37

1.3K 86 0
                                    

"KENAPA kau tak nak balik? Papa setiap minggu tunggu kau balik, tahu?"

"Ya. Risa dah tak nak jumpa papa ke, princess?"

"It's not like that."

"Habis tu?"

Maya diam. Dia pandang aku yang diam bersila di hadapannya. Hanya kami berdua saja dalam bilik sekarang, jadi Maya buka speaker phone untuk bagi aku dengar sekali. Katanya untuk tahan dia lepaskan kata-kata yang biadab kalau dia dah tak boleh nak sabar.

"Maya, hari-hari tahu papa tunggu kau balik. Ibu pun dah rancang nak masak favourite dish kau kalau kau balik. Aku pun nak jumpa kau juga dekat rumah. Boleh kita buat sleepover sama-sama. Mesti seronok, kan?" Dengar suara ceria Ellina di sebalik talian.

Aku dan Maya saling berpandangan. Inilah sebab kenapa Maya buka speaker. Sebab papa Maya pun buka speaker juga dan Ellina pun ada dalam perbualan.

Maya diam malas menjawab.

"Papa," panggil Maya perlahan.

"Yes, princess?" Dengar suara terharu papa Maya menyahut panggilan puterinya.

"Can I talk with you only?" Pinta Maya.

Senyap di sebelah sana. Kedengaran suara papa Maya dan Ellina tengah bercakap-cakap tapi tak jelas.

"Yes, papa dah tutup speaker ni, sayang. Princess papa nak cakap apa?"

Sunyi tanpa balasan.

Maya ketap bibir sebelum bersuara.

"Tak boleh ke Risa nak kita yang dulu?" Penuh sebak suara Maya.

Aku tahan air mata yang dah berkumpul di birai mata daripada menitis. Ya Allah, aku tak kuat tengok Maya nangis.

"A-Apa maksud princess? Kita yang dulu? Are we different now?"

"Very." Halus bisikan Maya.

Diam. Aku dengar bunyi helaan nafas daripada sebelah sana.

"How? Macam mana papa boleh kembalikan kita yang lama? Sebab papa tak rasa hubungan kita ada apa-apa masalah, princess. You're still my princess."

"Tak ada apa-apa?" Maya tergelak lemah. Matanya yang dah berkaca-kaca dibiarkan.

"What do you mean, Risa?"

"Papa, you are really clueless, aren't you?" Setitis air mata Maya jatuh ke pipi. Cepat-cepat aku ubah kedudukan di tepi Maya dan pegang bahunya.

"What is it? Is it about Ellina? Princess, kakak Risa tu baik sangat, sayang. Every day dia akan update aktiviti Risa walaupun both of you tak sekelas. She told me that dia selalu nampak Risa macam tak suka duduk dekat sekolah tu sekarang. Risa nak tukar sekolah ke? I can do it if you want me to."

Maya tergelak tak percaya.

"She told you that?"

"Yes, hari-hari dia cakap Risa tak happy dekat sekolah. Banyak pressure. Kalau dia nak tolong, Risa pula marah-marah dia. Niat kakak baik, Risa. You should try to accept her as your sister."

"And you trust everything that she told you?"

"Kenapa, princess? Tak kan El nak tipu sayang? Dia bukan orang macam tu."

"Then, go on. Teruskan percayakan dia. Perempuan talam dua muka tu." Penuh kebencian Maya berkata. Tangannya bergegar hebat. Sangat marah dengan fitnah yang Ellina lemparkan kepadanya.

EVERISAWhere stories live. Discover now