jumpa pokok, pokok pun dia tegur.
Nana pula dah tersenyum-senyum malu bila ditegur. Aku senyum lucu. Minat Seif ke ni? Habislah, Hannah. Dah ada pesaing sekarang.
"Haah. Tapi kitorang dua orang je. Aku dengan Nana," jawab Maya.
"Hawa?" Tanya Rayhan.
Aku geleng laju. Tak mahulah.
"Takut?" Isaac yang datang berdiri di tepiku bertanya. Selamba dia je duduk di atas pagar. Lepastu dia siap goyang-goyangkan kaki lagi.
"Eh, jangan! Nanti jatuh," tegahku.
Isaac senyum senget.
"Tak tinggi mana pun bukit ni," katanya selamba.
YOU ARE READING
EVERISA
Teen FictionCompleted ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehidupan normal sebagai pelajar tapi sebaliknya pula yang berlaku. Di Sekolah Tengku Hossein, Hawa bert...