64

1.3K 86 0
                                    

HARI Ahad. Hari bersekolah.

Dua hari lepas kejadian yang menggegarkan satu STH iaitu pergaduhan antara presiden murid dengan seorang pelajar popular yang dicop sebagai pelajar bermasalah.

Disebabkan perempuan.

Iaitu aku.

Aku tak tahu apa yang dah tersebar dekat mulut students dan cikgu-cikgu sebab lepas je daripada kejadian tu, Maya bagitahu cikgu bubarkan kumpulan tu dan suruh masuk kelas masing-masing. Aku pula lepas kejar Wyatt memang tak nampak kelibat dia dah. Bila tanya Noah, dia cakap Wyatt dah balik naik motosikal dia.

Aku risau. Takut bila dia bawa motor dalam keadaan marah. Tapi malam tu dia ada chat aku yang dia dah okey dan dia minta maaf.

Lepas tu, bila masuk kelas aku dah boleh rasa pandangan serong classmates aku sendiri dekat aku. Mesti diorang fikir, apa je yang aku ada sampai dua pelajar popular sekolah gaduh sebab aku?

Aku pun tak tahu.

Dan sekarang, aku, Maya, Reen, Hannah dengan Tas sama-sama on the way untuk ke kelas. Tali beg sekolah aku genggam erat-erat. Walaupun cuma ada kitorang je dalam lif sekarang, tapi aku takut nak hadap orang lain dekat luar sana.

Satu gosokan di bahu menyedarkan aku daripada lamunan. Tas.

"Jangan risau, Hawa. We'll go through this together. Kitorang ada dengan kau," pujuknya lembut.

Aku gigit bibir dan angguk. Tahu kawan-kawan aku akan sentiasa ada dengan aku. Kalau tak ada diorang, memang dah lama aku ponteng kelas hari ni. Tak sanggup nak tunjuk muka.

Aku juga dah cerita tentang apa yang jadi sejak buka sekolah dekat kawan-kawan aku. Tolak kes Isaac peluk Ellina sebab tu hal peribadi dia. Dan macam yang aku jangkakan, Maya dengan Reen dah prepare nak pergi belasah Isaac tapi cepat-cepat dihalang yang lain. Dua orang tu memang, apa-apa masalah serang je terus. Tak fikir baik buruk dah.

Nasib baik ada Tas yang cool dan tenang  dengan Hannah yang tak sukakan kekerasan. Aku pula yang paling neutral dalam group kami. Tak terlalu kasar dan tak terlalu lembut.

"Kalau ada yang cakap buruk-buruk pasal kau, buat tak tahu je. Diorang tak tahu cerita sebenar, " pesan Reen pula.

"Hm."

"Ish, janganlah down macam ni!" Hannah peluk bahu aku.

"Okey? Cuba senyum sikit." Hannah tolak hujung bibir aku dengan jari telunjuk dengan ibu jari. Panjang sampai tertarik ke tepi. Sakit oi.

Ngap!

Aku gigit jari dia sikit.

"Au!" Cepat-cepat Hannah buat lari tangan dia dan diusap.

"Kau ni, Hawa. Suka menggigit tahu? Nak jadi zombie ke?" Rajuknya.

Aku senyum tak bersalah.

"Ha, kan cantik senyum macam tu. Tapi ikhlas lah sikit." Tas tolak bahu aku dengan bahu dia.

Aku gelak saja. Ikhlas tak ikhlas, sakit oi kena dengan Hannah tadi. Memang dah jadi definisi senyum sampai ke telinga.

Ding!

Terus muka aku jadi pucat lesi. Air liur aku telan untuk tenangkan diri. Tangan automatik bergetar.

"Kitorang ada. Jom." Maya peluk lengan kiri aku dan bawa aku keluar lepas Hannah dengan Tas dah berjalan keluar. Reen pula berjalan tepi aku yang satu lagi.

Masuk je hallway kawasan menunggu lif ni, dah ramai form 4 lain yang berada di situ. Dan bila kitorang muncul, terus semua pakat jeling-jeling dan bisik-bisik.

EVERISAWhere stories live. Discover now