"SETIAP tahun sekolah ni akan ada satu group khas untuk lead students. Every year akan ada tujuh orang murid yang dipilih melalui undian. And diorang boleh pilih nama sendiri, jadi maksudnya setiap tahun nama group ni lain-lainlah. Macam tahun lepas nama diorang MPP. Biasa je kan? Tahun sebelum tu, HSC. Head of Students' Council."
"Cuma tahun ni, entah kenapa diorang pilih nama The Leaders. First time kitorang dengar tu, memang ramai lah yang boikot sebab macam over. Tapi bila tengok balik ahli diorang, semua pakat senyap." Hannah menghentikan cerita. Coklat panas dihirup sedikit untuk menghilangkan dahaga.
"Kenapa?" Tanya aku. Bantal besar yang disandarkan pada tiang katil Maya aku betulkan untuk jadi tempat bersandar. Sekarang ni, kami berlima tengah berkumpul di meja jepun selepas semua menyiapkan kerja sekolah. Balik saja dari kelas, kami semua berpakat nak bercerita pasal apa yang jadi dekat kantin tadi. Lepas habis rehat tadi, puas aku tenangkan Maya daripada pergi serang Ellina. Bukan main marah dia bila ada orang sentuh kawan-kawan dia ni. Hoho, aku terharu.
"Macam mana eh nak cakap? Kau bayangkanlah eh, budak-budak top, yang memang berpengaruh besar dekat sekolah ni, jadi badan kepimpinan. Lepas tu pula masing-masing ada rupa, tegas, garang dan tak mesra alam dengan budak lain. Kau rasa kau berani tak nak lawan budak-budak macam tu?" Hannah memberi contoh.
Aku berfikir sekejap. Eleh, kalau macam tu, aku pun tak berani.
Geleng.
"Tak. Aku sayang nyawa aku," jawabku.
"See? Macam tulah kitorang rasa. Itu baru tak ada Maya. Kalau ada Maya? Kebaboom!"
"Aku pula yang kena? Malaslah nak duduk dengan diorang tu. Bosan. Dahlah banyak kerja," komen Maya selamba. Pengetip kuku diambil dari atas meja sebelum dia mula mengetip kuku di atas lantai.
Hannah mencebik. Dah tahu dah si Maya ni, mana suka buat kerja berat-berat.
"Ha, sambunglah. Jadi siapa tujuh orang tu?" Tolak Ellina dan ha! Noah!
Uish, aku still tak boleh brain Noah yang perangai gila-gila tu ahli The Leaders.
"Reenlah cerita. Kering tekak." Tanpa rasa bersalah Hannah menolak tugasnya kepada Reen.
"Aku pula?" Reen tunjuk diri.
Hannah angguk. Dia dah malas nak bercerita.
"Kenapa bukan Tas?" Tasneem yang diam di tepi ditunjuk. Terkejut Tasneem dibuatnya. Dia elok-elok tengah main handphone, tiba-tiba kena.
"Tak mahulah. Aku bukan tahu sangat pun pasal diorang," dalih Tasneem. Betullah, dia mana berminat dengan kumpulan tu. Kenal sikit-sikit bolehlah.
"Fine," keluh Reen. Air kosong diminum seteguk dua sebagai persediaan. Aku pula dari tadi menunggu bila nak start cerita ni.
"Aku start dari bawah eh. First, bendahari. Nama dia... Apa dah nama dia?" Hannah di tepinya disoal.
Aku tepuk dahi. Aku ingatkan dia kenal.
"Ish, kau ni! Tak boleh harap lah," kutuk Hannah.
"Alah, aku ni memang kurang nak ingat nama orang ni. Lagi-lagi yang tak rapat." Reen membela diri.
"Qaayed Hayyan." Maya yang sudah siap mengetip kuku bersuara. Tengok tu, orang tu dah siap dah pun ketip kuku, tapi si Reen ni cerita pun tak gerak lagi.
"Ha, Qaayed Hayyan. Qaayed ni bendahari. Dia ni macam kau dengan Hannah lah, student aca. Tapi disebabkan dia aktif dalam persatuan, so dia bolehlah join The Leaders ni," cerita Reen lancar.
YOU ARE READING
EVERISA
Teen FictionCompleted ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehidupan normal sebagai pelajar tapi sebaliknya pula yang berlaku. Di Sekolah Tengku Hossein, Hawa bert...