78

1.7K 109 18
                                    

Seperti yang dijanjikan, new update since it's weekend oredi ;)

.

"KENAPA rahsiakan semuanya daripada ibu?"

Aku diam bermain dengan jari. Selimut hospital yang membalut separuh badan aku tarik-tarik benang dia. Tapi tak nak tercabut pun. Selimut hospital swasta memang berkualiti tinggi agaknya.

"Akak, ibu tanya ni."

Aku muncungkan bibir. Ibu yang duduk di atas kerusi tepi katil aku tengok.

"Akak tak tahu pula dia ada masalah mental. Selama ni kitorang gaduh gitu-gitu je. Macam budak-budak lain." Aku cuba membela diri. Mana aku tahu yang Ellina tu ada penyakit mental. Dekat sekolah pun dia nampak normal je.

"Dah banyak kali ke budak tu serang akak?" Tanya ayah pula. Epal yang dah siap dikupas dihulurkan kepadaku.

"Tak pun." Epal tadi aku gigit besar sampai penuh mulut. Sebenarnya boleh je gigit kecil-kecil. Tapi kalau mulut penuh ni tak sepatutnya bercakap, so nanti ibu dengan ayah tak boleh tanya macam-macam dekat aku. Bijak tak saya?

"Tak pun? Maksudnya dia pernah lah serang akak selama ni?"

"Em! Taghi ak agak un."

Ibu tepuk paha aku geram.

"Ish, habiskan epal tu dulu. Tak senonoh betul anak dara seorang ni."

Aku tahan rasa nak tergelak. Anak dara seorang ni? Maksudnya ibu ada lagilah anak dara lain? Siapa lagi kalau bukan Evaniah Nuha Haidani?

Oh, bercakap pasal Evan kan, dia tahu ke pasal apa yang jadi hari ni?

Gulp.

Aku telan habis sisa-sisa epal dalam mulut.

"Evan tahu, bu?"

"Tak. Ibu tak nak dia risaukan akak. Lagipun sekarang dia tengah exam akhir tahun."

Aku angguk faham.

"Bila ibu dengan ayah sampai?" Tadi lepas bantuan keselamatan sampai, aku dengan Maya dihantar ke unit kecemasan. Maya sebab kecederaan teruk yang dia alami manakala aku pula sebab sesak nafas tiba-tiba. Tapi sekejap je. Lepas dapat rawatan, aku dah okey tapi doktor suruh stay dekat hospital dulu malam ni untuk pantau tahap kesihatan aku. Lepas masuk wad, aku terus tidur sebab efek ubat. Bangun-bangun je ibu dengan ayah dah ada dekat dalam.

"Lima minit before akak bangun. Ibu dengan ayah naik flight, tahu? Bukan boleh percaya sangat ayah nak drive kalau tengah risau. Takut salah masuk lane orang lain je."

"Mestilah ayah risau dekat anak ayah ni." Kepala aku yang berbalut tudung sarung hitam diusap ayah penuh kasih sayang. Ayah ni, buat orang nak nangis je. Nanti besar aku nak cari suami yang soft-spoken macam ayahlah. Untung bakal anak-anak aku nanti.

Eh?

Oi, ekau tu SPM pun tak lepas lagi. Ada hati nak fikir pasal kahwin.

"Kawan akak macam mana?" Aku teringatkan Maya. Masa sebelum masuk wad tadi Maya still dalam rawatan. Lama juga aku menunggu tapi disuruh pengetua masuk wad untuk rehat.

"Okey. Dah stabil cuma belum sedar je lagi."

"Alhamdulillah." Aku raup muka penuh syukur. Teruk juga kecederaan Maya tadi. Setakat yang aku sempat tengok tadi, dah teruk Maya kena pukul dengan Ellina. Sebelum tu? Entah apa yang dia buat dekat Maya.

"Macam mana budak sekolah boleh terfikir nak buat benda macam tu?" Bebel ibu.

"Dia sakit, sayang. Mungkin dia ada masalah yang buat dia tertekan dan lead to masalah mental," tegur ayah. Bahu ibu yang tegang diusap lembut.

EVERISAWhere stories live. Discover now