HARI ni hari Selasa ketiga untuk latihan sebelum kuiz matematik diadakan. Aku dah siap menunggu di pondok di tepi padang hoki sekolah. Disebabkan hari ni Cikgu Vee ada hal, jadi cikgu tak dapat stay dekat sekolah sampai petang. Oleh itu, aku dengan Isaac pun terpaksalah study berdua saja hari ni. Dan kitorang berpakat nak study dekat pondok ni saja sebab lepas ni Isaac ada latihan hoki pula. Aku pun baru tahu yang Isaac ni kapten hoki sekolah. Bukan biasa-biasa dia ni. Dah berapa jawatan dia kaut bawa lari. At least tinggallah sikit dekat orang lain. Bertabahlah batchmates Isaac. Merit kokurikulum yang tinggi-tinggi semua dia yang dapat.
"Hawa, yang ni macam mana?"
Aku menoleh memandang Maya di sebelah. Buku latihan Kimia yang ditolak ke arahku aku baca sebelum diterangkan kepadanya.
Apa pula Maya buat dekat sini? Jangan lupa yang bila lelaki dan perempuan berdua-duaan, akan ada yang ketiga iaitu syaitan. Tapi kali ni, tak ada syaitan. Ada Maya je. Walaupun kitorang berada di tempat terbuka, tapi tetap tak elok untuk aku dan Isaac duduk berdua saja. Lagipun padang hoki ni kosong dan sunyi sekarang. Aku hormat pendirian Isaac yang minta aku bawa kawan untuk jadi peneman petang ni sebab aku pun berfikir benda yang sama.
Sudahnya, aku heret Maya ke sini untuk temankan aku. Itu pun lepas puas aku merengek merayu, barulah dia datang. Tapi dengan syarat aku kena belanja dia esok. Boleh je, Maya. Aku belanja makanan kantin. Hoho. Makanan kantin kan dah termasuk dalam yuran tahunan? Free lah jawabnya.
"Oh, faham. Thank you, thank you," katanya sebelum diam menjawab soalan yang seterusnya.
Aku pula dah bosan menunggu pak cik seorang tu. Selalunya aku yang lambat, tapi kali ni dia pula yang lambat daripada aku. Nak buat latihan dulu, awal-awal lagi Cikgu Vee dah pesan untuk buat sekali. Katanya soalan kali ni perlukan gabungan lebih daripada satu otak untuk diselesaikan. Maksudnya, kena berbincanglah. Gitu.
Kertas yang Cikgu Vee bagi pagi tadi aku belek-belek sedikit. Nampak macam lebih complicated soalannya berbanding soalan yang cikgu pernah bagi sebelum ni tapi tak adalah susah sangat. Ish, aku dah gatal tangan nak buat ni. Manalah Encik Isaac Haqqani ni?
"Sorry lambat."
Panjang umur. Isaac yang baru datang meletakkan begnya di atas kerusi yang kosong sebelum tempat di depanku diambilnya.
"Kenapa lambat?" Tanyaku.
"Aku tunggu– Eh, Maya. Buat apa dekat sini?" Maya di tepiku ditegurnya.
"Teman Hawalah. Aku tak percayakan kau," jawab Maya selamba.
Aku pula dah tepuk lengan Maya geram. Ada pula cakap macam tu.
Isaac pula cuma mengangguk. Chill saja walaupun tiba-tiba dituduh Maya. Maya ni, macam nak cakap yang Isaac ni lelaki tak bermoral saja.
"Dah lama dah ke kau tunggu?" Tanya Isaac lagi sambil mengeluarkan barang-barangnya. Sejak kitorang hampir setiap hari berjumpa ni, rasa janggal tu makin lama dah makin hilang. Isaac pun dah banyak cakap dengan aku.
Aku pula? Jangan tanya, rasanya tak payah cakap pun dah boleh tahu. Walaupun hari ni baru Selasa ketiga, tapi kitorang bukan setakat jumpa hari Selasa je. Memang setiap hari akan jumpa walaupun sekejap. Kadang-kadang dia tanya aku soalan, kadang-kadang aku tanya dia soalan. Aku kongsi cara congak, dia pula ajar aku step mudah untuk dapat jawapan cepat. Bak kata Cikgu Vee, kitorang kena saling tolong-menolong antara satu sama lain.
Tapi jangan risau. Study purposes only.
"Lama jugalah. Nak dekat lima belas minit." Bukan aku, tapi Maya yang jawab. Yang ni seorang memang mulut tak boleh nak tutup. Aku baru nak cakap tak lama sangat, dia dah baik hati tolong jawabkan. Aigoo, kawan.
YOU ARE READING
EVERISA
Teen FictionCompleted ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehidupan normal sebagai pelajar tapi sebaliknya pula yang berlaku. Di Sekolah Tengku Hossein, Hawa bert...